Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Isnin, 21 Februari 2011

Hamas Tolak Pelawaan Fatah Membentuk Kerajaan Campuran


22 Februari 2011 - Hamas menolak inisiatif yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Baru Kerajaan Ramallah untuk menyertai gerakan membentuk kerajaan baru. Pemimpin Hamas, Yahya Moussa mengatakan kepada wartawan semasa memberikan komen jemputan Fayyad untuk bergabung dengan mereka dalam kerajaan baru selepas diberikan mandat oleh Presiden Palestin Mahmoud Abbas beberapa hari yang lalu sebagai "Satu Keajaiban", Fayyad meminta Hamas bergabung dan meninggalkan kuasa yang ada di Semenanjung Gaza.

Menurut jurucakap Fayyad, beliau akan mengadakan sidang akhbar Ahad depan dengan beranggapan Hamas akan bersamanya dalam kerajaan baru yang akan dibentuk dengan syarat tidak lagi melakukan apa yang diistilahkah oleh mereka sebagai "keganasan". Seorang ahli Jawatankuasa Pusat Fatah, Dr Nabil Shaath berkata pula: "Buat masa ini tidak perlu membentuk membentuk sebuah kerajaan baru, apa yang penting sekarang adalah kita harus menunggu sebentar untuk membentuk kerajaan perpaduan nasional yang merangkumi Hamas dalam usaha menyatukan Palestin".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan