Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Isnin, 6 Disember 2010

Kerugian Kebakaran Carmel Dianggarkan 454 Juta Dolar


7 Disember 2010 - Nazareth - Kerugian serta kehilangan harta benda akibat kebakaran besar yang meratah hutan di Gunung Carmel berhampiran Haifa mungkin mencapai 454 juta dolar, sumber media Israel melaporkan pada hari Ahad.

Harian Ibrani, Ma'ariv, berkata jumlah tersebut tidak merangkumi semua kerosakan secara langsung dan tidak langsung akibat dari kebakaran raksasa berkenaan, yang mendedahkan ketidakupayaan pihak Barisan Bertindak untuk mengatasi kebakaran sebesar itu yang telah bermaharajalela sejak empat hari yang lalu di Haifa, bahagian utara Palestin yang dijajah Israel pada tahun 1948.

Dana Nasional Yahudi melaporkan yang kebakaran itu telah memusnahkan 12,000 hektar kawasan hutan, sekitar lima juta pokok, hampir setengah dari keseluruhan hutan simpanan Carmel. Pegawai rasmi JNF berkata yang usaha bagi memulihkan kawasan tersebut akan menelan jangka waktu puluhan tahun.

Kebakaran besar itu telah mencetuskan sebuah krisis dalaman bagi kerajaan campuran Israel bilamana sebilangan menteri saling melemparkan tuduhan di antara satu sama lain mengenai tanggungjawab kerajaan sambil jari ditudingkan ke arah Menteri Dalam Negeri dan juga Kewangan.

Dalam konteks yang berkaitan, Yayasan Aqsa Bagi Wakaf Dan Warisan berkata api yang membakar sebahagian dari kawasan perkuburan Qassam di timur Bandar Haifa merupakan hasil dari serangan pembakaran, sambil menuduh pelampau Yahudi sebagai bertanggungjawab ke atas serangan yang membakar 20 buah kuburan serta sejumlah pokok di situ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan