Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 18 Februari 2011

Khaled Mashaal Memuji Sokongan Kuwait


19 Februari 2011 - Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal memuji Emir Kuwait, Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah kerana menyokong rakyat Palestin, hak-hak undang-undang mereka dan mengembalikan kepentingan Palestin kepada Palestin tanpa campur tangan luar. Meshaal berkata demikian dalam sebuah kenyataanya dalam Kuwait News Agency (KUNA) yang diterbitkan semalam, Jumaat 18/02/2011, dalam kesempatan ucapan tahniah dalam memperingati 50 tahun kemerdekaan Kuwait dan 20 tahun pembebasan dari Iraq dengan katanya: "Emir telah memberikan sokongan kuat dalam isu Palestin serta menolak pembahagian Palestin".

Dalam ucapan penghargaannya atas sikap Emir Kuwait menyokong keteguhan rakyat Palestin, beliau berharap Kuwait akan terus mengecapi keamanan, keselamatan, kestabilan, kemakmuran, dan menjadi contoh kepada negara-negara Arab dan Islam. Meshaal berkata: "Rakyat Palestin di Tebing Barat dan Gaza selalu mengingati para dermawan Kuwait dalam menyokong serta membantu rakyat Palestin melalui pelbagai bentuk sokongan dan projek pembangunan."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan