Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Isnin, 31 Januari 2011

Tahanan warga Palestin di Mesir kembali ke Gaza


Selasa , 01/02/2011 – Ketika gelombang demonstrasi anti-rejim Hosni Mubarak menyelubungi seluruh Mesir, 5 tahanan Palestin dari Hamas berjaya sampai di Semenanjung Gaza pada hari Ahad setelah dibebaskan dari penjara Mesir.
Jurucakap keluarga tahanan, Imad Assayed memberitahu wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) bahawa 4 tahanan dari Hamas tiba di Gaza setelah ketibaan seorang lagi tahanan, Hassan Wishah.

Wishah menyatakan bahawa ramai tahanan warga Palestin di penjara Abu Zaabal di timur laut Kaherah telah dibunuh oleh pengawal keselamatan. Beliau menambah, beliau telah menyaksikan kesengsaraan dan penderaan sepanjang tiga tahun dipenjarakan. Wishah telah dihukum penjara 10 tahun oleh pihak berkuasa Mesir. Mereka semua ditahan sama ada di lapangan terbang Kaherah atau sempadan Rafah atas alasan terbabit dengan organisasi yang disenarai hitam oleh Kerajaan Mesir.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan