Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Isnin, 21 Februari 2011

Hossam Zaki: Iran Bukan Musuh Kami


22 Februari 2011 - Duta dan juru cakap Kementerian Luar Mesir, Hossam Zaki, mengatakan bahawa Mesir membenarkan kapal perang Iran melalui Terusan Seuz bukanlah satu perubahan dasar luarnya terhadap negara tersebut, bahkan ia merujuk kepada perjanjian Konvensyen Konstantinopel, yang tidak memberikan Mesir hak untuk menghalang mana-mana kapal-kapal yang hendak melalui terusan tersebut kecuali mereka yang berniat berperang dengan Mesir.

Beliau menambah, sebenarnya belum ada dasar yang berubah sekarang ini dalam tempoh peralihan kuasa, sekiranya ia berlaku selepas pilihanraya maka ia suatu yang lain, akan tetapi perubahan drastik polisi luar negaranya tidak akan berlaku. Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas tuduhan-tuduhan yang dilakukan oleh pihak Israel dalam isu kapal perang Iran yang dikatakan telah mendapat kelulusan pihak berkuasa Mesir untuk melalui Terusan Suez.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan