Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 2 Disember 2010

Wanita muda Palestin dibelasah teruk oleh unit Nahshon rejim Zionis


Khamis, 02/12/2010 - Seorang tahanan wanita rakyat Palestin yang bernama Sumoud Karrajeh, 22 tahun mengalami kecederaan setelah dibelasah dengan teruk oleh pasukan tentera rejim Zionis (IOF) daripada unit penjara Nahshon semasa wanita itu dipindahkan daripada penjara ke mahkamah tentera awal bulan ini.

Karrajeh memberitahu organisasi kemanusiaan bahawa dia telah dipindahkan oleh tentera-tentera dari unit Nahshon pada 8 November lalu dari Penjara Damon ke Penjara Ramle untuk menghadiri hari kedua perbicaraannya di Mahkamah Tentera Ofer. Tetapi semasa proses pemindahan, tentera-tentera ini yang terdiri daripada lelaki dan wanita, merampas barang-barang miliknya dan
ingin membogelkannya untuk melakukan pemeriksaan.

Tambahnya lagi, apabila dia dengan keras membantah pemeriksaan bogel, tentera-tentera wanita terus membelasah seluruh badannya dengan teruk dan menariknya ke atas berkali-kali dengan rantai sehingga menyebabkan wanita muda itu menanggung kesakitan yang teramat sangat dan lebam-lebam di badan. Tentera-tentera itu terus membelasah wanita itu tanpa belas kasihan
sehingga dia hampir pengsan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan