Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Ahad, 13 Februari 2011

Penganalisa: Pengiktirafan AS Terhadap Hak Ikhwanul Muslimin Untuk Memerintah Adalah Perangkap


Isnin , 14/02/2011 - Penganalisa politik, Dr. Adel Samara menyifatkan pengumuman Amerika Syarikat bahawa pihaknya membenarkan penglibatan kumpulan ikhwanul Muslimin dalam sebarang pembentukan kerajaan baru di Mesir dalam masa terdekat ini sebagai perangkap yang merbahaya. “AS cuba memecahkan pertahanan gerakan-gerakan perjuangan bagi menjerumuskan mereka ke kancah situasi yang sedia ada di rantau itu seperti membiasakan hubungan dengan rejim Zionis dan mengiktiraf perjanjian-perjanjian yang telah pun ditandatangani,” kata Samara dalam satu kenyataan media yang dihantar ke Pusat Informasi Palestin (PIC) pada Isnin lalu. “Washington sedar bahawa Mesir akan kembali ke arena yang berbeza orientasi dan ini merbahaya kepada pihaknya. Justeru, Washington sedang berusaha mengelakkan ianya daripada berlaku,” tegas penganalisa itu lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan