Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 24 Februari 2011

MP Qaraawi: Hamas Tidak Akan Menyertai Pihak Berkuasa Palestin (PA)


Jumaat , 25/02/2011 - Pemimpin Palestin, Fathi al-Qaraawi mengatakan bahawa Hamas tidak akan bergabung dengan kerajaan perpaduan sepertimana yang disebutkan oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA) pada ketika ini.

Qaraawi mengatakan kepada wartawan bahawa Fatah sedang mengalami fenomena “hidup dalam krisis” di Tebing Barat dan Hamas tidak bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah dalaman Fatah “dengan mengorbankan kepercayaan rakyat Palestin.”

MP menyatakan bahawa kerajaan Salam Fayyad yang berkuasa di Tebing Barat adalah tidak sah dan Fatah tidak akan mampu mendapatkan apa yang dikehendaki dari kerajaan Fayyad kerana Fayyad sendiri terlibat dalam skandal perundingan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan