Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 9 Februari 2011

Warga Palestin Tidak Dibenar Masuk Mesir


10 Februari 2011 - Berikutan insiden protes besar-besaran yang berlaku di Mesir, terdapat laporan berita bahawa terdapat arahan untuk tidak membenarkan warga Palestin memasuki Mesir. Akhbar "Al Quds Al Arabi", London, pihak rasmi keselamatan Mesir bahagian pasport, secara rasminya telah menerima arahan tersebut.

Jabatan tersebut juga telah menghantar pulang 12 warga Palestin yang telah memasuki Mesir. Sementara itu, sumber pegawai di lapangan terbang Kaherah, mereka diberitahu sejumlah syarikat penerbangan ditegah sama sekali membawa penumpang dari Palestin.
Sumber dari kedutaan Palestin di Mesir yang tidak mahu namanya disebut, warga Palestin tidak dibenarkan masuk ke Mesir pada masa ini, kecuali mereka yang telah mendapat visa tetap tinggal di Mesir, atau mereka yang berkahwin dengan warga Mesir atau pemegang pasport diplomatik sahaja. Beliau menambah bahawa arahan ini hanyalah bersifat sementara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan