Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 22 Februari 2011

“Buku Hitam” Penerangan Konspirasi Fayad Ke Atas HAMAS


23/02/2011 - Biro Penerangan HAMAS hari ini menerbitkan “buku hitam” ke-3 yang berjudul “Fayad dan konspirasi bersama Zionis”. Buku ini terbahagi kepada 2 bahagian, yang pertama konspirasi ketenteraan antara tentera Abbas dan tentera Zionis, manakala bahagian kedua kezaliman oleh Fayyad.

Buku ini secara amnya, menceritakan fakta-fakta besar berkenaan konspirasi Abbas-Fayyad yang memerangi perjuangan rakyat Palestin. Buku ini turut menceritakan perencanaan jeneral Amerika Syarikat Keith Dayton dalam usaha Amerika dan Zionis menghancurkan gerakan HAMAS. Buku ini turut menyentuh fakta sebenar Fayyad terhadap pejuang Palestin, dimana pejuang-pejuang Palestin diburu dan ditangkap, persatuan yang membela rakyat Palestin khususnya keluarga syuhada diarah tutup oleh Fayyad dan kezaliman keatas ahli akademi, aktivis media dan sesiapa yang bersama dengan perjuangan rakyat Palestin.

sumber : COMES

Tiada ulasan:

Catat Ulasan