Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 24 Februari 2011

Pesawat TUDM Dibenarkan Mendarat


KUALA LUMPUR: Pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli, Libya malam kelmarin bagi membawa pulang 190 rakyat Malaysia di negara itu. Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab, berkata pesawat terbabit yang berada di Rom, Itali, berlepas pada jam 3 petang waktu tempatan (9.30 malam waktu Malaysia) dan dijangka tiba di Tripoli pada jam 5.30 petang waktu tempatan (12 malam waktu Malaysia). “Pesawat itu akan membuat satu perjalanan untuk membawa keluar rakyat Malaysia dari Libya ke Rom, Itali,” katanya. Beliau berkata rakyat Malaysia berkenaan akan dibawa pulang ke negara ini dari Itali.

Datuk Mohamed Thajudeen Abd Wahab berkata: " kerajaan tidak akan menggunakan pesawat sewa khas dari Eropah untuk memindahkan 190 rakyat Malaysia. Rancangan untuk menyewa pesawat khas dari Eropah itu dibuat kerana sebelum ini kerajaan Libya tidak membenarkan pesawat tentera negara asing memasuki ruang udara negara itu,” Keadaan Libya bergolak sejak seminggu lalu berikutan tunjuk perasaan rakyat negara itu yang mendesak pemimpinnya Muammar Gaddafi meletak jawatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan