Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 11 Februari 2011

Israel Takut Mesir Akan Jadi Seperti Turki


11 Februari 2011 - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan rasa takut seandainya apa yang berlaku di Turki akan berlaku di Mesir. "Mesir kemungkinan akan berubah menjadi Turki dan inilah yang ditakuti dalam politik Zionis sekarang", menurut akhbar Maariv Israel.

Netanyahu menekan Presiden Amerika agar dapat mencari formula dalam rangka mempercepat pertukaran kuasa tetapi jauh dari pertubuhan Islam di Mesir. Turki menghentikan hubungannya dengan "entiti Israel" setelah Israel menolak untuk meminta maaf atas serangan terhadap armada kebebasan dan perpaduan membabitkan kematian 9 warga negaranya.

Perbincangan telah diadakah antara Menteri Pertahanan Ehud Barak di Washington pada hari Rabu lepas dengan rakan sejawatnya di Amerika Syarikat, Robert Gates, Setiausaha AS, Hillary Clinton dan Penasihat Keselamatan Nasional, Thomas Donilon, mengenai perkembangan di Mesir, Lebanon, Tunis serta ancaman Iran dan perkembangan politik di Palestin.

Akhbar "Yediot Ahronot" Ibrani, Barak menekankan betapa pentingnya sokongan AS untuk menjada keselamatan entiti Zionis ini dapat terus hidup. Sementara itu, Rumah Putih mengatakan komitmen Washington menjaga keselamatan Zionis di bumi Palestin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan