Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Ahad, 12 Disember 2010

Proses Damai Timur Tengah Telah Berakhir


13 Disember 2010 - Paris - Seorang wartawan Palestin, Bilal al-Hassan, berkata pada hari Ahad yang proses damai di Timur Tengah telahpun berakhir, dan tidak mendatangkan sebarang makna kecuali memaksa penyelesaian Israel ke atas Palestin.

Hassan, seorang tokoh terkenal Palestin dan juga bekas seorang anggota Fatah, sambil menjelaskan bahawa mengharapkan bantuan Majlis Keselamatan PBB serta pengiktirafan Amerika Syarikat terhadap sebuah negara Palestin yang merdeka adalah sebuah ilusi semata-mata.

Hassan menegaskan yang Palestin harus menidakkan proses damai dan mengambil langkah membentuk strategi politik alternatif bagi membela hak-hak Palestin dengan bantuan negara Arab yang lain.

"Proses damai tidak lagi wujud melainkan pada kacamata Amerika dan Israel, yang bertujuan untuk memaksa Palestin menerima jalan penyelesaian yang berpihak kepada Israel. Tetapi pihak Palestin masih belum lagi bersuara mengenai hal ini. Saya percaya mereka harus menentang konsep proses damai sebegini dan tidak samasekali bergantung harap kepada Amerika, samada melalui Majlis Keselamatan PBB atau secara terus bagi mendapatkan pengiktirafan terhadap negara Palestin."

"Pengharapan seperti ini adalah sebuah khayalan, tidak lebih dan tidak kurang dari itu, kerana pendirian Amerika Syarikat dalam memberikan pengiktirafan terhadap negara Palestin telah diketahui dan tampak jelas melalui pendiriannya terhadap pengiktirafan yang diberikan oleh Brasil dan Argentina."

"Saya percaya tindakbalas yang ideal ialah tindakan Pihak Berkuasa Palestin meninggalkan proses damai, sebuah langkah yang akhirnya akan memansuhkan Kesepakatan Oslo, dan mendorong golongan bijaksana Palestin untuk membentuk sebuah rancangan politik alternatif dan mengajukannya kepada masyarakat Arab untuk memalukan mereka, dan mengumumkannya beserta dengan semua pendirian Arab kepada seluruh dunia."

Hassan menyatakan yang ia percaya bahawa perdamaian dalaman Palestin akan sangat menguntungkan Negara itu jika ianya dibina di atas dasar sebuah program politik. "Jika berdasarkan kepada kerjasama keselamatan dengan Israel, ia akan menjadi sebuah perdamaian yang gagal serta tidak bermanfaat."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan