Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Sabtu, 19 Februari 2011

Haniyeh Mengundang Syeikh Yusuf Al-Qardhawi Melawat Semenanjung Gaza


20 Februari 2011 - Perdana Menteri Palestin, Dr Ismail Haniyeh telah menghubungi Syeikh Syaikh Dr Yusuf Al-Qardhawi dan mengucapkan tahniah diatas kemenangan besar rakyat Mesir dalam revolusi serta ucapan terima kasih dari rakyat Palestin diatas peranan beliau menonjolkan isu Palestin, Baitul Maqdis dan Semenanjung Gaza dalam khutbahnya di hadapan lebih dari 3 juta orang penduduk mesir pada hari Jumaat (19/02/2011).

Perdana Menteri juga mengundang jemputan secara rasmi kepada Syeikh Yusuf al-Qardhawi untuk melawat Semenanjung Gaza dan memimpin solat berjemaah di Semenanjung Gaza yang merupakan salah satu kawasan dari persekitaran Baitul Maqdis sebagai permulaan memimpin masyarakat am dan antarabangsa menziarahi dan menunaikan solat di Masjidil Aqsa.

Sementara itu, Sheikh Dr. Yusuf al-Qardhawi menerima jemputan tersebut dan berjanji akan pergi ke sana, serta memuji Gaza dan rakyat Palestin menjadi contoh keteguhan berhadapan dengan tekanan yahudi laknatullah dan mengharapkan kemenangan dan pembebasan Palestin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan