Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 16 Februari 2011

Kerjasama Mesir - Israel Di Sinai


17 Februari 2011 - Akhbar harian "Yedioth Ahronoth" dalam kenyataannya semalam, rejim Israel mengadakan kerjasama ketenteraan dengan Mesir, dengan membenarkan Mesir meletakkan pos ketenteraan di seluruh Sinai bagi mengawal pemasangan paip gas yang bocor akibat letupan. Pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menolak untuk menjawab pertanyaan yang berkaitan dengan isu itu dengan tidak menafi atau mengiakan berita tersebut.

Akhbar tersebut menambah bahawa Israel membenarkan pasukan Mesir di tempatkan di Sinai untuk tempoh tertenty sahaja bagi mengawal pemberontak kaum Badwi tempat yang masih banyak di kawasan tersebut. Saluran gas bagi negara Israel dan Jordan melalui Mesir telah diletupkan pada awal bulan Februari ini mendorong kerajaan Mesir untuk menghentikan bekalan ke negara yang terbabit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan