Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 18 Februari 2011

Yusuf Al-Qaradhawi: Kemenangan Atas Kezaliman, Buka Sempadan Rafah


19 Februari 2011 - Lebih 3 juta warga Mesir bersembahyang Jumaat di Medan Tahrir bagi merayakan kemenangan revolusi 25 Januari 2011. Sheikh Yusuf al-Qaradawi dalam khutbah Jumaat yang pertama di Mesir setelah 31 tahun hidup dalam buangan, dihadapan berjuta-juta penduduk Mesir dari kalangan Muslim dan Kristian.

Sheikh Qaradhawi berkata: "Revolusi ini bukanlah satu revolusi yang biasa dilakukan dinegara yang inginkan kemerdekaan, tetapi merupakan inspirasi sebuah revolusi yang dicetuskan oleh golongan muda yang menuntut keadilan" dan beliau menambah bahawa kebatilan hanya beberapa ketika sahaja menunggu jatuh tetapi kebenaran akan berpanjangan sehingga hari kiamat."

Qaradhawi menyeru agar pihak tertinggi tentera segera membentuk kerajaan baru, membebaskan semua tahanan politik dan membuka sempadan Rafah. Beliau sendiri bercita-cita untuk bersama meraikan kemenangan pembukaan Baitul Maqdis dan memberikan khutbah di sana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan