Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Ahad, 9 Januari 2011

Haneyya Seru Qaddafi Adakan Mesyuarat Tergempar Mengenai Baitulmaqdis


10 Januari 2011 - Gaza - Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haneyya, menyeru pada waktu tengahari Ahad agar pemimpin Libya, Muammar al-Qaddafi, yang memimpin Sidang Kemuncak Arab pada sesi ini, untuk mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan tentang bahaya yang mengancam bandar suci Baitul Maqdis. Warga Gaza, pada hari Sabtu, telah menyambut sebuah konvoi bantuan dari Libya yang dilancarkan oleh Kolonel Libya itu dan dinamakan Konvoi Quds 5.

Israel menimbulkan kemarahan rakyat Palestin hari ini bila buldozer mereka merobohkan sebuah hotel di Syeikh Jarrah yang diperolehi secara haram oleh Majlis Perbandaran Bandar Baitul Maqdis dan dijual kepada hartawan penempatan Yahudi dalam sebuah langkah kontroversi bagi mengasingkan kawasan kediaman Palestin dan mengembangkan projek-projek penempatan di sana.

"Kita perlu menetapkan polisi bagi melindungi Baitul Maqdis dan memperteguhkan ketabahan masyarakat Palestin," kata Haneyya. Perdana menteri Palestin tersebut menekankan yang usaha Israel untuk mengubah sejarah dan geografi bandar suci Baitul Maqdis hanya akan sia-sia. "Kamilah pemilik aslinya," katanya.

Haneyya meluahkan rasa syukur di atas misi konvoi Quds 5. "Kunjungan ini tidak hanya mewakili sokongan dan solidariti dengan Palestin, tetapi ianya juga adalah langkah progresif dalam memecahkan kepungan Israel... Biarpun dikepung, kita telah mendedahkan wajah sebenar Israel."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan