Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 3 Februari 2011

Hosni Mubarak Diberi Masa Sehingga Lusa Untuk Meletakkan Jawatan






BANTAHAN BESAR-BESARAN: Ratusan ribu rakyat Mesir dari segenap lapisan masyarakat berhimpun di Dataran Tahrir di Kaherah menyahut seruan supaya mengadakan bantahan terbesar di negara itu menggesa Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatannya.


KAHERAH: Ratusan ribu rakyat Mesir membanjiri kawasan pusat Kaherah semalam, menyahut panggilan menyatukan sejuta rakyat Mesir menggesa Presiden Hosni Mubarak, 82 tahun, supaya meletakkan jawatannya selewatnya lusa, selepas hampir 30 tahun berkuasa.

Pada masa yang sama puluhan ribu rakyat asing mulai meninggalkan ibu kota Mesir itu, sedang pergolakan semakin meningkat, dengan sekurang-kurangnya 4,500 lagi dilaporkan masih terkandas di lapangan terbang Kaherah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan