Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 22 Februari 2011

Tentera Israel Menculik Pelajar di Checkpoint Hawara


23/02/2011 – Yayasan Antarabangsa Solidariti untuk Hak Asasi Manusia berkata bahawa tentera rejim Israel menculik seorang pelajar di Universiti Kebangsaan an-Najah pada pagi Ahad di Checkpoint Hawara.

Ahmed al-Betawi, penyelidik yayasan itu menyatakan bahawa tentera di Checkpoint Hawara, tenggara bandar Nablus menyuruh pelajar terbabit, Ahmed al-Khafsh dari kampung Marda berhenti ketika dalam perjalanan ke Universiti an-Najah dan menahannya.

Betawi menambah lagi bahawa pelajar itu menghidap sakit perut yang teruk dan sepatutnya pergi ke Hospital Kebangsaan di Nablus selepas selesai kuliah di Universiti an-najah untuk menjalani pemeriksaan perubatan. Dia menambah lagi bahawa pelajar itu menunjukkan laporan perubatannya tetapi tentera itu tidak peduli dan membawanya ke pusat soalsiasat Petah Tikva.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan