Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Ahad, 20 Februari 2011

Tunisia Mahu Arab Saudi Ekstradisi Diktator Zien El Abidine Ben Ali


TUNISIA, Isnin, 21/02/2011 - Kerajaan sementara Tunisia semalam mahu Arab Saudi mengekstradisi Zine El Abidine Ben Ali yang melarikan diri selepas negara itu berdepan gelombang kedua tunjuk perasaan yang mahu Presiden itu meletakkan jawatan. Perdana Menteri, Mohamed Ghannouchi, berkata kerajaan sudah menghantar permohonan rasmi ke Riyadh, di mana Ben Ali bersama keluarganya dilaporkan keluar dari negara itu pada 14 Januari selepas rakyat keluar memprotes pemerintahannya selama 23 tahun.

Kerajaan dilaporkan akan mengenakan dakwaan kepada Ben Ali kerana pembabitkannya dengan beberapa jenayah kejam. Kerajaan sementara itu juga meminta Arab Saudi memberikan maklumat mengenai kesihatan presiden yang berusia 74 tahun itu yang dilaporkan mengalami tekanan dan kini dirawat di hospital di Jeddah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan