Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 23 Februari 2011

Duta Libya Ke Indonesia, Brunei Dan Singapura Meletakkan Jawatan


24/02/2011, Khamis - Duta Libya ke Indonesia, Singapura dan Brunei meletak jawatan semalam sebagai tanda membantah tindakan ganas pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi terhadap penunjuk perasaan.

Dalam kenyataannya kepada akhbar The Jakarta Post, Salaheddin M El Bishari berkata, ia keputusan peribadinya dan beliau bimbang terhadap keselamatan keluarganya di Libya. “Tentera membunuh orang awam tanpa belas kasihan, menggunakan senjata berat, jet pejuang dan tentera upahan terhadap rakyat. “Ia tindakan yang tidak boleh diterima. Saya tidak boleh bertolak ansur lagi” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan