Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 10 Disember 2010

Perancis Akan Iktiraf Palestin Berdasarkan Sempadan 1967


10 Disember 2010 - Paris - Jurucakap Kementerian Luar Perancis, Bernard Valero, mengesahkan pada hari Rabu yang kerajaannya "akan mengiktiraf" sebuah negara merdeka bagi Palestin di sepanjang sempadan yang wujud pada tahun 1967.

Valero berkata yang beliau berharap proses damai di antara Israel dan Palestin akan diteruskan biarpun Pentadbiran Obama mengumumkan sebelum ini, pada hari Rabu, yang ia tidak lagi akan meneruskan usaha memujuk Israel membekukan kegiatan penempatannya.

Pengumuman dari Paris itu menjadikan Perancis negara Eropah pertama yang akan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara yang bebas merdeka. Negara-negara Amerika Selatan, seperti Brazil dan Argentina, telahpun mengutarakan pengiktirafan rasmi mereka kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, awal minggu ini, manakala Uruguay pula berkata yang pihaknya akan mengambil tindakan yang sama pada tahun 2011 setelah mampu membangunkan fasiliti diplomatik di Ramallah.

Israel telah melakukan bantahan terhadap pengiktirafan Brazil dan Argentina itu, sambil mendakwa yang tindakan itu cuba melangkau ketetapan "Roadmap to Peace" tahun 2003, yang mengutamakan rundingan bersemuka berbanding langkah-langkah sehala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan