Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Isnin, 31 Januari 2011

Tahanan warga Palestin di Mesir kembali ke Gaza


Selasa , 01/02/2011 – Ketika gelombang demonstrasi anti-rejim Hosni Mubarak menyelubungi seluruh Mesir, 5 tahanan Palestin dari Hamas berjaya sampai di Semenanjung Gaza pada hari Ahad setelah dibebaskan dari penjara Mesir.
Jurucakap keluarga tahanan, Imad Assayed memberitahu wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) bahawa 4 tahanan dari Hamas tiba di Gaza setelah ketibaan seorang lagi tahanan, Hassan Wishah.

Wishah menyatakan bahawa ramai tahanan warga Palestin di penjara Abu Zaabal di timur laut Kaherah telah dibunuh oleh pengawal keselamatan. Beliau menambah, beliau telah menyaksikan kesengsaraan dan penderaan sepanjang tiga tahun dipenjarakan. Wishah telah dihukum penjara 10 tahun oleh pihak berkuasa Mesir. Mereka semua ditahan sama ada di lapangan terbang Kaherah atau sempadan Rafah atas alasan terbabit dengan organisasi yang disenarai hitam oleh Kerajaan Mesir.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Jumaat, 28 Januari 2011

Mesir: Kabinetnya Diarah Letak Jawatan, Dia Bagaimana?


Hosni Mubarak Buat Sidang Akhbar

KAHERAH, 29 Jan 11: Presiden Mesir Hosni Mubarak yang berhadapan dengan protes besar-besaran sejak beberapa hari lalu, semalam dalam kemunculan pertama menerusi televisyen - meminta Kabinetnnya meletakkan jawatan. Bagaimanapun Mubarak tidak memberikan sebarang petunjuk sama ada beliau yang akan meletakkan jawatan selepas menerajui negara itu selama tiga dekad. Mesir antara negara yang berhadapan dengan demonstrasi sejak dua minggu lalu termasuk di Tunisia. Katanya, beliau akan menamakan kerajaan yang baru hari ini. Malah kata Mubarak (gambar) beliau juga akan menekankan pembaharuan sosial, ekonomi dan politik sambil menyifatkan protes anti kerajaan di seluruh negara itu sebagai komplot untuk menjejaskan kestabilan di Mesir dan menghancurkan legasi kerajaan pimpinannya.

“Saya akan mempertahankan Mesir,” kata Mubarak dipetik beberapa media Barat. Dalam ucapannya Mubarak juga mempertahankan tindakan pasukan keselamatan menangani demonstrasi dan kesal dengan kematian yang wujud ekoran tindakan keras ke atas mereka.

Bayangan Tunisia: Anak Hosni Mubarak Lari Ke London


SEORANG penunjuk perasaan melaungkan slogan anti-Presiden Mesir, Hosni Mubarak di Kaherah semalam.

Anak Presiden Mesir bawa 100 beg

KAHERAH 29 Jan 11: Seorang anak lelaki Presiden Mesir, Hosni Mubarak melarikan diri ke London dengan membawa 100 bagasi, lapor beberapa buah akhbar semalam. Anak lelaki Hosni itu, Gamal berusia 48 tahun melarikan diri selepas sjeumlah para penunjuk perasaan yang mendapat ilham dari kejadian di Tunisia menuntut peletakan jawatan bapanya. Bapanya telah memerintah Mesir selama 30 tahun selepas kematian Anwar Sadat yang mati ditembak dalam satu majlis ketenteraan. Gamal kerap dikatakan akan menggantikan bapanya sebagai Presiden Mesir. Sementara itu, para penunjuk perasaan melakukan protes pada hari ketiga semalam bagi menuntut peletakan jawatan Hosni.

Mereka menuntut peletakan jawatan itu kerana menganggap pemerintahan Hosni dicemari rasuah, penindasan dan masalah penggangguran. Ekoran perkembangan itu, Parti Demokratik Kebangsaan yang dianggotai Hosni mengadakan mesyuarat semalam untuk menilai situasi di negara tersebut. Anggota-anggota pro-demokrasi yang dikenali sebagai Pergerakan 6 mendesak tunjuk perasaan akan diadakan selepas solat Jumaat hari ini. Menurut seorang pegawai keselamatan Mesir, sekurang-kurangnya 1,000 orang ditahan sejak tunjuk perasaan itu bermula pada Selasa lalu.

Sementara itu, pemenang Hadiah Nobel Keamanan dan bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Mohamed Elbaradei semalam berkata, beliau bersedia untuk mengetuai perubahan di Mesir jika diminta. Beliau dalam perjalanan pulang ke Kaherah dari Vienna, Austria semalam. Kehadiran Elbaradei ke Mesir akan memberikan semangat baru ke atas para penunjuk perasaan yang menuntut peletakan jawatan Hosni. - Agensi

Kerajaan Haneyya: Laporan Jazeera Membuktikan PLO Tidak Lagi Boleh Dipercayai Untuk Memegang Hak-Hak Kebangsaan Rakyat Palestin


Jumaat , 28/01/2011 - Kerajaan Palestin Ismail Haneyya menyatakan penolakan mutlak atas beberapa siri konsesi yang ditawarkan oleh pasukan perundingan PLO dengan Israel seperti didedahkan oleh rangkaian TV Al-Jazeera. Kerajaan dalam pertemuan mingguan yang mengatakan bahawa rakyat Palestin terkejut pada jumlah konsesi pada saat-perbincangan rahsia, menambah bahawa kebocoran membuktikan bahawa kepimpinan PLO tidak boleh dipercayai lagi untuk memegang hak-hak rakyat dan kebangsaan. Ia menekankan penolakan mengakui setiap inci dari Baitulmuqaddis yang diduduki secara haram, dan menggariskan bahawa hak para pelarian untuk pulang adalah hak asasi bagi setiap pelarian itu sendiri untuk membuat memutuskan.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/

Rakyat Palestin Tidak Terikat Dengan Rundingan Yang Tidak Sah


Jumaat , 28/01/2011 - Kumpulan-kumpulan rakyat Palestin yang bertemu di Gaza pada Selasa bersetuju bahawa tidak wajib mematuhi hasil rundingan yang mengorbankan hak-hak mereka. TV Al-Jazeera mendedahkan 1,600 fail dokumen mengandungi tentang kompromi perunding-perunding Palestin dalam isu Baitulmuqaddis, Masjid Aqsa dan hak warga Palestin untuk kembali. Kumpulan-kumpulan yang dijemput oleh Gerakan Jihad Islam di Gaza merumuskan bahawa Abbas dan para pengikutnya tidak layak untuk berunding bagi pihak rakyat Palestin. Oleh itu, persefahaman yang dicapai seperti yang tertera di dalam dokumen tersebut adalah tidak boleh digunapakai, Ayman Taha dari Hamas memberitahu PIC.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/

Dokumen : Abbas Terlibat Dalam Perang Gaza, Fatah Hasut Zionis Kerjakan Hamas.


Jumaat , 28/01/2011 - Menurut dokumen sulit yang disebarkan oleh stesen Al-Jazeera, Presiden Fatah, Mahmoud Abbas, telah sedia maklum tentang rancangan Zionis untuk menyerang Gaza sebelum serangan sebenar dijalankan selama 23 hari berturut-turut ke atas kawasan tersebut 2 tahun lalu yang mengorbankan hampir 1500 nyawa rakyat Palestin. Sumber tersebut menyatakan bahawa Fatah turut terlibat dalam penarikan semula dokumen Goldstone yang mengandungi tuduhan terhadap pihak Zionis yang melancarkan jenayah perang Gaza ini. Dalam pertemuan bersama wakil Amerika Syarikat ke Timur Tengah, George Mitchell, pada 21 Oktober 2009, wakil dialog PLO, Saeb ‘Ereqaat, menyatakan bahawa pengerusi Biro Politik dan Ketenteraan Zionis, Amos Gil’ad, “telah bertemu Abu Mazen (Mahmoud Abbas) sebelum serangan (ke atas Gaza) dan bertanya hal ini kepada beliau.. Namun Abu Mazen menjawab bahawa beliau tidak akan pergi ke Gaza dibelakang kereta kebal Israel.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar

Britian Rancang Tangkap Pemimpin Hamas Dan Jihd Islam


28 Januari 2011 - 2 perancangan jahat Britian pada tahun 2003 dan 2004 disiarkan Jazeera menerusi siri pembongkaran dokumen rahsia kerjasama Fatah-Israel dalam perancangan menangkap pemimpin Hamas dan Jihad Islam sebagai kaedah mengurangkan operasi syahid yang mensasarkan penduduk Yahudi. Penglibatan Britain didedahkan untuk pertama kalinya, bagaimana British Intelligence Service (MI6) bersekongkol dengan Fatah pada tahun 2003 menyokong pasukan keselamatan Palestin itu melalui dana dari Kesatuan Eropah dalam usaha mereka melaksanakan rancangan tersebut.

Rencana rahsia bertajuk "Menyekat Kemampuan Kumpulan Radikal", termasuklah sayap tentera Syuhada Aqsa dari Fatah sendiri, menghentikan pemimpin kumpulan tersebut, dan senario yang penahanan sementara para pemimpin Hamas dan Jihad Islam, dibiayai oleh Eropah. Menurut rencana itu, "perkembangan terkini" adalah respon positif pihak keselamatan Palestin, susulan intensif Britain membiayai kesemua usaha yang melibatkan perancangan itu.

Eropah Janji Beri 300 Juta UERO Kepada Fatah


28 Januari 2011 - Kesatuan Eropah telah menjanjikan dana kepada Pihak Berkuasa Fatah di Tebing Barat sekitar 300 juta euro sebagai sokongan anggaran umum dan projek-projek pembangunan tahun 2011, dan badan PBB untuk pelarian iaitu "UNRWA".

Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat mengumumkan kepada betapa pentingnya rundingan tahunan dengan Kesatuan Eropah, yang merupakan dasar bantuan Suruhanjaya Eropah untuk tahun akan datang kepada mereka.

Bantuan yang diberikan oleh Kesatuan Eropah kepada Pihak Berkuasa Palestin 1994, dianggarkan lebih dari 4.5 bilion euro dan Kesatuan Eropah adalah pendokong utama bantuan PBB untuk pelarian Palestin.

Selasa, 25 Januari 2011

Dokumen rasmi skandal “PA Abbas”... Pendedahan persepakatan dan kerjasama dengan Zionis dan projek tembok Gaza.


Selasa , 25/01/2011 - Stesen Al-Jazeera telah menyiarkan 1,600 dokumen rahsia mengandungi rekod-rekod dialog yang dijalankan di antara PA Fatah dan Zionis serta kandungan proses tersebut, secara langsung mendedahkan meskipun PA Oslo berusaha keras dalam sesi dialog ini namun masih gagal membuahkan sebarang hasil, terutamanya dalam isu Al-Quds, pelarian Palestin, sempadan negara dan isu keamanan.

Antara yang didedahkan Al-Jazeera secara terperinci sejak 4 hari lepas adalah isu Al-Quds, para pelarian, operasi keselamatan, perang Gaza dan laporan Goldstone, sementara laporan khas pada hari Ahad yang lepas menyiarkan kerjasama ke atas Bandar Al-Quds yang dijalankan oleh PA.

Pendedahan isu “hadiah dialog dengan harga mahal” yang dijalankan PA Fatah diwakili oleh Ahmed Qurei’ yang memberitahu Condoleeza Rice pada 15 Jun 2008 bahawa Fatah memberi tawaran untuk menyerahkan kesemua petempatan di Al-Quds kecuali kawasan Bukit Abu Ghonem, dan ini tercatat sebagai tawaran tanah pertama yang dilakukan oleh bangsa Palestin sendiri.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar

Isnin, 24 Januari 2011

Fatah Berundur Untuk Kepentingan Pendatang Yahudi


24 Januari 2011 - Jazeera mendedahkan perancangan rahsia - peta kawasan terbaru yang telah dipersetujui antara Fatah dan Israel, segala kepentingan Israel dituruti satu persatu oleh Pihak Berkuasa Palestin yang diterajui oleh Abbas. Pada pertemuan keempat bulan Mei 2008 delegasi dipimpin oleh Ahmed Qurei, Ketua Rundingan Israel-Palestin membincangkan rancangan pembahagian kawasan untuk kepentingan Israel, yang telah disahkan oleh Qurei sebagai "Kepentingan Bersama mempertahankan penempatan Yahudi".

Kawasan berwarna biru adalah penempatan di Quds Timur bahagian utara, mewakili dua blok utama penduduk Yahudi seramai lebih 136,000 penduduk, cadangan yang dikemukakan oleh Samih Abd, salah seorang anggota rundingan, jejantas atau jambatan telah dibina sebagai penghubung antara dua kawasan tersebut. Kawasan berwarna merah mewakili kawasan dalam "Israel", pihak berkuasa Palestin mencadangkan ia berada dibawah kekuasaannya, kedua-dua cadangan tersebut sebagai pertukaran tanah antara Palestin-Israel.

Sabtu, 22 Januari 2011

Terry Jones Hina Al-Quran Lagi


23/01/2011, FLORIDA: Paderi Terry Jones yang mencetuskan kemarahan antarabangsa apabila beliau mengumumkan untuk membakar al-Quran di Gereja Gainesville, kini mahu melancarkan ‘Hari Menghakimi al-Quran Sedunia’. “Ya, kami akan lakukannya,” kata Jones dalam rakaman yang disiarkan menerusi YouTube ketika mengumumkan rancangan terbarunya.“Kami sudah buat keputusan untuk melakukannya pada 20 Mac mulai jam 6 petang. Jika anda berpeluang, anda yang menggelarkan diri orang Islam yang baik, pada hari berkenaan al-Quran akan dibicarakan.“Kami tuduh al-Quran punca pembunuhan, perogolan dan penipuan. Ia juga bertanggungjawab atas semua kegiatan pengganas di seluruh dunia. “Secara dasarnya, adalah perbicaraan. Hari pengadilan itu akan diadakan di Pusat Dove World Outreach. Kami cabar dunia Islam untuk mempertahankan al-Quran. “Mereka kata al-Quran adalah buku keamanan dan agama yang memperjuangkan keamanan. Kami mahu mereka membawa orang yang boleh mempertahankan al-Quran. “Jika didapati bersalah, empat jenis hukuman diadakan iaitu pembakaran, merendam, mengoyak atau skuad penembak,” katanya dalam satu program radio.

Beliau juga memberitahu, 30 juri akan hadir termasuk penganut Kristian dan Islam, akan membuat keputusan mengenai semua dakwaan ke atas al-Quran. Laman web Jones, ‘Stand Up America’ mengandungi soalan yang membenarkan pengunjung memilih hukuman. Jones dan gereja itu menggemparkan dunia tahun lalu apabila beliau mengumumkan akan membakar 200 naskhah al-Quran, pada ulang tahun ke sembilan peristiwa serangan 11 September. Pemimpin pelbagai agama mengutuk rancangannya. Malah, Setiausaha Pertahanan, Robert Gates mengarahkan gereja kecil di barat laut Gainesville untuk membatalkan acara itu kerana bimbang tindakan terbabit akan membahayakan pasukan keselamatan Amerika di Asia Barat. Jones membatalkan hasratnya dua hari sebelum acara itu dijadualkan berlangsung. Beliau dijangka mengadakan sidang media pada petang Khamis depan untuk mengumumkan maklumat lanjut mengenai hari perbicaraan al-Quran pula.

Paderi Dan Johnson dari Gereja Trinity United Methodist di Gainesville menjelaskan, tindakan Jones tidak mendapat sambutan kerana dalam episod pembakaran al-Quran itu, penganut Kristian datang beramai-ramai membantahnya. Bagaimanapun, beliau masih belum mendengar mengenai rancangan perbicaraan itu. “Saya berdoa dan berharap...saya tidak tahu sejauh mana kebaikannya melakukan perkara itu. Apa yang boleh dirumuskan ialah lebih banyak kerja perlu dilakukan dari aspek persefahaman dan toleransi. “Ini adalah kerja gila. Ini adalah sesuatu yang asing daripada apa yang diajar Jesus,” katanya

Khamis, 20 Januari 2011

Ben Ali Melawat Israel Secara Rahsia Dua Hari Sebelum Revolusi?


21 Januari 2011 - Walaupun banyak tuduhan-tuduhan dilemparkan kepada mantan Presiden Tunisia yang digulingkan, Zine El Abidine Ben Ali, dengan rasuah dan kerosakan, Rabi Yahudi di Tunisia, Haim Petain, membuat kenyataan bahawa Zine El Abidine Ben Ali adalah presiden yang terbaik dalam memberikan kebebasan beragama.

Kenyataan tersebut disiarkan pada saluran TV 7, Israel: "Terima kasih Tuhan, orang-orang Yahudi di Tunisia berada dalam keadaan baik dalam pemerintahannya" dan Haim Petain juga menyatakan bahawa Ali mengadakan lawatan rahsia ke Israel selama 2 hari sebelum digulingkan.

Kerajaan Tunisia sentiasa mendahulukan keselamatan Yahudi yang datang ke Tunisia samada pelancung atau lainnya, mengawal setiap pergerakan mereka supaya sentiasa selamat berada Tunisia. Pada 14 Januari lalu, revolusi yang lebih dikenali sebagai "Revolusi Melati", menggulingkan presiden Zine El Abidine Ben Ali, 74 tahun. Memaksa beliau dan keluarga melarikan diri ke Arab Saudi selepas 23 tahun memerintah Tunisia sejak 7 November 1987.

Selasa, 18 Januari 2011

India Guna Satelit Israel Awasi Sempadannya


19 Januari 2011 - Sumber keselamatan Zionis mendedahkan bagaimana tujuan sebenar India menggunakan satelit Israel adalah untuk memantau sempadan lautnya dari ancaman keselamatan wilayahnya. Sumber tersebut menambah bahawa satu delegasi peringkat tertinggi dari Jabatan Pertahanan India baru-baru ini melawat Israel membincangkan lebih terperinci penggunaan satelit tersebut terutama konfrontasinya dengan Pakistan.

Langkah tersebut dilihat sebagai salah satu rangka India mendapatkan maklumat dari Israel bagi menghalang usaha-usaha pengganas selepas serangan Mumbai 2008. Disamping pihak Tentera Laut India meminta bantuan skuadron kapal tanpa juruterbang model - Heron - untuk menguatkan kapasiti dan mengetatkan lagi kawalan terhadap lalu lintas maritimnya. Perlu dicatat disini bahawa India memiliki garisan pantai terpanjang iaitu 7500 km memintanya dikawal ketat dari setiap unsur keganasan terutamanya selepas Bombay.

Militia PA Menculik Suami MP Halaiqa


Selasa , 18/01/2011 - Militia keselamatan daripada pihak berkuasa Palestin (PA) menculik suami ahli parlimen Samira Halaiqa semasa dia dipanggil untuk soal siasat pada petang Selasa. MP Halaiqa berkata bahawa pasukan keselamatan PA menculik suaminya Mohamed Halaiqa selepas suaminya pulang daripada perbicaraan mahkamah yang dibicarakan oleh rejim Israel ke atas anaknya, Anas. Ahli parlimen itu menambah bahawa pegawai daripada pasukan keselamatan PA menelefonnya dan suaminya banyak kali sebelum meminta mereka datang ke ibu pejabat di kawasan Halhul, tetapi apabila tiba di sana, dia ditahan dan dibawa ke bandar al-Khalil. Dia merayu kepada organisasi hak asasi manusia supaya campur tangan dan memohon agar suaminya dan saudara-maranya dibebaskan daripada penjara milik PA di Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/

Rabbi Yahudi Seru Gunakan Militan Hapuskan Warga Palestin


Selasa , 18/01/2011 - Sebuah majalah beraliran kanan Zionis menyeru pemerintahnya untuk melakukan tindakan militan untuk menghapuskan rakyat Palestin. Akhbar Zionis Yedeot Aharonot , Sabtu (15/1) menyiarkan fatwa dari sejumlah rabbi Yahudi yang menyeru pemerintahnya agar melakukan aksi militan terhadap rakyat Palestin sebagai sebahagian kewajiban agamanya dengan alasan bangsa Palestin adalah bangsa “Goyyim”. petikan kenyataan akhbar tesebut menyatakan “Tuhan memerintahkan bangsa Bani Israel untuk menyembelih anak-anak, para wanita dan orang tua bangsa Goyyim ini, bahkan hingga binatang ternak yang mereka miliki, sebelum 2000 tahun yang lalu. Menurut mereka, Taurat mewajibkan bangsa Yahudi untuk menghapuskan bangsa ‘Goyyim” pada zaman ini. Akhbar Zionis itu juga menambah, ini adalah keyakinan bangsa Yahudi, bahkan sejumlah rabi yang tidak mahu menandatangani fatwa ini juga mendukung fatwa tersebut.

sumber : COMES

Para Rabbi menyifatkan kehadiran warga Palestin di “kawasan jajahan 1948” sebagai satu perlakuan keganasan


Selasa , 18/01/2011 - Rabbi Zalman Melamed, seorang ketua keagamaan Yahudi yang terkemuka menyifatkan kesungguhan warga Palestin untuk menetap di “bandar-bandar Yahudi” sebagai satu tindakan keganasan untuk memusnahkan impian 2000 tahun Yahudi. Zalman turut mendakwa tindakan itu akan menyerapkan pengaruh Arab di kejiranan Yahudi.

Belasan rabbi melawat utara Palestin serta mengumumkan bahawa warga palestin yang menetap di kawasan jajahan 1948 itu hanyalah tetamu. Mereka memberi amaran bahawa warga palestin di situ cuba untuk menjejaskan identiti Yahudi. Rabbi–rabbi itu yang diiringi oleh beberapa ahli Knesset, telah menunjukkan sokongan terhadap cadangan yang melarang urusan jual-beli rumah dengan warga palestin di “Bandar Yahudi”.

Isnin, 17 Januari 2011

Pertemuan Khas Membincangkan Keadaan Tunisia


17 Januari 2011 - Radio Israel melaporkan, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengadakan rundingan tergempar dua hari lalu khusus membincangkan kesan dari apa yang berlaku di Tunisia dan Lubnan. Sabtu lepas, semua jemaah menteri dan perwakilan dari pelbagai agensi keselamatan awam menyertai rundingan tersebut. Tunisia pada hari Sabtu lepas, 15/1/2011, mengumumkan Ketua Perwakilan Tunisia, Fuad Mebazaa, menjadi presiden sementara negara itu, selepas sehari Perdana Menterinya, Zine Abidine Ben Ali melarikan diri ke di Arab Saudi. Rakyat Tunis berjaya menggulingkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali, pada malam jumaat lalu, 14/1/2011 selepas 23 tahun berkuasa, setelah sebulan protes awam yang menyebabkan ratusan rakyatnya terbunuh dan cedera.

20 Zionis Larikan Diri Dari Tunisia


17 Januari 2011 - Radio Israel melaporkan bahawa dua puluh Zionis melarikan diri dari Tunisia selepas revolusi menggulingkan Presidennya Zine El Abidine Ben Ali. Berita dikutip dari Kementerian Luar Negari, mengatakan: "Zionis telah melarikan diri dari Tunisia untuk keselamatan mereka sendiri dan mereka sedang dalam perjalanan pulang ke Israel". Proses tersebut dilakukan dengan menyeludup melalui pulau "Jebra" dengan bantuan tiga buah negara.

Israel: Intifadah Tunisia Mengancam Keselamatan Kita


17 Januari 2011 - Timbalan Perdana Menteri Israel, Silvan Shalom, mengatakan apa yang berlaku di Tunisia akan menjadi ancaman kepada Israel. Shalom beranggapan bahawa apa yang berlaku di Tunisia tidak memberikan kesan kepada Israel secara langsung pada saat ini, tetapi bahayanya adalah bagaimana keadaan yang berlaku di Tunis akan menjadi model negara-negara jiran arab di wilayah Palestin yang dijajah, dan ini akan mempengaruhi Israel dan semua kepentingannya secara langsung.

Beliau berkata: "Apa yang berlaku di Tunisia boleh menjadi pencetus kuasa demokrasi dalam negara arab yang lain, yang akan mengancam keselamatan Israel," membenci Israel, sekaligus akan menjadi ancaman besar kepadanya. Secara amnya bangsa arab membenci Israel, dan ini telah ditanam sejak dahulu lagi.

Rabu, 12 Januari 2011

Blackwater - Agen Keselamatan Baru Israel Dan Pihak Berkuasa Fatah Untuk Tekan Hamas


13 Januari 2011 - Amerika tidak memerlukan waktu yang lama untuk menjawab permintaan Ketua Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat, Mahmoud Abbas, untuk melihat orang ketiga di bumi Palestin sebelum rundingan damai dimulakan. Jawapan mudah datang pada mulut konsul AS di Quds, Jack Wallace, bahawa syarikat egen keselamatan swasta Amerika akan melatih Pihak Berkuasa Fatah untuk berhadapan dan memberi tekanan kepada gerakan Hamas, serta menyediakan alat senjata dan alat bantuan selain latihan.

Kontrak bernilai USD84 juta telah ditandatangani antara Kementerian Luar AS dan syarikat keselamatan AS, Blackwater, bagi menyediakan perkhidmatan keselamatan di Tebing Barat untuk tempoh lima tahun. Syarikat "Blackwater" telah melakukan tugasannya di Afghanistan dan Iraq dan terbukti telah melakukan jenayah perang yang berleluasa terhadap beberapa warga negara tersebut, sehingga dipaksa menukar namanya setelah masalah tersebut dibawa ke mahkamah AS.

Erdogan: Tidak Ada Keamanan Tanpa Kerajaan Hamas


13 Januari 2011 - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, mengatakan bahawa keamanan tidak akan dikecapi di Palestin dan wilayah sekitarnya tanpa penglibatan Hamas. Erdogan berkata demikian di dalam program TV al-Jazeera "Tanpa Batasan" semalam, bahawa Hamas bukanlah sebuah gerakan pengganas, tetapi mereka yang mempertahankan tanah air mereka, dan dilihat bagaimana gerakan tersebut menang dengan cemerlang dalam pilihanraya paling bersih di dunia, dan mereka-mereka yang mengenepikan Hamas akan melihat mereka sebagai musuh.

Beliau menambah lagi, bagaimana Hamas sebenarnya tidak diberi peluang, tetapi terus dihalang dan dipenjara, adakah ini demokrasi ? Bahkan sebenarnya mereka sendiri yang menentang demokrasi. Erdogan juga menyebut kepada utusan rundingan damai ke Timur Tengah, Tony Blair, bahawa Hamas mesti dimasukkan dalam setiap agenda rundingan damai, menolaknya bererti tiada perdamaian,Hamas dan Fatah merupakan elemen penting di Palestin, melihat hanya kepada salah satu sahaja, keamanan tidak akan berlaku.

Zionis: Mesir Maklumkan Pada Hamas Kesungguhan Israel Serang Gaza


13 Januari 2011 - Akhbar Israel mendakwa Mesir menyampaikan maklumat kepada Hamas kesungguhan Israel untuk membuat serangan besar-besaran ke atas Gaza. Sumber diambil dari pusat maklumat Israel bahawa Mesir dan beberapa negara arab lain, kemungkinan juga Qatar, memberikan amaran kepada Hamas beberapa hari yang lalu bagaimana kesungguhan Israel untuk melancarkan serangan menghentikan serangan roket Hamas.

Ini mendorong Hamas mengadakan beberapa siri pertemuan dengan kelompok pejuang Palestin untuk menghentikan tembakan roketnya, demikian menurut dakwaan mereka. Menurut statistik Israel, serangan roket dari Gaza dalam beberapa minggu terakhir ini telah menyebabkan kematian di Ashkelon dan sekitarnya.

Isnin, 10 Januari 2011

Wikileaks: Rejim Zionis rancang meletakkan ekonomi Gaza ke tahap hampir lumpuh


Selasa , 11/01/2011 - Laman web Wikileaks mendedahkan bahawa rejim Zionis telah memaklumkan kepada Duta Amerika Syarikat di Tel Aviv bahawa mereka mensasarkan kejatuhan ekonomi Genting Gaza ke tahap hampir lumpuh dengan cara mengetatkan sekatan ke atas penduduknya.

Beberapa maklumat dalam talian menggambarkan yang rejim Zionis sentiasa memaklumkan kepada Duta AS menerusi talian tentang tindak-tanduknya mengenakan sekatan ke atas Genting Gaza walaupun menerima tentangan daripada Negara-negara luar.

Sebagai sebahagian daripada pelan sekatan ekonomi ke atas Gaza, pegawai-pegawai rejim Zionis mengesahkan bahawa mereka merancang untuk meletakkan ekonomi Gaza ke tahap hampir lumpuh menerusi beberapa tindakan, tanpa melumpuhkan terus ekonomi Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Ahad, 9 Januari 2011

Seorang Pemuda Syahid Di Pos Pemeriksaan


10 Januari 2011 - Seorang warga Palestin syahid ditembak rejim Israel di Jenin dan penangkapan beberapa yang lain di Tebing Barat. Juru cakap Majlis Keselamatan Palestin di Tebing Barat, Fathi Khaddirat, kejadian tembakan oleh rejim Israel terhadap pemuda tersebut dalam jarak yang dekat, di kawasan pos pemeriksaan Hamra, di kawasan yang amat dikawal ketat rejim Israel sehingga mereka tidak membenarkan ambulans dan pegawai perubatan untuk sampai ke kawasan kejadian. Perlu dicatat bahawa tentera Israel sebelum ini juga telah membunuh seorang pemuda di pos pemeriksaan yang sama beberapa hari lalu dalam jarak hanya tiga meter sahaja.

Erekat: Tidak Akan Bertemu Dengan Pegawai Israel Di Washingto


10 Januari 2011 - Ketua Jabatan Hal Ehwal Perundingan dalam Pertubuhan Pembebasan Palestin, Dr Saeb Erekat, menafikan kenyataan pertemuannya dengan pegawai Israel berhubung isu meja rundingan.

Erekat menyatakan bahawa berita tersebut sebagai "pembohongan" yang nyata oleh pihak rejim Israel, dengan katanya: "memang ada pertemuan dengan pegawai AS secara berasingan tetapi dengan Israel sememang tidak ada, sekiranya ada selepas ini pertemuan membincangkan untuk kembali ke meja rundingan hanya dengan AS sahaja tidak dengan Israel".

Pejabat PM Israel berkata rundingan dengan Palestin akan diadakan pada minggu hadapan di Washington, mereka mendakwa bahawa Pihak Berkuasa Palestin sudah bersetuju untuk mengadakan rundingan kembali setelah menerima kunjungan utusan AS Dennis Ross.

Netanyahu Ancam Akan Menyerang Gaza


10 Januari 2011 - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengancam akan melakukan serangan tentera ke atas Semenanjung Gaza lebih besar dari sebelumnya, sebagai serangan balas terhadap kematian empat tenteranya baru-baru ini. Dalam pertemuannya dengan Parti Likud yang diketuainya: "Kebelakangan ini dilihat prestasi Gaza menyerang kita amat tinggi ini menjadi penunjuk kemungkinan untuk melancarkan serangan yang besar ke atas Semenanjung Gaza", katanya. Dalam pada itu, Timbalan Pertama Perdana Menteri Silvan Shalom memberi amaran sekiranya keadaan ini masih berterusan mereka terpaksa melaksanakan operasi ketenteraan yang lebih besar selepas ini.

Haneyya Seru Qaddafi Adakan Mesyuarat Tergempar Mengenai Baitulmaqdis


10 Januari 2011 - Gaza - Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haneyya, menyeru pada waktu tengahari Ahad agar pemimpin Libya, Muammar al-Qaddafi, yang memimpin Sidang Kemuncak Arab pada sesi ini, untuk mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan tentang bahaya yang mengancam bandar suci Baitul Maqdis. Warga Gaza, pada hari Sabtu, telah menyambut sebuah konvoi bantuan dari Libya yang dilancarkan oleh Kolonel Libya itu dan dinamakan Konvoi Quds 5.

Israel menimbulkan kemarahan rakyat Palestin hari ini bila buldozer mereka merobohkan sebuah hotel di Syeikh Jarrah yang diperolehi secara haram oleh Majlis Perbandaran Bandar Baitul Maqdis dan dijual kepada hartawan penempatan Yahudi dalam sebuah langkah kontroversi bagi mengasingkan kawasan kediaman Palestin dan mengembangkan projek-projek penempatan di sana.

"Kita perlu menetapkan polisi bagi melindungi Baitul Maqdis dan memperteguhkan ketabahan masyarakat Palestin," kata Haneyya. Perdana menteri Palestin tersebut menekankan yang usaha Israel untuk mengubah sejarah dan geografi bandar suci Baitul Maqdis hanya akan sia-sia. "Kamilah pemilik aslinya," katanya.

Haneyya meluahkan rasa syukur di atas misi konvoi Quds 5. "Kunjungan ini tidak hanya mewakili sokongan dan solidariti dengan Palestin, tetapi ianya juga adalah langkah progresif dalam memecahkan kepungan Israel... Biarpun dikepung, kita telah mendedahkan wajah sebenar Israel."

Silvan Shalom: Berjanji Gempur Gaza


10 Januari 2011 - Timbalan Perdana Menteri, Silvan Shalom, berjanji akan melakukan operasi ketenteraan ke atas Semenanjung Gaza apabila keadaan memerlukannya. Sehingga kini kemungkinan-kemungkinan tersebut sudah tidak dapat dibendung lagi sejak empat orang tenteranya mati dibedil pejuang Palestin. "Israel akan melancarkan serangan besar-besaran melebihi roket pejunang sekiranya keadaan meminta kita berbuat demikain", katanya dalam sebuah wawancara radio Israel.

Sabtu, 8 Januari 2011

Turki: Tahun 2011 Tahun Bebas Berpurdah


Istanbul: 9 Jan 11: Tahun 2011 telah menjadi tahun 'bebas berhijab' di intitut perguruan tinggi di Turki. Barulah wanita Islam bebas melaksanakan agamanya di negara sendiri. Mahasiswa Muslim Turki bebas masuk ke perguruan tinggi dengan mengenakan hijab, purdah atau disebut juga jilbab. Situs Mufakkirah al-Islam melaporkan, perguruan tinggi Turki menyatakan telah mencabut larangan berhijab bagi para mahasiswa muslimah di lingkungan kampus

Oktober 2010 yang lalu, lembaga peradilan Turki telah mengeluarkan peringatan kerasnya kepada pemerintah Turki yang didominasi parti berhaluan Islam tentang upaya mencabut larangan berjilbab di lingkungan pendidikan. Mahkamah agung Turki menyatakan berjilbab di pusat pendidikan bertentangan dengan doktrin sekularisme dan perundangan Turki.

Sebelumnya, pada tahun 2008 Mahkamah Perlembagaan Turki menghapuskan ketetapan parlimen yang mencabut larangan berjilbab di lingkungan pusat pendidikan.

Penganiayaan Terhadap Pejuang Jenayah Yang Tak Boleh Dimaaafkan


9 Januari 2011 - Gaza - Liga Ulama Palestin, dalam sebuah sidang akhbar pada hari Sabtu, yang diadakan sempena ulangtahun kedua perang Israel yang lalu ke atas Jalur Gaza, berkata yang Masjid Aqsa adalah hak umat Islam. "Kita harus mempertahankannya, dan ia mesti sentiasa berada di hati setiap penganut Islam. Pandangan mereka tidak boleh dialihkan hatta disebabkan tempat-tempat suci lain di Mekah dan Madinah." Liga Ulama berkenaan adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menumpukan seluruh perhatian mereka kepada soal menangani masalah di Palestin dari perspektif agama.

Marwan Abu Ras, yang memimpin liga terbabit, menekankan tentang perlunya para pegawai kerajaan melakukan usaha yang serius dalam mengembalikan pelarian Palestin ke kampung halaman mereka dan berusaha ke arah mendapatkan penyatuan nasional, sambil menyebut perkara yang kedua sebagai suatu kewajipan agama, nasional, moral, dan kemanusiaan. Seseorang warga Palestin yang menangkap dan menyalahgunakan kuasa keatas saudara-saudara Palestin mereka di atas alasan politik adalah merupakan dosa besar dalam Islam, liga berkenaan berkata, sambil merujuk kepada perbuatan yang menjadikan penyokong Hamas di Tebing Barat yang dikuasai Fatah sebagai sasaran.

Penganiayaan terhadap pasukan penentang dan pejuang kemerdekaan dalam rangka memenuhi kekuatan penjajah adalah sebuah jenayah yang tadak boleh dimaafkan, para ulama tersebut menambah. Liga tersebut mengatakan yang penahanan ke atas wanita di Tebing Barat adalah jenayah yang "lebih besar dari segala jenayah", dan menyeru para ulama di Tebing Barat untuk mennyebarkan tentang kepentingan perkara tersebut dari segi agama.

Parti Islam Jordan Selar Tindakan PA Bekerjasama Dengan Israel


9 Januari 2011 - Amman - Parti Tindakan Islam di Jordan mengecam keras kerjasama keselamatan yang dijalin oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA), yang dikuasai oleh Fatah, dan negara penjajah Israel. Pegawai senior parti tersebut, Murad Al-Adayleh, berkata pada hari Sabtu yang lalu bahawa kerjasama ini telah menyebabkan pembunuhan seorang warga emas pada hari Jumaat dan penculikan ke atas pemogok lapar beberapa jam setelah mereka dibebaskan dari penjara PA.

Adayleh menambah ada keharmonian dan pertukaran peranan yang jelas di antara PA dan penjajah Israel, sambil menekankan bahwa PA kini menjadi beban berat yang harus disingkirkan oleh rakyat Palestin agar dapat mereka bebaskan diri dari belenggu penjajahan. Beliau menyatakan yang pembunuhan ke atas seorang warga emas dengan kejam oleh pasukan pendudukan Israel mengesahkan yang mereka telah menjadi seperti sebuah kumpulan samseng tidak pedulikan sesiapa, sambil menambah yang kejahatan tersebut tidak mungkin dapat dilakukan oleh Israel tanpa bantuan dari pihak tentera PA.

Jumaat, 7 Januari 2011

Surat Diplomasi Rasulullah s.a.w. Kepada Raja Dan Penguasa Dunia

Rasulullah sering berdakwah menggunakan utusan menghantar surat kepada raja-raja dan penguasa penguasa dunia setelah Islam mulai kuat di Madinah dan mulai berkembang luas ke seluruh penjuru. Surat-surat berkenaan mengajak raja-raja dan penguasa penguasa dunia menerima agama Islam. Salah seorang sahabat mengatakan ada diantara mereka yang enggan menerima surat-surat tanpa dicop mohor terlebih dahulu, maka Nabi saw memerintahkan para sahabat untuk membuatkan baginya cop mohor. Kemudian dibuatlah cop mohor berupa cincin yang berukiran kalimat “Muhammad Rasulullah“. Cop mohor ini dikenakan Nabi saw di tangan kanan beliau sehingga beliau wafat.

Cop Mohor Rasulullah s.a.w.




Semua surat surat Nabi saw yang dikirim kepada raja dan penguasa dunia disambut dengan baik dan sangat dihargai sekali oleh mereka kecuali surat beliau yang dikirim kepada Kaisar atau Kaisar II (Penguasa Parsi). Setibanya surat baginda dan selepas habis membaca surat baginda dirobek robek oleh Khosrau. Rasulullah lantas berdoa: “Ya Allah robek robeklah kerajaannya”.

Kalau kita membaca isi surat surat Nabi saw yang dikirim untuk penguasa penguasa dunia kita dapat lihat dengan jelas bahwa Rasulullah saw adalah seseorang yang berdiplomasi dan sangat bijak berpolitik. Kita dapat melihat bahawa beliau sangat menghargai dan memuliakan kedudukan mereka sebagai penguasa dunia.

Di bawah ini terlampir 4 surat Nabi saw:

Surat Nabi saw untuk Raja An-Najashi(Penguasa Ethiopia)




Isi surat:

Dari Muhammad utusan Islam untuk An-Najasyi, penguasa Abyssinia (Ethiopia). Salam bagimu, sesungguhnya aku bersyukur kepada Allah yang tidak ada Tuhan kecuali Dia, Raja Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, dan aku bersaksi bahwa Isa putera Maryam adalah ruh dari Allah yang diciptakan dengan kalimat Nya yang disampaikan Nya kepada Maryam yang terpilih, baik dan terpelihara. Maka ia hamil kemudian diciptakan Isa dengan tiupan ruh dari-Nya sebagaimana diciptakan Adam dari tanah dengan tangan-Nya. Sesungguhnya aku mengajakmu ke jalan Allah. Dan aku telah sampaikan dan menasihatimu maka terimalah nasihatku. Dan salam bagi yang mengikuti petunjuk

Surat Nabi saw untuk Raja Heraclius (Penguasa Rom)




Isi surat:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Dari Muhammad utusan Allah untuk Heraclius Kaisar Romawi yang agung.
Salam bagi siapa yang mengikuti petunjuk. Salain dari pada itu, sesungguhnya aku mengajak kamu untuk memeluk Islam. Masuklah kamu ke agama Islam maka kamu akan selamat dan peluklah agama Islam maka Allah memberikan pahala bagimu dua kali dan jika kamu berpaling maka kamu akan menanggung dosa orang orang Romawi.

“Katakanlah: Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”. Al-Imran 64

Surat Nabi saw untuk Raja Kisra II (Penguasa Parsi)



Isi surat:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad utusan Allah untuk Kisra, penguasa Parsi yang agung. Salam bagi orang yang mengikuti petunjuk dan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan bagi orang yang bersaksi bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah yang Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan bagi yang bersaksi bahawa Muhammad itu hamba-Nya dan utusan-Nya. Aku mengajakmu kepada panggilan Allah sesungguhnya aku adalah utusan Allah bagi seluruh manusia supaya aku memberi peringatan kepada orang-orang yang hidup (hatinya) dan pastilah (ketetapan azab) terhadap orang-orang kafir. Peluklah agama Islam maka kamu akan selamat. Jika kamu menolak maka kamu akan menanggung dosa orang orang Majusi.

Surat Nabi saw untuk Al-Muqawqis (Penguasa Mesir)



Isi surat:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad bin Abdullah utusan Allah, untuk al-Muqawqis penguasa Mesir yang agung. Salam bagi siapa yang mengikuti petunjuk. Selain dari pada itu, aku mengajakmu kepada panggilan Allah. Peluklah agama Islam maka kamu akan selamat dan Allah akan memberikan bagimu pahala dua kali. Jika kamu berpaling maka kamu akan menanggung dosa penduduk Mesir.“.

Setelah al-Muqawqis membaca surat Nabi saw, ia membalas surat baginda dan memberikan kepada baginda dua hadiah. Hadiah pertama berupa dua budak beliau bernama Maria binti Syamu’n al-Qibthiyyah yang dimerdekakan Nabi saw dan menjadi isteri baginda, darinya Rasulullah saw mendapatkan seorang anak yang diberi nama Ibrahim (wafat semasa kecil), nama ini diambil dari nama datuk baginda Nabi Ibrahim a.s. Dan budak kedua adiknya sendiri Sirin binti Syamu’n Al-Qibthiyyah yang dijodohkan dengan Hassan bin Tsabit ra, sasterawan unggul pada zaman Nabi saw. Hadiah kedua berupa kuda untuk tunggangan baginda.

2 Syahid Di Timur Jabalya


7 Januari 2011 - Jurucakap bantuan kecemasan, Abu Adham, mereka menemui dua syuhada yang ditembak rejim Israel Timur Jabalya, Semenanjung Gaza, kedua-duanya ditembak pada hari Rabu, 5/1/2011. Abu Adham menambah, walaupun mereka ditembak pada malam Rabu, mayat mereka hanya boleh dikeluarkan dari tempat dari tempat mereka ditembak pada pagi Khamis 6/1/2011 disebabkan sekatan serta kehadiran tentera rejim tersebut di kawasan sasaran yang dikhuatiri akan melakukan serangan ke atas pihak ambulan yang cuba membawa mereka keluar.

Karikator Hari Ini


7 Januari 2011 - Ketua Ulama Sedunia, Syeikh Yusuf Qardawi berkata: "Kemenangan Palestin akan berlaku dengan penentangan terhadap kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh rejim Israel, sekiranya aku diberikan kesempatan untuk berada di Semenanjung Gaza, akan ku bakar semangat jihad mujahidin di sana".

Rabu, 5 Januari 2011

Mishaal Ucap Takziah Kepada Abbas


6 Januari 2011 - Damsyik - Khaled Mishaal, ketua biro politik Hamas, menyampaikan ucapan takziah diatas kematian, Atta Abbas, abang kepada Presiden Palestin dan pemimpin Fatah, Mahmoud Abbas, di Damsyik pada hari Selasa. Beliau ditemani oleh seoranag lagi anggota biro politik, Mohammed Nazzal.

Anggota Jawatankuasa Pusat Fatah, Al-Rejoub Jibril dan Muhammad Eshtiye, menyambut para pemimpin Hamas di rumah si mati. Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haneyya, turut menghantar mesej takziah kepada Abbas melalui telefon sebelum itu pada malam hari Isnin. Atta Abbas meninggal dunia di ibukota Syria pada hari Isnin.

3,000 Anggota Hamas Ditangkap Oleh Fatah Pada Tahun 2010


6 Januari 2011 - Dalam sebuah sidang akhbar yang diadakan di Bandar Gaza, Barhoum menjelaskan yang 1,404 orang tahanan telah menjalani hukuman di penjara-penjara Israel, 49 dari mereka adalah pemimpin terkemuka Hamas, 49 orang imam masjid, 405 orang pelajar dan 24 orang professor. Selain itu, 36 orang wartawan, 12 orang pengusaha, 5 orang pakar farmasi, 7 orang wanita dan 12 orang kanak-kanak sekolah telah dipenjarakan, Barhoum memberitahu.

Beliau juga menambah kerajaan yang dipimpin oleh Fatah telah mengabaikan seruan agar dihentikan penangkapan berunsur politik dan menyatakan bahwa PA "bertanggungjawab sepenuhnya " terhadap nyawa dan keselamatan tahanannya.

Barhoum mengecam keras penahanan Ayyub Al-Qawasmi, pemimpin Briged Qassam, 46, yang ditahan di Hebron pada hari Khamis malam, dan tempat di mana dia ditahan masih belum didedahkan. Beliau menggambarkan tindakan itu sebagai "penculikan" dan �jenayah nasional".

Penahanan berunsur politik yang dilakukan oleh Fatah di Tebing Barat dan Hamas di Gaza, yang dijelaskan sebagai pertentangan dalam hal keselamatan, selalunya dianggap sebagai halangan bagi penyatuan nasional oleh kedu-dua gerakan terbabit.

Hamas dan Fatah mempunyai hubungan yang sangat tegang sejak Hamas memenangi pilihanraya Palestin pada awal tahun 2006. Ketika Fatah berunding dengan pihak berkuasa Israel untuk mengambilalih peranan tentera Israel yang menduduki Tebing Barat, Hamas melihat pendekatan ini sebagai kerjasama dengan pihak penjajah Israel. Baru-baru ini, dua sidang rundingan yang diadakan di Damsyik gagal mencapai perdamaian di antara kedua-dua pihak.

Isnin, 3 Januari 2011

90% Air Di Semenanjung Gaza Tercemar


4 Januari 2011 - Laporan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mengenai kualiti air di Semenanjung Gaza, bahawa sembilan puluh peratus air minuman di wilayah tersebut adalah air yang tercemar, yang mengancam bahaya kesihatan kepada warga Palestin. Laporan yang dikeluarkan semalam, Isnin, 3/1/2011, pencemaran air itu telah menolak warga Gaza untuk menggunakan penapisan air di rumah-rumah mereka, terutamanya terdapat peningkatan unsur "klorida" di kawasan telaga rumah mereka yang mengancam kesihatan manusia.

Pencemaran air bawah tanah berlaku akibat dari pembuangan pemprosesan sisa yang tidak berlaku di Gaza dan bahan kimia pertanian serta bahan buangan berbahaya yang dilakukan oleh penduduk Israel sebelum meninggalkan Semenanjung Gaza, ini kerana sumber air bawah tanah merupakan satu-satunya sumber bersih yang boleh didapati di wilayah tersebut. Setiap tahun 170,000,000 meter padu air diambil dari sumber bawah tanah disebabkan hujan yang diterima adalah terlalu sedikit. Laporan tersebut juga menyatakan air merupakan barang kawalan serta senjata rejim Israel, Gaza sendiri tidak mampu untuk memproses sumber air sehingga kini walau usaha-usaha sedang dijalankan dengan giat tetapi masih tidak mampu menampung keseluruhan penduduk Gaza yang berjumlah 1.5 juta itu, ini memburukkan lagi keadaan di Semenanjung Gaza.

Peluru Berpandu Iran Mampu Mengenai Israel Dalam Masa 10 Minit


4 Januari 2011 - Berita diambil dari halaman popular "Wikileaks", Ahad 2/1/21011, Ketua Angakatan Tentera Darat rejim Israel, Gabi Ashkenazi, menyatakan bahawa Iran mempunyai 300 peluru berpandu yang mampu sampai ke "Israel" dalam jangka masa 10 hingga 12 minit sahaja. Akhbar "Jerusalem Post", telegram yang bocor adalah perbualan selama pertemuan delegasi dari AS bertarikh 15 November, 2009 di mana beliau berkata: "Ancaman peluru berpandu terhadap (Israel) telah menjadi lebih berbahaya daripada sebelumnya, dan menjadi satu keperluan Israel menigkatkan tahap pertahanan ancaman peluru berpandu".

Beliau mengatakan dalam pertemuan tersebut: "Ancaman dari Hamas dan Hizbullah dibiayai oleh Iran lebih berbahaya kerana kedudukan mereka berdekatan dengan Israel". "Kami percaya bahawa perang berikutnya akan berlaku dikawasan yang sama terjadi pada perang sebelumnya iaitu Lubnan dan Gaza". Menurut telegram tersebut, Ashkenazi percaya bahawa Hizbullah memiliki lebih dari 40 ribu peluru berpandu yang boleh mengenai titik manapun di Israel, serta Hamas memiliki kemampuan untuk menyerang Tel Aviv.

Ahad, 2 Januari 2011

Wikileaks: Israel Mempersiapkan Perang Besar-besaran


3 Januari 2011 - Dokumen rahsia yang berjaya disedut oleh Wikileaks mendedahkan mendedahkan bagaimana rejim Israel sedang mempersiapkan perang besar di Timur Tengah.
Dokumen yang dikutip dari Ketua Tentera Rejim Israel, Gabi Ashkenazi, dalam pertemuannya dengan delegasi dari Kongres AS pada akhir tahun 2009 bahawa mereka sedang dalam proses perang berskala besar di Timur Tengah, tumpuannya adalah untuk menghapuskan gerakan Hamas atau Hizbullah.

Kata-kata ini dikutip dari Ashkenazi yang disiarkan oleh laman Ajaronot dalam bahasa Inggeris "Aku telah menyediakan tentera Israel dan akan terus melakukan proses tentera Israel yang meluas". Segala kata-kata Ashkenazi tersebut telah disedut dari dokumen rahsia yang bocor dari kedutaan besar AS di Tel Aviv.

Livni Meminta Israel Agar Melakukan Sesuatu Untuk Melemahkan Hamas Dan Menyerang turki


3 Januari 2011 - Mantan Setiausaha Negara Rejim Zionis dan pemimpin Parti Kadima, meminta kerajaan melakukan sesuatu untuk melemahkan gerakan perlawanan Islam Hamas demi untuk menjaga masa depan rantau Timur Tengah yang lebih baik.

Livni juga mengkritik sikap Turki tentang masalah Timur Tengah, beliau mengatakan: "Turki ingin menjadi lebih Arab dari negara-negara Arab itu sendiri," menurut halaman "World News" Turki. Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut dalam sebuah wawancara akhbar Turki: "Turki mesti mengambil sikap untuk kepentingan keamanan di Timur Tengah".

Livni menyatakan dalam keadaan sekarang ini, Arab dan pemerintah Palestin sangat memahami operasi yang sedang dilakukan oleh Israel akan tetapi sikap Turki amat berbeza, adakah Turki ingin menjadi lebih Arab dari negara-negara Arab sendiri.

Sabtu, 1 Januari 2011

Ayat Al-Quran yang dibuang di dalam tong sampah tiba-tiba hilang Lafaz ” ALLAH “






Ayat-ayat Al-Quran di atas telah diambil daripada tong sampah di negara mesir. Apa yang menjadi tanda tanya ialah kenapa lafaz Allah hilang daripada setiap keping ayat Al-Quran yang dibuang di dalam tong sampah.