Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 16 Februari 2011

Israel Dakwa 2 Kapal Perang Iran Dan Syria Guna Terusan Suez


17 Februari 2011 - Menteri Luar Negeri Israel, Avigdor Lieberman, mengatakan terdapat 2 kapal perang membawa pesawat Iran dirancang untuk menyeberangi Terusan Suez dan dalam perjalanan ke Syria semalam. Beliau menyifatkan langkah tersebut sebagai provokasi terakhir Teheran, mengisyaratkan Israel mungkin akan memberikan respon. Lieberman berkata demikian dalam ucapannya di Quds, serta menambah bahawa 2 kapal perang Iran melintasi Terusan Suez menuju ke Mediterranean dan akan tiba di Syria, ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku selama beberapa tahun lepas. "Malangnya masyarakat antarabangsa tidak bangkit bersiap sedia menghadapi provokasi Iran ini. Masyarakat antarabangsa harus memahami bahawa Israel tidak akan mengabaikan provokasi buat selamanya," tambah beliau lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan