Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Sabtu, 8 Januari 2011

Penganiayaan Terhadap Pejuang Jenayah Yang Tak Boleh Dimaaafkan


9 Januari 2011 - Gaza - Liga Ulama Palestin, dalam sebuah sidang akhbar pada hari Sabtu, yang diadakan sempena ulangtahun kedua perang Israel yang lalu ke atas Jalur Gaza, berkata yang Masjid Aqsa adalah hak umat Islam. "Kita harus mempertahankannya, dan ia mesti sentiasa berada di hati setiap penganut Islam. Pandangan mereka tidak boleh dialihkan hatta disebabkan tempat-tempat suci lain di Mekah dan Madinah." Liga Ulama berkenaan adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menumpukan seluruh perhatian mereka kepada soal menangani masalah di Palestin dari perspektif agama.

Marwan Abu Ras, yang memimpin liga terbabit, menekankan tentang perlunya para pegawai kerajaan melakukan usaha yang serius dalam mengembalikan pelarian Palestin ke kampung halaman mereka dan berusaha ke arah mendapatkan penyatuan nasional, sambil menyebut perkara yang kedua sebagai suatu kewajipan agama, nasional, moral, dan kemanusiaan. Seseorang warga Palestin yang menangkap dan menyalahgunakan kuasa keatas saudara-saudara Palestin mereka di atas alasan politik adalah merupakan dosa besar dalam Islam, liga berkenaan berkata, sambil merujuk kepada perbuatan yang menjadikan penyokong Hamas di Tebing Barat yang dikuasai Fatah sebagai sasaran.

Penganiayaan terhadap pasukan penentang dan pejuang kemerdekaan dalam rangka memenuhi kekuatan penjajah adalah sebuah jenayah yang tadak boleh dimaafkan, para ulama tersebut menambah. Liga tersebut mengatakan yang penahanan ke atas wanita di Tebing Barat adalah jenayah yang "lebih besar dari segala jenayah", dan menyeru para ulama di Tebing Barat untuk mennyebarkan tentang kepentingan perkara tersebut dari segi agama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan