Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 16 Februari 2011

Rejim Zionis Benarkan Pasukan Tambahan Mesir Masuk Ke Sinai


17 Februari 2011 - Rejim Zionis meluluskan permintaan Tentera Dewan Tertinggi Mesir penambahan tentera Mesir ke Sinai berikutan kekacauan dilaporkan berlaku di wilayah tersebut terutamnya peristiwa serangan ke atas saluran gas ke Israel dan Jordan. Menurut akhabr "Yediot Ahronot" semalam, Kabinet Menteri Tentera Israel telah meluluskannya untuk jangka waktu sementara sahaja, bagi meningkatkan kawalan di Semenanjung Sinai setelah pihak polis tidak dapat mengawal keadaan di sana.

Sebelum ini bekas timbalan presiden, Omar Suleiman, membuat permintaan yang sama, penambahan tentera seramai 3500 orang, tetapi hanya 700 tentera sahaja yang dibenarkan oleh pihak Israel, kerana ia dianggap pengubah dasar keselamatan Zionis semenjak perjanjian Camp David yang tidak membenarkan kehadiran tentera Mesir di Sinai. Akhbar tersebut turut menambah bahawa penambahan jumlah tentera yang diminta Mesir adalah bersyarat mengikut keadaan dan situasi politik di Mesir sekarang ini sedikit sebanyak membimbangkan Israel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan