Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Ahad, 19 Disember 2010

Israel Paksa Warga Al-Quds Namai Daerah Mereka Dengan Bahasa Ibrani


19 Disember 2010 - Al-Quds : Pemerintah kawasan Israel di Al-Quds memutuskan untuk memaksa para peniaga Palestin di Al-Quds untuk menggunakan bahasa Ibrani (bahasa rasmi Yahudi) dalam menamakan tempat perniagaan mereka. Bagi sesiapa yang tidak ikut peraturan ini, maka tempat perniagaan mereka akan dihancurkan dengan alasan tempat tersebut tidak mendapat izin dari kerajaan Israel.

Pejabat perlindungan rakyat Palestin, Sabtu (18/12) menyatakan bahawa pemerintah Israel telah menjalankan projek pembangunan baru di Jabal Zaitun di kota Al-Quds yang merangkumi 24 unit penempatan yang akan menjadi asrama mahasiswa institusi keagamaan Beit Orot yang berada di bawah organisasi Elad Zionis.

Selain itu, kerajaan daerah Zionis telah mengeluarkan surat terhadap 50 hektar tanah milik rakyat Palestin di Bet Exa, utara Al-Quds, untuk pembangunan rel kerata api yang akan menyambung Al-Quds dan Tel Aviv. Sumber menyebutkan, pemerintah Israel sedang menjalankan projek pembangunan di Jillo dan Besgate Zaivi. Mereka juga menghancurkan satu rumah milik Palestin di Ras Al-Amud berhampiran dengan Silwan dan satu rumah lagi di Shur Bahir dengan alasan dibina tanpa kebenaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan