Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Ahad, 19 Disember 2010

Wanita Palestin Menderita Akibat Pencabulan Besar Di Penjara Israel


19 Disember 2010 - Jurucakap PA di Gaza mengecam pengawal penjara Israel di atas perlakuan mereka terhadap tahanan wanita Palestin, yang menderita akibat pencabulan besar dan sistematik. Riyadh al-Ashqar, jurucakap PA bagi Kementerian Tahanan dan juga bekas tahanan di Bandar Gaza, memberikan komen ke atas perlakuan kasar terhadap tahanan wanita Palestin di penjara-penjara Israel dalam sebuah forum terbuka yang diselenggarakan oleh Biro Bebas Hak Asasi Manusia di Bandar Gaza. Beliau menambah yang 36 wanita Palestin sedang ditahan di penjara Israel, Hasharon dan Damoun.

Al-Ashqar menjelaskan langkah-langkah yang diambil oleh Israel terhadap tahanan wanita Palestin termasuklah halangan menerima kunjungan keluarga, pengasingan, pengurangan makanan serta halangan menerima rawatan perubatan yang mencukupi. Beliau berpendapat tindakan tidak berperikemanusiaan itu bertujuan untuk meunturkan ketabahan dan kecekalan para tahanan.

Seorang bekas tahanan bernama Fatima al-Zaq menceritakan, dalam forum tersebut, mengenai pengalamannya di penjara Israel di mana dia telah dimasukkan ke dalam sebuah bilik pengasingan yang kotor ketika sedang hamil. Selain itu, doctor Israel telah beberapa kali memberikan kepadanya ubat salah dan tidak diketahui jenisnya, dengan tujuan untuk menggugurkan kandungannya.

Seorang lagi bekas tahanan, Fayrooz Arafa, menceritakan tentang penderitaannya ketika dipenjarakan di penjara Israel di mana pegawai Pihak Berkuasa Penjara Israel mengenakan siksaan psikologi dan fizikal yang sangat berat ke atas tahanan wanita Palestin untuk membunuh semangat mereka.

Jamil Sarhan, pengarah Biro Hak Asasi Manusia, mengkritik tindakan hukuman yang diamalkan di penjara-penjara Israel terhadap tahanan Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak, sambil menjelaskan yang undang-undang antarabangsa serta sidang antarabangsa melarang tindakan tersebut.

Sarhan turut mengutuk keadaan kesihatan yang buruk bagi tahanan wanita yang bernama Linan Abu Ghalama. Abu Ghalama telah melakukan mogok lapar selama 16 hari setakat ini setelah pegawai penjara Israel menolak permintaannya untuk bersama-sama dengan adiknya, Taghreed, yang ditahan di sebuah penjara lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan