Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 2 Disember 2010

Keadaan Kesihatan Tahanan Terpencil Semakin Buruk Akibat Mogok Makan


Khamis, 02/12/2010 - Keadaan kesihatan Syaikh Jamal Abul Haija dan Ahed Ghulma semakin buruk setelah enam hari mogok makan, Fuad Al-Khafsh, kata pengarah pusat Ahrar untuk kajian tahanan dan hak-hak asasi manusia.

Beliau berkata pada hari Isnin bahawa peguam Mohammed Abdeen berjaya untuk melawat mereka di penjara kurungan seorang diri Ramle dan mereka mengatakan bahawa mereka telah memutuskan untuk meneruskan mogok makan terbuka mereka bahkan jika itu menyebabkan kematian mereka. Mereka mengatakan bahawa “kehidupan dalam kurungan seorang diri merupakan pembunuhan secara lambat dan sistematik”.

Para tahanan mengatakan bahawa kerajaan haram Israel menawarkan mereka pindah ke tahanan seorang diri di Jalbo dan menghantar pakar untuk memperbaiki penahanan mereka, tapi mereka menolak dan berkeras bahawa mereka hanya akan keluar dari Ramle ke penjara lain dengan tahanan lain atau ke liang kubur.

Peguam mengatakan bahawa kedua-dua tahanan nampak letih, tetapi berkeras tetap dengan mogok mereka.

Khafsh berkata kehidupan mereka dalam bahaya menyeru kepada kumpulan-kumpulan hak asasi manusia, organisasi antarabangsa, dan media untuk segera turun dan melancarkan sebuah kempen perpaduan besar dengan para tahanan.

Abul Haija adalah salah satu pemimpin Hamas di kem pelarian Jenin sementara Ghulma dituduh tanggung jawab untuk mencederkan bekas menteri pelancongan Israel Rahba’am Ze’evi. Kedua-dua melancarkan mogok makan sejak Khamis lalu menuntut menamatkan pengasingan mereka dan membolehkan keluarga mereka untuk melawat mereka, iaitu tuntutan sah yang dijamin oleh undang-undang dan norma-norma antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan