Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 14 Disember 2010

Mesir: Gas Seperti Emas Disalurkan Ke Rejim Israel


5 Disember 2010 - Akhbar rejim Israel melaporkan empat syarikat Israel telah menandatangani perjanjian pembelian gas Mesir untuk jangka masa dua puluh tahun bernilai antara 5 hingga 10 billion dolar AS.

Kenyataan-kenyataan akhbar di Mesir juga melaporkan krisis pertelingkahan berlaku terutamanya di Asyut, Mesir berkenaan isu pengisian gas kerana ketidak puashatian penduduk terhadap stesen gas yang mengenakan kadar yang tinggi bagi bagi setiap satu tong gas serta alat pemanas di musim sejuk.

Seorang pekerja, Mohammed Obeid, mengatakan krisis ini menyebabkan harga setong melambung tinggi dari 15 hingga 20 Pound Mesir, sementara tiada kawalan terhadapnya.

Sementara itu, Ismail, seorang petani, berkata isterinya terpaksa menggunakan minyak tanah untuk memasak, memanaskan air untuk mandi kerana kecurian tong gas yang dianggap sebagai emas sekarang ini, yang tidak mampu diperolehi kecuali di pasaran gelap.

Seorang lagi warga Mesir, Magdy Abdel-Alim, terpaksa berulang alik dari rumahnya ke gudang simpanan gas selama 3 hari tetapi masih tidak mempeolehinya.

Perlu disebut, pada tahun 2005 kerajaan Mesir telah menandatangani perjanjian dengan rejim Israel untuk mengeksport 1.7 bilion meter padu gas pada setiap tahun untuk jangka masa selama 20 tahun, dengan harga antara 70 sen dan 1.5 dolar AS, sedangkan harga pengurusan sahaja mencecah 2.65 dolar AS,

Syarikat yang menandatangani kontrak tersebut adalah "East Mediteranian Gas" yang dimiliki oleh "Ampal American Israeli Corporation" yang mempunyai saham dalam usaha tersebut sebanyak 12.5%.

Syarikat Israel ini menggunakan gas tersebut untuk menjanakuasakan 3 logi besar elektrik di Israel, sementara lebih dari 1.5 juta penduduk di Semenanjung Gaza dinafikan hak mereka menerima eletrik serta menghalang kemasukan bahan bakar tersebut, di samping peraturan-peraturan ketat yang dikenakan bagi membawa masuk bahan bakar tersebut.

Kontrak ini meningkatkan lagi jumlah gas yang telah disalurkan ke rejim Israel sebanyak enam bilion meter padu bernilai USD19 bilion, kerana syarikat "East Mediteranian Gas" telah menandatangani siri perjanjian dengan syarikat lain sejak tahun 2005 lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan