Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Ahad, 6 Februari 2011

Apa Kata Pemimpin Israel Terhadap Omar Suleiman?


7 Februari 2011 - * Pemimpin Zionis: Suleiman mengabaikan Arafat dan menolak menerima panggilannya, menyatakan kesediaannya melanjutkan kepungan terhadap Arafat waktu itu.

* Dr Mira Tzoref, pensyarah Markaz Diyan, di Universiti Tel Aviv bahawa Sulaiman mengikuti satu-persatu langkah yang dilakukan oleh Mubarak, dan bagi entiti Zionis ini merupakan "langkah yang paling berkat" buat mereka.

* Suleiman: Ikhwanul Muslim sebenarna adalah lebih kuat kami rasai lebih dari dunia luar, kami bekerja siang dan malam untuk melawan mereka, dalam rangka menghentikan kekuatan mereka.

* Mehlman: Suleiman tidak menitiskan air mata pada ratusan orang Palestin yang terbunuh semasa perang di Gaza


Ungkapan diatas ini adalah dari Menteri Perisikan Kerajaan Israel dalam wawancara bersama radio Israel bertarikh 30 Januari 2011,: "Walaupun apa yang dikatakan terhadap Suleiman, pengalaman hubungan antara kami (Israel) dan orang ini (Suleiman) membuat kita percaya bahawa hubungan antara kita dan Mesir pada masa pemerintahannya akan lebih teguh daripada di era Presiden Mubarak".

Suleiman (75 tahun) lebih dikenali oleh senior puluhan kakitangan dalam badan perisikan Zionis, serta pegawai senior dalam tentera Zionis, dan kakitangan senior di Jabatan Pertahanan, selain ketua kerajaan dan menteri.

Mehlman mengatakan bahawa sejak Suleiman menjawat jawatan Ketua Agensi Perisikan tahun 1993, beliau sentiasa membuat penggilan dengan sebahagian besar pemimpin perisikan Zionis, termasuk Mossad, keselamatan dalaman "Shin Bet" dan Bahagian Perisikan Tentera "Eman". Mehlman menambah hubungan antaranya dengan Suleiman begitu mendalam sehingga mampu menyentuh soal peribadi Suleiman, berbicara tentang keluarga, tiga anak dan cucunya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan