Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 2 Disember 2010

Wikileaks: Dokumen Persetujuan Netanyahu Pertukaran Tanah Dengan Palestin


2 Disember 2010 - Wikileaks sekali lagi mendedahkan dokumen-dokumen rahsia yang dihantar oleh Israel kepada kedutaan besar AS di Tel Aviv, bagaimana persetujuan Presiden rejim Israel, Benyamin Netanyahu untuk memberikan tanah kepada Palestin dalam perjanjian damai dengan Palestin yang telah terhenti begitu lama.

Menurut laman sesawang surat khabar "Yediot Ahronot", dokumen-dokumen ini dihantar ke kedutaan AS pada 26 Februari 2009, selepas pilihanraya, termasuk kelulusan Netanyahu dan menteri luar negeri Israel, Lieberman, pertukaran wilayah Palestin akan dimasukkan dalam agenda perjanjian perdamaian dengan Palestin, dan bersetuju menghentikan serangan roket ke atas Semenanjung Gaza, akan tetapi tidak dilaksanakan setelah persetujuan dicapai dan tidak mengeluarkan kenyataan tentang persetujuan tersebut.

Dokumen rahsia tersebut juga termasuk kesediaan Netanyahu bersatu dengan Parti Pembangkang Kadima, yang sering mengkritik beliau semasa perang Lubnan 2006.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan