Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 5 Januari 2011

3,000 Anggota Hamas Ditangkap Oleh Fatah Pada Tahun 2010


6 Januari 2011 - Dalam sebuah sidang akhbar yang diadakan di Bandar Gaza, Barhoum menjelaskan yang 1,404 orang tahanan telah menjalani hukuman di penjara-penjara Israel, 49 dari mereka adalah pemimpin terkemuka Hamas, 49 orang imam masjid, 405 orang pelajar dan 24 orang professor. Selain itu, 36 orang wartawan, 12 orang pengusaha, 5 orang pakar farmasi, 7 orang wanita dan 12 orang kanak-kanak sekolah telah dipenjarakan, Barhoum memberitahu.

Beliau juga menambah kerajaan yang dipimpin oleh Fatah telah mengabaikan seruan agar dihentikan penangkapan berunsur politik dan menyatakan bahwa PA "bertanggungjawab sepenuhnya " terhadap nyawa dan keselamatan tahanannya.

Barhoum mengecam keras penahanan Ayyub Al-Qawasmi, pemimpin Briged Qassam, 46, yang ditahan di Hebron pada hari Khamis malam, dan tempat di mana dia ditahan masih belum didedahkan. Beliau menggambarkan tindakan itu sebagai "penculikan" dan �jenayah nasional".

Penahanan berunsur politik yang dilakukan oleh Fatah di Tebing Barat dan Hamas di Gaza, yang dijelaskan sebagai pertentangan dalam hal keselamatan, selalunya dianggap sebagai halangan bagi penyatuan nasional oleh kedu-dua gerakan terbabit.

Hamas dan Fatah mempunyai hubungan yang sangat tegang sejak Hamas memenangi pilihanraya Palestin pada awal tahun 2006. Ketika Fatah berunding dengan pihak berkuasa Israel untuk mengambilalih peranan tentera Israel yang menduduki Tebing Barat, Hamas melihat pendekatan ini sebagai kerjasama dengan pihak penjajah Israel. Baru-baru ini, dua sidang rundingan yang diadakan di Damsyik gagal mencapai perdamaian di antara kedua-dua pihak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan