Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 16 Februari 2011

Sumber Mesir: Kaedah Buka Sempadan Rafah Secara Teratur


16 Februari 2011 - Sumber tentera Mesir sedang mencari jalan terbaik untuk membuka sempadan Rafah secara teratur secepat mungkin, keselamatan yang ketat, dan keputusan ini akan menjadi petanda awal memecahkan kepungan di Semenanjung Gaza. Dalam pada itu, Persatuan Kemanusiaan Antarabangsa Mesir, semalam menyeru memecahkan kepungan di Semenanjung Gaza dan dan membolehkan gerakan bantuan berjalan secara tabiee serta membebasan tahanan Palestin membolehkan mereka untuk kembali ke negara mereka.

Organisasi ini mengatakan dalam sebuah kenyataan akhbarnya, penduduk Semenanjung Gaza disekat lebih dari 60 bulan tanpa sebarang sebab munasabah, tidak dapat menjalani kehidupan seperti kebiasaan orang awam yang bebas, semua isntitusi kerajaan atau swasta, pendidikan, kesihatan telah dihancurkan, memerlukan kepada pembinaan semua, pihak berkuasa Mesir harus mengambil pengajaran dan kemanusiaan kepada penduduk Gaza.
Persatuan Hak Asasi Manusia di Mesir juga mendesak agar semua tahanan Palestin yang berada di penjara Mesir dibebaskan kerana telah merengkok dalam jangka masa yang lama tanpa alasan dan mereka perlu dikembalikan ke tanah air mereka. Terdapat laporan penyiksaan daripada enam tahanan Palestin dalam penjara Helwan, dimana keadaan mereka dilaporkan bertambah teruk dan tahap kesihatan mereka menurun. serius sehinggakan pihak penjara tidak membenarkan mereka untuk di bawa ke hospital.

Melalui persatuan ini, mereka telah menghantar surat kepada Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir dan kerajaan sementara, menyatakan keyakinannya pada kehendak rakyat Mesir, dan keperluan membebasan tahanan Palestin, serta memecahkan pengepungan yang tidak adil, bekas presiden Mesir, Husno Mubarak turut menyumbang kepada semua masalah tersebut. Sekatan yang semakin serius ini adalah pelanggaran yang jelas terhadap prinsip-prinsip undang-undang kemanusiaan, yang melarang hukuman kolektif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan