Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 11 Februari 2011

Bayi Yahudi Pertama Lahir Di Hospital Palestin


11 Februari 2011 - Seorang wanita Yahudi selamat melahirkan bayi laki-laki di sebuah hospital Palestin di Ramallah setelah berasa sakit untuk melahirkannya.

Menurut sumber di Jabatan Kesihatan di Tebing Barat, wanita tersebut berada di Ramallah atas sebab yang tidak diketahui, setelah diperiksa oleh kakitangan hospital, wanita tersebut sebenarnya sakit untuk bersalin, setelah ditanya sama ada untuk kekal di hospital tersebut atau diangkut ke hospital Kerajaan Zionis, beliau menolak untuk tidak ke hospital kerajaan zionis dan selamat melahirkan bayi laki-laki seberat 2kg 300gm dan ditempatkan dalam inkubator.

Sumber menyatakan ibu dan bayi berada dalam keadaan baik, selepas pihak palestin memaklumkan kepada hospital Zionis mereka meminta memindahkan keduanya ke hospital Zionis tetapi ditolak oleh wanita tersebut yang berkeras untuk tinggal di Ramallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan