Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 10 Disember 2010

Israel Jangka Perang Besar Ke Atas Gaza


11 Disember 2010 - Panglima Angkatan Tentera Israel telah mengisytiharkan serangan Israel yang akan datang ke atas Gaza akan dilancarkan secara 'habis-habisan', lapor sebuah siaran TV.

Leftenan Jeneral Gabi Ashkenazi berkata, "Pusingan berikutnya (pertempuran) akan dilancarkan secara besar-besaran dan akan berakhir di mana tidak lagi ada keraguan mengenai pihak mana yang menang." Berita Ynet memetik kata-kata Ashkenazi pada hari Rabu ketika dia berucap kepada pasukan tentera Israel yang berpengkalan di sebuah kawasan berhampiran Jalur Gaza. Leftenan Jeneral berkenaan juga menekankan yang pihak tentera Israel telahpun bersedia untuk mengambil tindakan secara besar-besaran terhadap kawasan pesisiran pantai itu.

Ucapan Ashkenazi itu berlaku hanya beberapa hari selepas serangan udara Israel dilancarkan di beberapa buah lokasi berbeza di seluruh Gaza. Israel telah melancarkan serangan ketenteraan secara habis-habisan ke atas Gaza pada penghujung Disember 2008 mengakibatkan lebih dari 1,400 warga Palestin terbunuh, yang sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak.

Kawasan pesisiran pantai itu telah berada di bawah sekatan Israel yang dikuatkuasakan sejak bulan Jun 2007, setelah Hamas mengambilalih wilayah berkenaan berikutan kemenangannya dalam pilihanraya secara demokratik, mengakibatkan kesan yang mengerikan terhadap situasi kemanusiaan dan ekonomi di dalam kawasan yang terkepung itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan