Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Sabtu, 19 Februari 2011

Kanak-Kanak Syurga Membaca Al-Quran Dengan Penuh Kesedihan






Para ulama' arab saudi menangisi pemergian seorang kanak-kanak perempuan pilihan Allah. Kanak-kanak ini telah menghadapi ujian Allah yang amat berat dalam usia yang amat muda. Kanak-kanak ini telah mendapat didikan agama dan belajar menghafaz al-quran di sebuah tadika di arab saudi. Ia juga mendapat didikan agama daripada ibubapanya. Ibubapanya bekerja sebagai doktor dan bertugas di arab saudi. Setiap hari ibubapa kanak-kanak berkenaan akan memperdengarkan alunan ayat suci al-quran kepada anak kesayangannya.

Pada suatu hari, ibubapanya merasakan ada perubahan yang aneh pada anaknya. Lalu ibubapanya membawa anaknya membuat pemeriksaan doktor. Anak mereka ditelah disahkan mengidap penyakit barah yang amat merbahaya dan mempunyai masa yang tidak lama untuk hidup di dunia ciptaan Allah ini. Diringkaskan cerita, Seminggu sebelum kematian kanak-kanak pilihan Allah ini, ibubapanya terlebih dahulu pulang menemui Allah kerana terlibat di dalam satu kemalangan jalanraya. Sahabat handai kedua ibubapanya merahsiakan kematian ibubapanya dari pengetahuannya

Namun dengan kuasa Allah, ketika sahabat handai kedua ibubapanya mengelilingi katil tempai kanak-kanak pilihan Allah ini berehat, tiba-tiba ia mengeluarkan kata-kata:" Saya telah melihat ibubapa saya telah pergi menemui Allah." Sahabat handai kedua ibubapanya merasa begitu sedih sekali. Lalu mereka berpakat mengumpul derma dan menghantar kanak-kanak tersebut ke Britain untuk menerima rawatan terbaik disana.

Namun apa yang anda dengar ini adalah suara bacaan ayat suci al-quran secara langsung dari sebuah hospital di Britain. Dengarlah suaranya mengalunkan alunan ayat suci al-quran dan doa ke hadrat Allah sebelum nyawanya diambil oleh Malaikat Izrail. Semoga ia menjadi iktibar buat kita semua...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan