Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 3 Februari 2011

Demonstrasi Hari Ke-11, 100 Orang Terbunuh, Hosni Mubarak Bimbang Ikhwanul Muslimin



Lebih 300,000 rakyat Mesir keluar dari rumah untuk mengadakan demonstrasi. Demonstrasi ini adalah yang terbesar dalam sejarah negara Mesir.




Kaherah 4 Feb 11: Kebangkitan rakyat Mesir masuk hari ke-11 dengan lebih 100 orang terbunuh dalam demonstrasi aman pula bertukar ganas sejak kelmarin. Hosni Mubarak berkata beliau sudah “bosan” kekal sebagai presiden Mesir dan memang mahu bersara dengan segera tetapi keadaan tidak mengizinkannya untuk berbuat demikian sekarang.
Dalam temu bual pertama sejak pemberontakan anti kerajaan sebelum ini, Hosni memberitahu ABC News, beliau “sudah bosan” dengan tampuk kuasa. Sehubungan itu beliau memberi amaran bahawa parti Ikhwanul Muslimin akan mengisi tampuk kekuasaan jika beliau meletakkan jawatan sekarang.

Oleh itu kata Hosni, 82, beliau bimbang negara dengan 80 juta penduduk itu akan huru-hara jika mengambil tindakan meletakkan jawatan sekarang. Hosni awal minggu ini memberitahu dunia bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatannya buat penggal keenam September ini.

BBC pula menyifatkan kata-kata itu adalah versi negatif yang digunakan oleh presiden itu masa-masa lalu sebagai mahu terus menerajui negara utara benua Afrika itu. Hosni berada di tampuk pemerintahan sejak tiga dekad lalu dengan didakwa melakukan penindasan politik khususnya keatas Ikhwanul Muslimin.

Beribu-ribu penunjuk perasaan terus berada di ibu negara Mesir dengan puak pro-Hosni pula melakukan serangan ke atas mereka. Tentera yang cuba untuk memisahkan kedua-dua kumpulan itu kelihatan gagal berbuat demikian. Menteri Kesihatan Mesir Ahmed Samih Farid berkata, lapan orang terbunuh sejak kelmarin dan hampir 900 orang cedera dengan sembilan orang cedera parah.

Seorang lagi dikatakan terbunuh di Dataran Abdel Monem Riyad Square, tengah Kaherah dan ramai lagi cedera. Dalam temu bual itu dengan ABC, Hosni berkata, beliau juga ada memberitahu Presiden Barack Obama bahawa Amerika Syarikat tidak faham budaya Mesir dan “apa akan berlaku jika letak jawatan sekarang.”

“Saya tidak berminat untuk bertanding lagi. Saya tidak berminat untuk menjadikan Gamal sebagai presiden selepas saya,” kata Hosni. Gamal Mubarak adalah anak lelaki Hosni yang dilihat oleh rakyat Mesir dan diplomat Amerika Syarikat bahawa sedang dibimbing untuk menggantikan beliau. Obama mahu Hosni melakukan proses peralihan kuasa dan ia harus dilakukan “sekarang.”

Dalam ucapan disiarkan menerusi televisyen kerajaan malam tadi (waktu Malaysia), Naib Presiden baru yang dilantik Hosni, Omar Suleiman sekali lagi meminta penunjuk perasaan meninggalkan demonstrasi. “Saya meminta orang-orang muda negara ini, kami ucapkan terima kasih atas apa yang anda lakukan, anda adalah sumber reformasi,” kata Omar.

Kemudian beliau mengajak Ikhwanul Muslimin mengadakan dialog dengan kerajaan. Barisan pembangkang sudah pun menolak sebarang bentuk rundingan dengan Hosni. Di Washington, jurucakap Obama mengutuk tindakan menyasarkan wartawan yang membuat liputan di Mesir. Kumpulan pro-Hosni dikatakan menyerbu hotel-hotel penginapan wartawan asing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan