Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 28 Disember 2010

Israel Halang Kemasukan Peralatan Perubatan Bagi Hospital Gaza


29 Disember 2010 - Gaza - Jabatan Penyeliaan Dan Kejuruteraan di Kementerian Kesihatan memberi amaran tentang bahayanya sekatan Israel terhadap kemasukan bahan kimia yang digunakan dalam stesen oksigen di wad bersalin Hospital Shifa dan juga penghantaran alat ganti bagi CT ke Hospital Eropah, Khan Younis.

Pengarah Penyeliaan Dan Kejuruteraan, Bassam al-Hamadein, menekankan yang Jalur Gaza telah menderita selama empat tahun akibat kepungan yang telah meninggalkan kesan buruk terhadap semua aspek kehidupan, dan sekatan Israel terhadap kemasukan peralatan perubatan ini memburukkan lagi keadaan kesihatan di sana.

Hamadein menyeru pertubuhan Palang Merah, World Health Organization dan kumpulan-kumpulan hak asasi yang lain untuk cepat campurtangan dalam menghulurkan bantuan perubatan kepada Gaza.

Kementerian Kesihatan menyeru negara-negara penyumbang serta pertubuhan bukan-kerajaan untuk mengenakan tekanan ke atas Israel agar membenarkan bahan perubatan yang diperlukan dihantar kepadanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan