Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Ahad, 13 Februari 2011

Laporan: Mesir Menggunakan Teknologi Israel Untuk Memutuskan Talian Internet


Isnin , 14/02/2011 - Mesir menggunakan teknologi Israel untuk memutuskan perhubungan menerusi internet seluruh negara pada minggu pertama protes kebangkitan rakyat yang bermula pada 25 Januari, akhbar Israel Yediot Ahronot melaporkan. Rejim pemerintah itu terpaksa meminta pakar teknologi Israel untuk menghentikan internet dalam usaha mencegah perkembangan protes yang seterusnya menggesa Presiden Mubarak agar berundur, akhbar israel Yediot Ahronot melaporkan pada Rabu.

Syarikat perisian Nyrus menghasilkan satu program canggih untuk melumpuhkan akses Internet Mesir, satu sumber dari Israel memberitahu bahawa syarikat tersebut mempunyai rekod menyediakan teknologi khas kepada pembekal terbesar internet kerajaan di Mesir dan juga terhadap syarikat telekomunikasi di Arab Saudi dan Pakistan. Ia memiliki kepakaran dalam menghasilkan komputer super yang digunakan oleh agensi perisikan serata dunia untuk tujuan mencuri dengar perbualan telefon, memantau komunikasi suara di internet, mendokumenkan aktiviti internet serta melumpuhkan internet di mana- mana negara apabila perlu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan