Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Ahad, 27 Februari 2011

Mencari Sumayyah


Kenalkah engkau kepada Sumayyah srikandi Islam sejati?
Seorang hamba yang sangat berani,
Padang pasir dan fatamorgana menjadi saksi,
Keteguhan iman keluarga ini,
Dijemur dibawah terik mentari.

Turut diseksa anak dan suami,
Oleh musyrikin yang dendam dan benci,
Iaitu Al-Mughirah tuannya sendiri,
Abu Jahal yang melopori,
Kerana Sumayyah mengaku Rabbinya Ilahi,
Muhammad sebagai rasul dan nabi.

Rasulullah memberi motivasi,
Kepada keluarga yang suci ini,
Tidak berganjak iman dihati,
Walau seksaan semakin pedih.

Apabila anak dan suami meninggalkan duniawi,
Akibat siksa yang berat sekali,
Sumayyah diseksa sekali lagi,
Oleh Abu Hudzaifah dan Abu Jahal yang dilaknati.

Akan tetapi,
Walau dipaksa meninggalkan agama yang murni,
Makin teguh imannya di sanubari,
Penyeksa tidak dapat berbuat apa lagi,
Api kemarahan memenuhi diri,
Sumayyah ditombak tertusuk tepat di ulu hati,
Akhirnya ia syahid kerana keteguhan imannya kepada Ilahi.

Sumayyah,
Walaupun dirimu sudah tiada lagi,
Namun namamu menjadi sebutan disana sini,
Srikandi Islam yang pertama sekali,
Menjadi sejarah tamadun Islam yang abadi.

Aku mencari dan terus mencari,
Adakah lagi wanita sepertimu ini?
Patah tumbuh, hilang berganti
Tetapi sukarnya dirimu ku cari ganti,
Sukarnya dirimu dicontohi,
Oleh wanita Islam di zaman moden ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan