Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 16 Februari 2011

Israel Cari Seorang Lagi Askarnya Yang Hilang Sejak Tahun 1997


16 Februari 2011 - Unit tentera rejim Israel sedang bekerja keras untuk mencari seorang lagi askarnya yang hilang, Ray Hever, semasa perang Israel-Syria di Bukit Golan pada 17 Ogos 1997. Menurut akhbar "Maariv" Ibrani, pencarian masih lagi diteruskan dengan penyertaan "Unit Askar Hilang", sehingga kini belum ada lagi sesiapa yang bertanggungjawab atas atas penculikan atau pembunuhan. Sehingga kini teka teki masih lagi bermain di kalangan pemimpin Israel, ini disebabkan tiada petunjuk yang dapat digunakan untuk diukur sama ada beliau mati atau hidup, andaian beliau keluar jauh dari sempadan Israel adalah sangat meragukan.

Kementerian Pertahanan bekerja keras untuk mendapatkan kembali tenteranya disamping bertujuan mengembalikan semua askar kepada keluarga mereka. Ray Hever, seorang tentera Israel - 34 tahun, penduduk bandar Kochav Yair, terakhir dilihat berada dalam kem tentera rejim Israel di Golan Syria pada tahun 1997.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan