Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 18 Februari 2011

Pintu Sempadan Rafah Dibuka 3 Hari


19 Februari 2011 - Pihak Berkuasa Mesir membuka sempadan Rafah, semalam, Jumaat 18/2/2011 selama tiga hari bagi memberi laluan kepada penduduk Gaza yang terkepung di Mesir hampir lebih dari tiga minggu serta kemasukan barang keperluan ke Semenanjung Gaza. Ketua Pengarah Sempadan, Dr Ghazi Hamad mengatakan pihak Mesir membenarkan sempadan dibuka dalam masa 3 hari bermula hari ini(Jumaat) hingga ahad tetapi hanya di satu arah sahaja, iaitu dari Mesir ke Gaza bagi membolehkan rakyat Gaza yang terperangkap di Mesir kembali ke Gaza, adapun dari arah Gaza ke Mesir tidak lagi dibenarkan.

Hamad menambah pihaknya masih lagi berusaha berbincang dengan pihak berkuasa Mesir bagi menimbangkan pembukaan sempadan Rafah secara berkala di kedua-dua arah memandangkan ia adalah satu-satunya pintu masuk ke Gaza dari negera Islam. Pihak berkuasa Mesir menutup sempadan Rafah pda 28 Januari lalu setelah tercetusnya revolusi di seluruh negara Mesir atas alasan keselamatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan