Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Sabtu, 11 Disember 2010

Pemilik Kedai Arab Dipaksa Guna Bahasa Ibrani


12 Disember 2010 - Majlis Perbandaran Baitul Maqdis sedang mencuba untuk mewajibkan para pemilik kedai di kawasan sekitar Baitul Timur yang dihuni masyarakat Arab untuk mengubah bahasa yang digunakan bagi tanda nama kedai mereka ke dalam bahasa Ibrani, dan memberitahu para pemilik jika sekiranya mereka gagal melakukannya, kedai-kedai mereka tidak akan diberikan lesen dan harus ditutup.

Akhbar Israel, Maariv, melaporkan pada Khamis yang keputusan ini akan dikuatkuasakan di semua kawasan yang didiami masyarakat Arab, sekalipun ia tidak dihuni oleh seorangpun warga Yahudi.

Keputusan baru ini telah mendesak para penduduk serta pemilik kedai untuk mengadakan protes di bandar itu. Maariv berkata yang Mazin al-Qaq, ketua Jawatankuasa Pedagang di Baitul Maqdis, menggambarkan keputusan tersebut sebagai tidak sah serta menambah yang ramai penduduk Arab di Baitul Maqdis yang tidak tahu bercakap, membaca atau menulis dalam bahasa Ibrani.

"Apakah yang Majlis Perbandaran inginkan?" kata al-Qaq, "Adakah mereka cuba untuk memaksa orang berusia enam puluh tahun kembali ke sekolah untuk mempelajari bahasa Ibrani? Keputusan ini tidah sah samasekali dan mereka tidak boleh memaksa sesiapapun agar mematuhinya."

Peguam Israel, Yif'at Solel, mengirim sepucuk surat kepada Datuk Bandar Baitul Maqdis, Nir Barkat, sambil menuntut agar dia membatalkan keputusan tersebut kerana ia tidak sah di sisi undang-undang dan boleh dibatalkan oleh mana-mana mahkamah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan