Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 31 Mac 2011

Seminar "PEACE AND HUMANITARIAN AID FOR GAZA 2011"


TEMPAT: INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA
TARIKH: 23 APRIL 2011 (SABTU)
MODERATOR: DATUK AHMAD ZAKI (AMAN MALAYSIA), DR ROSLAN MOHD NOOR (UNIVERSITI MALAYA), ZULKIFLI MOHD NANI (MUSLIM CARE MALAYSIA), DR HAFIDZI MOHD NOOR (PACE) DAN NOORAZMAN MOHD SHAMSUDDIN (HALUAN PALESTIN)

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI...

Rabu, 30 Mac 2011

Operasi Tentera AS Di Libya Memakan Belanja Sebanyak 550 Juta USD


Menurut jabatan pertahanan tentera Amerika (Pentagon), pasukan tentera Amerika dan Nato telah membelanjakan wang sebanyak 550 Juta USD untuk operasi ketenteraan dan serangan di Libya. Sebanyak 60% digunakan untuk membeli peluru berpandu jet pejuang dan bom yang digunakan untuk memerangi rakyat dan tentera yang menyokong Diktator Muammar Gaddafi manakala baki wang tersebut sebanyak 40% lagi digunakan untuk operasi tentera Amerika dan Nato di Libya.

Penganut Kristian Indonesia Menggunakan Facebook Hina Nabi Muhammad


Orang yang di dalam gambar diatas adalah penganut agama Kristian yang tinggal di Indonesia... Dia telah menghina Nabi Muhammad di dalam facebooknya... Kepada yang beragama Islam, anda diminta report facebook beliau sebagai tanda kita sayangkan Nabi Muhammad... Kita tunjukkan tanda kita sayangkan Nabi kita...

Selasa, 29 Mac 2011

Yoram Cohen Dilantik Sebagai Ketua Shin Bet Yang Baru Oleh Zionis Laknatullah


29 Mac 2011 - Perdana Menteri Zionis Laknatullah, Benjamin Netanyahu mengumumkan pelantikan Yoram Cohen sebagai Ketua Organisasi Shin Bet bagi menggantikan Yuval Diskin, mantan Ketua Organisasi Shin Bet yang telah bertugas semenjak tahun 2005.

Benjamin Netanyahu dalam ucapannya begitu optimis dan yakin dengan perlantikan Yoram Cohen sebagai Ketua Organisasi Shin Bet. Beliau sebelumnya menjawat jawatan sebagai Naib Presiden Keselamatan Organisasi Shin Bet.

Organisasi Shin Bet adalah salah satu badan penting Zionis dalam perang melawan pejuang Palestin dengan menggunakan slogan "Perisai Halimunan". Operasi dan penubuhannya telah diluluskan oleh Knesset pada bulan Februari tahun 2002 dan termaktub di dalam Undang-Undang Umum Keselamatan Shin Bet.

Jumaat, 25 Mac 2011

Dajjal Al-Masih

Siapakah Dajjal?
Dajjal ialah seorang pemuda yang berambut kerinting dan buta sebelah matanya. Ia berbangsa yahudi dan mempunyai pengikut sebanyak 70,000 ribu orang yang terdiri daripada kalangan bangsa yahudi.

Tempat Munculnya Dajjal?
Ia akan muncul disuatu kawasan diantara Syam (Syria) dan Iraq dan akan melakukan kerosakan dan kemusnahan disetiap kawasan yang dilawatinya.

Dajjal Mendakwa Dirinya Menjadi Tuhan.
Dajjal akan mendakwa dirinya tuhan dan menunjukkan kekuasaannya seperti menghidupkan orang yang sudah mati setelah dipotong badannya menjadi dua. Dajjal juga menjadikan kawasan-kawasan orang yang menerima dakwaannya sebagai tuhan menjadi mewah dan makmur manakala-kawasan kawasan orang yang tidak menerima dakwaannya musnah. Akan tetapi orang yang kuat imannya tetap berkata:" Kamulah Dajjal".

Makanan Orang Islam Ketika Kemunculan Dajjal Al-Masih.
Rasulullah s.a.w. bersabda:" Makanan orang Mukmin pada zaman kemunculan Dajjal adalah makanan para malaikat iaitu memuliakan dan mensucikan Allah. Barangsiapa di zaman itu memuliakan dan mensucikan Allah, maka baginya, Allah akan menghilangkan kelaparan".

Berapa Lamakah Dajjal Al-Masih Akan Berleluasa?
Ianya diterangkan di dalam sebuah hadith. Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, berapa lama ia (dajjal) akab bermaharajalela dibumi? Baginda menjawab: “Empat puluh hari. Hari yang pertama panjangnya seperti setahun. Hari yang kedua panjangnya seperti sebulan. Hari yang ke tiga panjangnya seperti seminggu, manakala hari-hari yang lain seperti hari-hari kamu yang biasa.” Para sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah, satu hari sama seperti satu tahun, adakah sembahyang sehari semalam sudah memadai?” Baginda bersabda: “Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu mengikut kadar masa yang biasa kamu lakukan.”

Gelaran Al-Masih
Gelaran Al-Masih bermaksud banyak berjalan. Gelaran ini diberikan kepada Dajjal kerana ia banyak berjalan dan melakukan kerosakan dan kemusnahan di muka bumi. Dajjal dan pengikut-pengikutnya tidak dapat memasuki di dua bandar suci iaitu Madinah dan Makkah kerana bandar ini sentiasa dikawal oleh para malaikat. Pada ketika itu akan berlaku gempa bumi yang kuat di situ dan orang munafik akan keluar dari dua bandar suci berkenaan lalu menjadi mangsa Dajjal Al-Masih.

Siapakah Yang Membunuh Dajjal Al-Masih?
Allah akan menurunkan Nabi Isa a.s. di sebuah menara putih di Damsyik (Syria). Nabi Isa a.s. akan membunuh Dajjal Al-Masih dan melaksanakan syariat Nabi Muhammad s.a.w. di muka bumi ini.

Rabu, 23 Mac 2011

Syarikat Penerbangan Egypt Air Menghentikan Perkhidmatannya Ke Israel Berkuatkuasa Serta Merta


24 Mac 2011 - Syarikat penerbangan Mesir, Egypt Air telah menghentikan perkhidmatannya ke Israel sebagai salah satu destinasi yang ditujunya berkuatkuasa serta merta. Akhbar "Yediot Ahronot" Ibrani, semalam melaporkan bahawa para pelancong yang berniat untuk melakukan perjalanan melalui lapangan terbang Ben Gurion - lapangan terbang Zionis, tidak lagi dibenarkan menggunakan lapangan terbang yang dikelolakan Syarikat Egypt Air sebaliknya mereka dibenarkan menggunakan syarikat penerbangan lain.

Akhbar tersebut dalam kenyataannya, bahawa Egypt Air merupakan syarikat penerbangan besar yang pertama mengeluarkan "Israel" di dalam destinasi penerbangan mereka, sementara Turki Airlines dan Royal Jordan masih lagi mengekalkannya. Syarikat Egypt Air sebelum ini mengadakan 4 penerbangan dalam seminggu dari lapangan terbang Kaherah ke Ben Gurion tetapi semua penerbangan berkenaan telah dihentikan selepas revolusi Mesir Januari lalu.

Qari Bahrain Yang Terkenal Dibunuh Kejam Oleh Tentera Elit Bahrain

Abdul al Rasul Hassan Ali al Hujairi merupakan seorang qari yang terkenal di Bahrain. Beliau bertugas sebagai jururawat disebuah hospital yang bernama "Hospital Salmaniya" yang terletak di Bahrain. Beliau berusia 38 tahun, Beliau sudah berkahwin dan memiliki 4 orang. Pada suatu hari di hari sabtu, beliau diculik oleh sekumpulan tentera elit Bahrain dan dibawa ke sebuah padang. Disitu beliau ditembak bertubi-tubi dengan menggunakan senjata api oleh sekumpulan tentera elit Bahrain tersebut. Ketika beliau berada didalam keadaan nyawa-nyawa ikan, beliau digilis berkali-kali oleh tentera elit Bahrain dengan menggunakan kereta...

Berikut adalah gambar kecederaan pada anggota tubuh jenazah Allahyarham selepas digilis oleh tentera elit bahrain laknatullah...








Inilah rakaman Allahyarham dilanggar dengan menggunakan kereta... klik di sini

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman dan beramal soleh... Insyaallah...

Isnin, 21 Mac 2011

Jerman Menjadi Tuan Rumah Persidangan Palestin Di Eropah

22 Mac 2011 - Bandar Jerman akan menjadi tuan rumah Persidangan Palestin di Eropah untuk kali yang ke-9, pada 7 Mei akan datang. Persidangan ini bertemakan: "Generasi Kembali Tahu Jalan". Persidangan ini akan membincangkan situasi Palestin dan rakyatnya melalui negara-negara Eropah dan peranan mereka dalam menyatakan kepada masyarakat di sekitar mereka mengenai keadilan dan hak-hak mereka untuk kembali ke Palestin.

Setiausaha Agung Persidangan, Adel Abdullah menyatakan bahawa masalah tahanan akan menjadi topik utama perbincangan didalam persidangan tersebut . Persidangan ini ditubuhkan di Britian buat pertama kalinya pada tahun 2003, Ia bertujuan membela nasib Palestin dan rakyatnya.

Peranan pemuda dan kepentingannya dalam proses perubahan dan mempertahankan prinsip-prinsip Palestin terutama hak untuk kembali dan membela tempat-tempat suci dari dicemari anasir-anasir luar seperti zionis akan menjadi topik utama dalam persidangan kali ini. Disamping itu, kesan revolusi Arab keatas Palestin serta hak-hak rakyat Palestin yang berada di negara luar dan lain-lain turut dibincangkan. Persidangan ini juga dijangka akan mengumumkan mekanisme baru untuk mengetengahkan isu tahanan, dinding pemisahan dan penempatan haram zionis, difahamkan juga armada kebebasan yang kedua akan dilancar semasa persidangan ini berlangsung.

DOA ELAK FITNAH DAJJAL AL-MASIH

Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari azab siksa api neraka Jahannam dan siksa kubur, serta serta fitnah hidup dan fitnah al-masih Dajjal."

Amalkanlah bacaan doa dan 10 ayat awal dan akhir surah al-Kahfi di dalam solat 5 waktu anda... Insyaallah Allah melindungi diri anda dari terkena fitnah al-masih Dajjal...

Sabtu, 19 Mac 2011

Saudara Baru Yang Telah Memeluk Agama Islam Diaibkan Berita Harian

Saya terpanggil untuk post artikel ini kat ruangan blog saya kerana berasa kesian terhadap nasib yang sedang dialami oleh saudara seakidah saya iaitu seorang artis perempuan yang bernama Daphne Iking atau nama Islamnya Dahlia dan nasib anak perempuannya, Isobel Daniella... Beliau baru sahaja bercerai dengan bekas suaminya yang bernama Ryan Chong Yiing Yih yang berusia 33 tahun dan berkahwin dengan seorang lelaki yang beragama Islam... Suami barunya bernama Azmi Abd Rahman... Pada hari Ahad (20/03/2011), saya telah terbaca sebuah artikel di dalam Berita Harian diruangan B POP yang bertajuk "SIAPAKAH BAPA KANDUNG ANAK DAPHNE?" mukasurat 11 ditulis oleh Zubir Mohd Yunus.

Menurut pendapat saya, artikel ini disiarkan bertujuan untuk mengaibkan beliau dan anaknya... Ia diterbitkan oleh seorang yang tidak bertanggungjawab dan suka mendedahkan aib orang lain... Ianya juga bertujuan untuk memberi tekanan kepana Daphne Iking atau Dahlia yang baru sahaja memeluk agama Islam... Daphne Iking atau Dahlia berhak untuk mengambil tindakan undang-undang dan saman malu terhadap Berita Harian, Zubir Mohd Yunus dan Doktor yang merawatnya kerana tidak beretika menyiarkan artikel yang bertujuan mengaibkannya... Doktor berkenaan boleh didakwa kerana melanggar etika sebagai seorang doktor dan sumpahnya kerana tidak melindungi maklumat pelanggan.

Renungilah hadith sahih berikut:

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menceritakan kesalahan dan keaiban saudaranya, nescaya Allah akan membuka rahsia dan aibnya pula diakhirat kelak.” - (Hadith Riwayat Baihaqi dan Ahmad)

Renungilah hadith sahih diatas, mahu ke Allah mendedahkan aib dan kesalahan kita di hari Akhirat kelak? Di hari dimana tidak bergunanya segala harta benda kecuali amalan ketika di dunia... Pada ketika itu kita mesti merasa malu sangat sekiranya Allah mendedahkan segala keburukan yang kita lakukan ketika di dunia dulu kerana ketika itu seluruh umat manusia akan mengetahuinya. Sekiranya kita tidak mahu diaibkan oleh pencipta kita pada hari pembalasan kelak, maka janganlah kita membuka aib saudara kita ketika hidup di dunia ini...

Sekian...

Khamis, 17 Mac 2011

Bukti Pelanggaran Bangunan WTC Dirancang Oleh Yahudi Laknatullah

Jom Try... Plan Yahudi Ini Sudah Lama Dirancang Dan Wujud Di Dalam Microsoft... Kalau Anda Masih Tidak Percaya Anda Boleh Mencubanya Sendiri...

1. Buka Microsoft Word anda.

2. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY...
Q33 NY ini adalah nombor pesawat yang telah melanggar bangunan WTC di Amerika..

3. tukar saiz font tu kepada saiz 48.

4. Korang highlightkan Q33 NY tu kemudian tukar kepada font WINGDINGS.

Apa yang anda nampak? Allahuakbar sesungguhnye perancangan ini sudah lama wujud tanpa disedari oleh sesiapa pun. Kelihatan gambar sebuah Kapal Terbang melanggar WTC (menara berkembar tu) kemudian ade lambang tengkorak dan lambang yahudi...



Subhanallah...

Cubalah dan sebarkan kepada seluruh umat Islam

Rabu, 16 Mac 2011

Zionis Laknatullah Merancang Membina Tembok Di Sempadan Jordan


17 Mac 2011 - Media Israel telah mendedahkan semalam 16/3/2011, bagaimana Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bercadang untuk membina tembok disempadan dengan Jordan mirip dengan tembok yang sedang dibina bersempadan dengan Republik Arab Mesir. Menurut laman harian "Yediot Ahronot" Ibrani, Netanyahu telah mengarahkan tentera dan pasukan keselamatan untuk merancang membina tembok di sempadan Jordan bersambung dengan tembok di Mesir. Netanyahu berkata demikian ketika lawatan beliau bersama pegawai senior ke Lembah Jordan minggu lepas mengenai perancangan dan penguasaan sempadan setelah terbinanya tembok tersebut adalah di bawah kawalan Israel.

"Kawalan tentera Israel di sempadan Jordan adalah untuk mencegah penyeludupan peluru berpandu dan senjata serta menyumbang kepada menjaga keselamatan Israel terutamanya selepas situasi politik yang melanda wilayah tersebut dan penyudahnya masih belum diketahui." katanya. Perkara tersebut disahkan oleh pemimpin "wilayah pusat" itu, Avi Kochavi yang mengiringi Netanyahu bahawa pihak tentera akan memastikan perlindungan terhadap pendatang Israel dilembah Jordan selamat.

Isnin, 14 Mac 2011

Sudan Menjadi Tuan Rumah Persidangan Jerusalem

Selasa , 15/03/2011 - Presiden Sudan Omar Al-Bashir akan menjadi tuan rumah 16 Mac dalam persidangan kelapan Khartoum Al Quds International untuk membincangkan masalah di Jerusalem dan membuat rancangan untuk mempertahankan identitinya.

“Persidangan ini diharapkan menjadi tonggak sejarah untuk aktivis Jerusalem,” kata Ketua Pengarah QII Hammoud Yassin. “Ini adalah fenomena sokongan dan menggerakkan potensi demi Baitulmuqaddis. ”Sejak munculnya penjajahan di Jerusalem, Israel telah memaksa kaum Muslimin keluar dari bandar suci itu dan berusaha menukar identiti Islam kepada ciri-ciri Yahudi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Rusia Mengharamkan Diktator Muammar Gaddafi Menjejakkan Kaki Ke Rusia


Isnin, (14/03/2011) - MOSCOW: Presiden Dmitry Medvedev hari ini telah mengeluarkan perintah mengharamkan Muammar Gaddafi daripada memasuki atau berhenti sementara ke Russia serta melarang sebarang operasi kewangan yang membabitkan Presiden Libya itu dan anak-anaknya.

Agensi berita Interfax melaporkan, sekatan perjalanan yang dikeluarkan Rusia itu termasuk keatas 15 pemimpin Libya dan ahli keluarga terdekat Muammar Gaddafi. Selain membabitkan keluarga pemerintah Libya itu, larangan operasi kewangan turut dikenakan terhadap ketua perisikan ketenteraan Libya yang juga merupakan abang ipar Gaddafi.

Tentera Mesir Menangkap Anggota Polis Yang Membakar Fail-Fail Rahsia Kerajaan Selepas Kejatuhan Diktator Hosni Mubarak

Pihak Tentera Mesir Telah Berjaya Menangkap Anggota Polis Yang Membakar Fail-Fail Rahsia Kerajaan Selepas Kejatuhan Diktator Hosni Mubarak... Pembakaran Fail-Fail Itu Bertujuan Menghapuskan Bukti-Bukti Kegiatan Rasuah Dan Pecah Amanah Bekas Diktator Hosni Mubarak...

Jutaan Wang USD Dan Permata Ditemui Di Dalam Istana Presiden Di Tunisia


Jutaan Wang USD Dan Permata Ditemui Di Dalam Istana Presiden Di Tunisia Selepas Bekas Diktator Tunisia, Zine Abidine Ben Ali Melarikan Diri Dari Tunisia Ekoran Tunjuk Perasaan...

Ahad, 13 Mac 2011

جند الله

Anak Sharon Mahu Menghapuskan Bangsa Arab

14 Mac 2011 - Anak tertua bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon, Gilad Sharon menyeru agar menghapuskan dan mendakwa bangsa arab diatas kes pembunuhan 5 keluarga pendatang haram Israel di Itamar.

Gilad berkata demikian dalam sebuah rencana di akhbar "Yediot Ahronot" Ibrani, mengatakan bahawa ayahnya adalah orang yang paling hebat dan keras dalam menolak perdamaian dan sama rata dengan Arab.

Beliau meminta supaya dikenakan kawalan yang lebih ketat khasnya terhadap Arab dan Palestin dan menolak sebarang usaha untuk mengangkat kepungan dan sekatan sehingga tidak berulang peristiwa Itamar.

Dalam kritikannya lagi, beliau menegaskan agar menghentikan segala bentuk kerjasama dengan alasan pengalaman yang lalu menunjukkan bahawa keamanan dengan orang-orang Arab tidak layak kerana mereka akan kembali dan mengulangi serangan terhadap Israel, demikian menurutnya.

Sabtu, 12 Mac 2011

GAMBAR-GAMBAR TERKINI BENCANA ALAM DI NEGARA JEPUN

Beberapa gambar terkini bencana alam di Negara Jepun...


(tangki gas asli di Pusat penapisan minyak di Wilayah Ichihara meletup)


(keadaan Lapangan Terbang Sendai di Daerah Miyagi selepas bencana)


(loji reaktor nuklear unit 1 Daiichi, Okumamachi meletup. Dinding janakuasa runtuh)


(loji reaktor nuklear Fukushima Daiichi No 1 mengalami letupan dibahagian atas)


(suasana di Pusat Bandar Minamisanriku di Wilayah Miyagi yang menjadi padang jarak padang tekukur)

Tanda-Tanda Kecil Kiamat

Antara TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan hadith sahih

1. Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.”-Sahih Bukhari

2. Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3. Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4. Menghias masjid dan membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai

5. Munculnya kekejian, memutuskan silaturrahim dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim

6. Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran -Riwayat Ahmad

7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” - Riwayat Thabrani

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya saja.” - Riwayat Ahmad

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.” - Riwayat Abu Hurairah r.a.

10. Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” - Riwayat Thabrani

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu” - Sahih Muslim

12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar” - Riwayat Ahmad

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.” - Sahih Muslim

Wahai saudara-saudaraku, marilah berfikir sejenak… yang mana sudah ada petanda pada hari ini? Ya Rabbi, ampunilah mereka yang beriman denganMu, moga hambamu ini bukan dikalangan manusia yang dimurkai.

Jumaat, 11 Mac 2011

Zionis Menuntut Bantuan Ketenteraan Bernilai 20 Juta USD Dari AS




12 Mac 2011 - Tentera Zionis berusaha untuk mendapatkan peningkatan bantuan senjata ketenteraan dari AS untuk mempertahankan keunggulan tenteranya kepada jiran-jiran mereka dalam konteks gejolak yang berlaku di dunia Arab dan cuba untuk menghidupkan kembali rundingan damai Palestin-Zionism.

Menteri Ehud Barak, Ketua tentera Zionis dalam wawancaranya dengan akhbar "The Wall Street Journal", berkata tentera Zionis boleh meminta bantuan tentera tambahan bernilai 20 Juta USD dari Amerika Syarikat untuk menunjukkan perbezaan "kualitinya" dengan tetangga arabnya.

Barak mengatakan, berdasarkan wawancara yang dikeluarkan oleh pejabatnya, bahawa "masalah perbezaan kualiti tentera menjadi penting bagi kami dan anda (Amerika), pelaburan tambahan 20 Juta USD itu untuk meningkatkan keselamatan Israel untuk generasi seterusnya."

Sejak tahun 2007, Zionis telah menerima 3 Juta USD bantuan setiap tahun dari Amerika Syarikat di bawah protokol perjanjian antara kedua-dua negara, terutama dalam pembelian senjata.

Jepun Diistiharkan Darurat


(gambar terkini selepas gempar bumi di Jepun)

TOKYO, 12 Mac: Pemerintah Kerajaan Jepun telah mengisytiharkan darurat di lima kawasan loji nuklernya di wilayah Fukushima selepas sistem penyejukan loji berkenaan termasuk sistem sokongannya gagal berfungsi selepas dilanda gempa pada ukuran 8.9 skala Richter semalam. Arahan berpindah juga turut dikeluarkan ekoran kebimbangan berlaku kebocoran dan peningkatan kadar radiasi ke kawasan sekitar yang dihuni puluhan ribu penduduk negara itu.

Difahamkan sekurang-kurangnya 20,000 penduduk telah pun dipindahkan dari kawasan berhampiran oleh pihak keselamatan negara itu. Sementara itu satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter di perairan timur Honshu, berlaku pada pukul 9.47 pagi waktu tempatan hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi adalah di 292 km dari timur laut Tokyo dan 4,243 km dari timur laut Kudat di Sabah. Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia dan jabatan sedang memantau perkembangan berkenaan. Agensi berita Kyodo News pula melaporkan sehingga kini 398 ditemui mati manakala 805 lagi masih hilang. Lebih 1,000 orang dikhuatiri terbunuh dengan kebanyakan kematian akibat lemas. Sekurang-kurangnya 124 gegaran pada ukuran 5 skala Richter berlaku selepas gempa kuat 8.9 skala Richter yang mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter semalam.

Selasa, 8 Mac 2011

Diktator Muammar Gaddafi Sedia Melepaskan Jawatan Presiden Libya Dengan Meletakkan Syarat...


SEBUTIR bom digugurkan dari sebuah jet pejuang tentera Muammar Gaddafi di bandar Ras Lanuf, Libya semalam.

TRIPOLI 9 Mac 11 Diktator Libya, Muammar Gaddafi memberi isyarat bahawa beliau bersetuju meninggalkan negara berkenaan setelah memerintah selama 41 tahun, lapor sebuah akhbar semalam. Gaddafi bagaimanapun, meletakkan syarat supaya beliau dan keluarganya diberikan sejumlah wang dan mereka dikecualikan daripada pendakwaan jenayah. Stesen televisyen Al-Jazeera melaporkan bahawa pemimpin berusia 68 tahun itu turut mengusulkan supaya parlimen Libya mewujudkan satu tempoh peralihan bagi memberi laluan kepada beliau meletak jawatan.

Gaddafi diberitakan menghantar bekas perdana menteri, Jadallah Azzouz Talhi, bertemu para pemimpin penentang di bandar Bengazhi bagi mencapai satu persetujuan mengenai tawaran itu. Mereka bagaimanapun menolak tawaran Gaddafi kerana menganggap ia satu penghinaan kepada mangsa-mangsa kekejamannya. "Pendirian kami selama ini adalah jelas, Gaddafi perlu berundur dan tanpa syarat," kata seorang pegawai kumpulan penentang, Essam Gheriani.

Dalam perkembangan berkaitan, jet-jet pejuang Libya melancarkan sekurang-kurangnya lima serangan udara berhampiran kedudukan pihak penentang di bandar pelabuhan minyak Ras Lanuf. Serangan tersebut dilancarkan bagi menghalang tentera penentang daripada mara ke kubu kuat Gaddafi di ibu negara Libya, Tripoli. Tiada laporan kecederaan setakat ini manakala seorang wartawan Agensi Berita Associated Press yang menyaksikan serangan udara tersebut menyatakan ia gagal mengenai pejuang penentang.

Sementara itu, seorang saksi memberitahu bahawa tentera yang setia kepada Gaddafi telah menawan semula bandar Zawiya yang terletak dekat dengan Tripoli yang sebelum ini jatuh ke tangan pihak penentang. Saksi berkenaan yang menghubungi agensi berita Associated Press melalui telefon, berkata, sejumlah kereta kebal dan kenderaan tentera Muammar Gaddafi meronda di bandar tersebut yang terletak 50 kiolemeter ke barat Tripoli dan melepaskan tembakan rambang ke arah rumah-rumah penduduk

10 Bahasa Paling Banyak Digunakan Oleh Penduduk Dunia...

Berikut adalah bahasa yang paling banyak digunakan oleh penduduk dunia. Antaranya ialah:

1. Bahasa Mandarin


Tak diragukan lagi bahawa Bahasa Mandarin adalah bahasa yang paling banyak digunakan orang di seluruh dunia. Jumlah penduduk di China/Tionghua pada masa ini dianggarkan hampir mencecah 1.4 million juta orang.

Jumlah penutur: sekitar 1,5 milion orang
Jenis aksara: Karakter Cina
Negara penutur: Cina dan komunitas keturunan Cina lainnya di seluruh dunia.
Bahasa mandarin juga digunakan sebagai bahasa rasmi PBB.
Untuk menyapa dalam bahasa Mandarin, ucapkan “Nin hao”

2. Bahasa Inggeris


Ini dia bahasa paling top di dunia sekaligus bahasa yang paling banyak diambil menjadi bahasa rasmi di beberapa negara dan organisasi antarabangsa. Tercatat ada lebih kurang 53 negara dan 10 organisasi antarabangsa yang mengunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Selain itu, hampir semua negara di dunia menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa kedua setelah bahasa kebangsaan masing-masing.

Jumlah penutur: sekitar 500 juta orang
Jenis aksara: Latin
Negara penutur: Inggeris Raya, AS, Afrika Selatan, Antigua & Barbuda, Australia, Bangladesh, Brunei Darussalam, Dominica, Ethiopia, Eritrea, Fiji, Filipina, Gambia, Ghana, Grenada, Hong Kong, India, Ireland, Jamaica, Cameron, Canada, Kenya, Kiribati, Siberia, Malawi, Malta, Kepulauan Marshall, Mauritius, Namibia, Nauru, Nigeria, Pakistan, Palau, Papua New Guinea, Rwanda, Saint Kitts & Nevs, Saint Lucia, Saint Vincent & Grenada, Samoa, Selandia Baru, Seychelles, Sierra Leone, Singapura, Kepulauan Solomon, Somalia, Sri Lanka, Switzerland, Tanzania, Tonga, Trinidad & Tobago, Uganda, Venezuala, Zambia, Zimbabwe. Organisasi Internasional, PBB, Euro, NATO, NAFTA, OAS, OIC, PIF, UKUSA, dll. Untuk menyapa dalam bahasa Inggeris, ucapkan: "Hello"

3. Bahasa Hindi


India memang unik! Bayangkan sahaja, negara ini mempunyai penduduk terbanyak ke-2 di dunia, filem-filem Bollywood, Taj Mahal, Raja Asoka yang Agung, Mahatma Gandhi…. ehh, ternyata India tidak mempunyai bahasa nasional rasmi. Bahasa Hindi yang digunakan oleh sebahagian besar masyarakat India hanya diakui sebagai bahasa harian oleh masyarakatnya.

Jumlah penutur: sekitar 497 juta orang
Jenis aksara: Devanagari
Negara penutur: India, AS, Mauritius, Afrika Selatan, Yaman, Uganda, Singapura, Selandia Baru, Jerman, Fiji, Nepal, Suriname, Trinidad & Tobago, Guyana dan Emiriah Arab Bersatu.
Untuk menyapa dalam bahasa Hindi, ucapkan “Namaste”

4. Bahasa Sepanyol


Setelah Portugal menguasai jalur-jalur penjelajahan maritim di Asia, Afrika dan Amerika pada abad ke-15, giliran Sepanyol pula menguasai wilayah-wilayah tersebut sejak abad ke 16 dan 17. Akibatnya, banyak kebudayaan Sepanyol yang tertanam kuat di sana. Pada masa ini, Bahasa Sepanyol banyak digunakan sebagai bahasa rasmi negara-negara di Amerika Tengah dan Selatan. Selain itu, bahasa Sepanyol juga banyak digunakan di beberapa negara bahagian Amerika Syarikat yang bersempadan dengan Mexico. Bahkan terdapat beberapa kosa kata bahasa Inggeris yang dipinjam dari bahasa Spanyol seperti tornado, bonanza, patio, quesadilla, Enchilada, dan taco grande supreme, dll.

Jumlah penutur: sekitar 400 juta orang
Jenis aksara: Latin
Negara penutur: Sepanyol, Argentina, Bolivia, Chile, Dominican Republic, Ecuador, El Salvador, Guinea Khatulistiwa, Guatemala, Honduras, Colombia, Costa Rika, Cuba, Mexico, Nicaraguay, Panama, Paraguay, Peru, Puerto Rico, Uruguay, Venezuela
Untuk menyapa dalam bahasa Sepanyol, ucapkan: “Hola”

5. Bahasa Arab


Bahasa Arab adalah salah satu bahasa tertua di dunia dan merupakan bahasa yang dipakai dalam Al-Qur’an. Bahasa Arab banyak meminjamkan kosakatanya ke beberapa bahasa di Eropah terutama bahasa Sepanyol, Portugis dan Sisilia. Bahasa Arab sama seperti juga bahasa Ibrani dan Parsi. Ia mengunakan kaedah penulisan aksara dari kanan ke kiri. Sejak tahun 1974, bahasa Arab digunakan sebagai salah satu bahasa rasmi di PBB.

Jumlah penutur: sekitar 300 juta orang
Jenis aksara: Arab
Negara penutur: Arab Saudi, Al-jazair, Bahrain, Chad, Morocco, Djibouti, Mesir, Eritrea, Iraq, Israel, Jordan, Kuwait, Lebanon, Libya, Maroko, Niger, Oman, Palestin, Qatar, Somalia, Sudan, Syria, Tunisia, Emirat Arab Bersatu, Sahara Barat, Yaman, Mauritania, Senegal, Mali.
Bahasa arab juga digunakan sebagai bahasa rasmi PBB.
Untuk menyapa dalam bahasa Arab, ucapkan: "Assalammualaikum"

6. Bahasa Rusia


Mikhail Gorbachev, Vladimir Putin, Roman Abramovich, Anna Kournikova, dan Maria Sharapova adalah para pengguna bahasa Rusia yang sudah kita ketahui dari berbagai pemberitaan media. Namun, selain mereka dianggarkan 270 juta penduduk dunia menggunakan bahasa Rusia sebagai bahasa rasmi mereka.

Jumlah penutur: sekitar 278 juta orang
Jenis aksara: Cyrillic
Negara penutur: Rusia, Belarusi, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Moldova.
Bahasa Rusia juga digunakan sebagai bahasa rasmi PBB
Untuk menyapa dalam bahasa Rusia, ucapkan: “Zdravstvuite”

7. Bahasa Indonesia


Bahasa indonesia termasuk di dalam rumpun bahasa Melayu ternyata berada pada kedudukan ke-7 dengan jumlah penutur sekitar 259 juta orang. Hitungan kasar ini diperoleh dari perkiraan jumlah penduduk indonesia pada tahun 2009 yang mencapai pertambahan sebanyak 230 juta manusia berbanding penduduk Malaysia 28 juta, penduduk Brunei 388 ribu serta sebagian kecil penduduk Thailand, Singapura dan Timor Timur. Jumlah ini mungkin bertambah kerana sejak tahun 2007 Bahasa indonesia telah dijadikan sebagai bahasa rasmi kedua di Vietnam.

Fakta menarik mengenai bahasa indonesia:
Bahasa indonesia menduduki kedudukan ke 3 di Asia dan kedudukan ke 26 di dunia. Bahasa indonesia juga banyak terdapat di dunia maya, buktinya wikipedia berbahasa indonesia telah menduduki kedudukan ke 26 dari 250 wikipedia berbahasa asing di dunia dan kedudukan ke 3 di Asia setelah bahasa Jepun dan Mandarin, selain itu bahasa indonesia menjadi bahasa ke 3 yang paling banyak digunakan dalam posting blog di wordpress.

8. Bahasa Portugal


Portugal memang hanyalah sebuah negara yang kecil dan boleh dikatakan salah satu negara miskin di Eropah. Namun pada abad ke 15, Portugal merupakan bangsa yang besar kerana merekalah yang mengawali penjelajahan maritim ke seluruh pelusuk dunia. Berkat jasa para penjelajah seperti Vasco da Gama, Henry the Navigator, Afonso de Albuquerque dan Pedro Álvares Cabral, Portugal memegang wilayah-wilayah penting di Asia, Afrika dan Amerika Selatan dan kemudian menanamkan pengaruh kebudayaannya di sana.

Jumlah penutur: sekitar 240 juta orang
Jenis Aksara: Latin
Negara Penutur: Portugal, Brazil, Angola, Cape Verde, Timor Timur, Guinea-Bissau, Makau, Mozambique, São Tomé e Príncipe.
Untuk menyapa dalam bahasa Portugis, ucapkan: “Bom dia”

9. Bahasa Benggali


Bangladesh adalah sebuah negara yang secara geografi merupakan negara kecil, tapi jumlah penduduknya mencapai 162 juta orang. Bahasa rasmi Bangladesh adalah Bahasa Bengali. Ini kerana wilayah Bangladesh hampir seluruhnya bersempadan dengan India maka jumlah pengguna bahasa Bengali menyebar hingga ke beberapa wilayah India.

Jumlah penutur: Sekitar 230 juta orang
Jenis Aksara: Bengali
Negara Penutur: Bangladesh, India
Untuk menyapa dalam bahasa Bengali, ucapkan "Ei Je"

10. Bahasa Perancis


Bahasa yang sering disebut-sebut sebagai bahasa paling romantik di dunia. Selain itu ianya juga menjadi bahasa rasmi di Perancis dan beberapa negara yang pernah dikuasainya.Bahasa Perancis juga adalah salah satu bahasa rasmi di Pertubuhan Bangsa-bangsa (PBB)

Jumlah penutur: sekitar 200 juta orang
Jenis Aksara: Latin
Negara Penutur: Perancis, Monaco, Kanada, Swiss, Belgium, Luxemburg, Benin, Burkina Faso, Burundi, Cameron, Afrika Tengah, Chad, Komoro, Kongo/Zaire, Pantai Gading, Djibouti, Guinea, Guinea Katulistiwa, Gabon, Guernsey, Madagaskar, Mali, Mauritius, Niger, Rwanda, Senegal, Seychelles, Togo, Haiti, Lebanon, Kaledonia Baru, Vanuatu. Polynesia, Martinique, Guadalupe. Bahasa rasmi PBB.
Untuk menyapa dalam bahasa Perancis, ucapkan: “Bonjour”

Isnin, 7 Mac 2011

Projek Rahsia UAE: Mencipta Hujan Lebat Di Gurun Dan Padang Pasir


Dubai: Sekumpulan saintis berjaya telah berjaya menghasilkan kira-kira 50 hujan lebat di rantau Al-Ain, Abu Dhabi pada tahun lalu dengan menggunakan teknologi ion, lapor sebuah akhbar tempatan. Para saintis tersebut dilantik oleh Presiden Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan untuk melaksanakan projek rahsia itu. Kebanyakan hujan lebat itu berlaku semasa kemuncak musim panas iaitu pada bulan Julai dan Ogos. Semasa hujan itu turun pada tahun lalu, penduduk bingung dengan kehadiran hujan lebat tersebut yang kadangkala diikuti dengan ribut petir.

Para saintis ini menggunakan pengion gergasi berbentuk seperti terendak lampu yang dipasang pada batang-batang besi untuk menjana medan partikel bercaj negatif yang dipanggil elektron. Keadaan ini menggalakkan pembentukan awan dan dapat menghasilkan hujan. Dalam satu video rahsia, pengasas syarikat Switzerland yang bertanggungjawab ke atas projek tersebut, Metro Systems International mengakui usaha itu akhirnya membuahkan kejayaan. "Kami berjaya menghasilkan hujan," kata pengasas Metro Systems International, Helmut Fluhrer.

Pada bulan Jun tahun lalu, Metro Systems telah membina lima tapak pengionan yang setiap satu mengandungi 20 pemancar. Pemancar itu mampu menghantar bertrilion-trilion ion yang membentuk awan ke atmosfera. Menurut akhbar Sunday Times, sistem itu dipercayai berjaya menghasilkan hujan buat pertama kalinya. Projek untuk mencipta hujan itu dipercayai melibatkan kos £7 juta (RM33.21 juta).

Ucapan Tahniah Dari Haniyeh


8 Mac 2011 - Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatnya di Mesir, Essam Sharaf yang telah diberi kepercayaan oleh rakyat Mesir untuk memimpin, Hanieyah mendoakan semoga Essam Sharaf berjaya memimpin Mesir menerajui ummah.

Dalam perbualan telefon semalam Haniyeh menekankan bahawa hubungan Mesir-Palestin kuat sejak dahulu lagi, hubungan persaudaraan dan meyakini bahawa Mesir dan pemimpinnya akan melakukan sesuatu untuk mengangkat kepungan dan membuka sempadan Rafah.

Sementara itu, Perdana Menteri Mesir mengucapkan terima kasih kepada PM Palestin itu atas ucapan dan panggilan telefon beliau serta meminta Haniyeh menyampaikan salamnya kepada rakyat Palestin dan mencatatkan bahawa orang-orang Palestin berhak mendapat bahagian mereka sebagaimana manusia lain.

Nabil Arabi Kritik Sekatan Arab Dan David Camp


8 Mac 2011 - Gerakan Islam Hamas menyambut baik pandangan dan kedudukan Menteri Luar Negeri Mesir yang baru, Dr Nabil Arabi dalam isu pengepungan dan dasar yang tidak adil ke atas Gaza serta kemusnahan yang dihadapi rakyat Palestin disebabkan perjanjian Camp David. Kenyataan yang dibuat oleh Arabi, diharapkan dapat diterjemah menjadi realiti dalam melaksanakan dasar luar negeri Mesir yang baru untuk mempertahankan status kebangsaan Mesir dan peranannya memimpin ummah dan rakyat Palestin. Arabi semenangnya telah dikenali umum sebagai veteran perundingan Camp David tahun 1878, pernah menjadi Ketua Jabatan Undang-Undang, Jabatan Luar Negeri pada waktu itu. Menjawat hakim di Mahkamah Antarabangsa pada tempoh 2001 hingga 2006, salah satu watak yang dinilai di Mesir secara umum. Arabi tidak sehaluan dengan mantan Menteri Luar Negeri Mesir pada ketika itu, Ahmed Abdoul Gheit pada tahun 2004, yang telah meletakkan Mesir pada kedudukan yang cukup teruk kerana menyokong kepungan ke atas Gaza, demikian menurut pemerhati. Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Duta Besar Mesir di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Seorang pakar undang-undang antarabangsa, Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan isu-isu antarabangsa.

Ahad, 6 Mac 2011

18 Ideologi Kamal Atartuk Laknatullah


Ideologi Mustafa Kamal Atartuk ketika pemerintahannya di Turki.

1. Perempuan boleh memakai tudung tetapi dengan syarat mereka haruslah memakai skirt.

2. Lelaki pula boleh memakai seluar panjang dengan syarat memakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).

3. Wanita dan lelaki disuruh untuk menari di khalayak ramai dan beliau sendiri juga pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti yang pertama di Ankara.

4. Beliau juga berkata bahawa “sesebuah negara akan mundur jikalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”.

5. Arak jugak digalakkan untuk diminum secara terbuka.

6. Al-Quran diarah untuk dicetak dalam bahasa Turki.

7. Azan ditukar ke dalam bahasa Turki serta bahasa Turki sendiri juga telah diubah dengan menghilangkan unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Menggunakan arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan dan membangunkan Turki tetapi pada hakikatnya mereka diarah untuk mengukir patung-patung dan tugu- tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Beliau juga pernah berucap pada satu ucapan di bandar Belikesir dan secara terang- terangannya mengatakan bahawa agama mestilah dijauhkan dengan urusan harian dan menghapuskan agama untuk kemajuan.

10. Agama Rasmi Turki juga sudah bukan Islam.

11. Islam diserang secara terbuka.

12. Undang-undang perkahwinan berdaftar juga digubal berdasarkan undang-undang barat.

13. Masjid Ayasophia dijadikan muzium dan ada masjid yang dijadikan gereja.

14. Bersembahyang berjemaah di masjid adalah dilarang sama sekali.

15. Kementerian Wakaf dibubarkan dan anak-anak yatim dan fakir miskin diabaikan.

16. Undang-undang waris dan faraid secara Islam diharamkan.

17. Kalendar Islam juga dihapuskan dan huruf Arab ditukar ke huruf Latin.

18. Beliau menganggap dirinya seperti Tuhan sama seperti Firaun. Telah berlaku satu peristiwa ketika salah seorang askarnya sengaja ditanya “siapakah tuhan kamu dan dimana dia tinggal?”. Disebabkan terlalu takut askar itu menjawab “Kamal Atartuk adalah tuhannya”. Beliau merasa amat gembira dengan jawapan itu.

Sabtu, 5 Mac 2011

Asal Usul Bendera Zionis Laknatullah

Bendera Rejim Zionis Laknatullah

Ketika Panglima Islam, Salahuddin Al-Ayyubi berjaya mengalahkan tentera salib di dalam peperangan Salib di Jerusalem, Palestin, beliau telah membawa dua mihrab dari Halab (Aleppo), Syria, tempat Saidina Khalid bin Al-Walid dimakamkan. Ianya bagi mengenangkan jasa Saidina Khalid bin Al-Walid yang berusaha membuka kota Jerusalem. Selepas enam ratus tahun pembukaan kota Jerusalem oleh Saidina Khalid bin Al-Walid, kota berkenaan telah berjaya ditawan dan ditakluki oleh tentera salib. Pada tahun 1187, tentera Islam yang dipimpin oleh seorang sultan iaitu Salahuddin Al-Ayyubi telah berjaya menebus maruah umat Islam dengan menawan kembali Kota Jerusalem dan Palestin tercinta. 1 mihrab telah diletakkan di Masjid Al-Khalil (tempat dimana Nabi Ibrahim a.s. dimakamkan) dan 1 lagi mihrab ditempatkan di Masjidil Aqsa.

(mihrab di Masjid Al-Khalil)

(mihrab di Masjidil Aqsa)

Apa yang menarik disini ialah terdapat lambang 6 bintang (lambang bendera zionis) di kedua-dua mihrab tersebut. Sebenarnya lambang 6 bintang tersebut berasal dari kaum Kan'an. Bangsa Kan'an adalah bangsa asal tanah Palestin. Mereka menggunakan lambang bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Salahuddin mengekalkan lambang 6 bintang di mihrab kerana beliau begitu menghormati kaum Kan'an yang telah memeluk agama Islam. Usia kedua-dua mihrab tersebut ialah 1000 tahun. Zionis laknatullah baru menggunakan simbol 6 bintang baru 100 tahun. Mereka berbuat demikian dengan alasan ingin memberitahu penduduk dunia bahawa mereka berasal dari kaum Kan'an tetapi sebaliknya.

Rabu, 2 Mac 2011

Suasana Ketika Majlis Pengebumian Allahyarham Najmuddin Erbakan ( Pengasas Gerakan Islam Moden Turki)

Allahyarham Najmuddin Erbakan
(Pengasas Gerakan Islam Moden Turki)






Kehilangan dan kematiannya begitu dirasai dan ditangisi oleh umat Islam diseluruh dunia...

Najmuddin Erbakan Tokoh Terbilang


Najmuddin Erbakan adalah salah seorang pengasas gerakan Islam moden Turki. Beliau merupakan Perdana Menteri pertama dari gerakan Islam. Mentor dan guru kepada Perdana Menteri Turki sekarang Tayyep Erdogan dan Presiden Turki sekarang Abdullah Gul. Dengan kematian beliau pada hari Ahad lepas 27/02/2011, Turki dan dunia Islam telah kehilangan seorang tokoh dakwah yang begitu hebat.

Pada tahun 1996, Najmuddin Erbakan telah berjaya menjadi Perdana Menteri Turki selepas berjaya membentuk kerajaan campuran. Namun demikian, pihak tentera Turki tidak menyukai pemerintahannya kerana bimbang beliau akan memperkasakan nilai Islam di dalam negara Turki. Tentera Turki merupakan pendokong pemikiran sekular di negara berkenaan.

Setahun sahaja selepas memegang kuasa, Najmuddin Erbakan telah dipaksa oleh pihak tentera untuk meletak jawatan. Walaupun kamenangan parti Islam yang dipimpinnya sah mengikut undang-undang Turki, namun beliau telah dipaksa meletak jawatan. Tekanan tersebut telah disambut dengan tindakan penuh hikmah. Najmuddin Erbakan turun dari kerusi tertinggi negara Turki dan beliau tidak memilih untuk mempertahankan jawatannya sebagai Perdana Menteri dengan kekerasan dan senjata. Tindakan hikmah itu telah menyelamatkan Turki dari perang saudara seperti yang berlaku di negara-negara Arab.

Tidak cukup dengan menjatuhkan kerajaan Islam pimpinan Najmuddin Erbakan, parti Rafah yang dipimpinnya turut diharamkan pada tahun 1998. Antara alasan yang diberikan oleh pihak tentera ialah Parti Rafah mempunyai agenda yang mengancam fahaman Sekularisme. Pihak tentera masih tidak berpuas hati dengan ketabahan beliau, lalu mereka mengatur drama lebih licik, kali ini mereka ingin menjatuhkan hukuman penjara keatas Najmuddin Erbakan. Tetapi diatas desakan rakyat, hukuman itu akhirnya telah ditukar kepada hukuman tahanan dirumah.

Apa yang sangat melucukan ialah tohmahan dan kejian yang dilemparkan kepada Najmuddin Erbakan ialah menggelapkan wang partinya. Hukuman tahanan dirumah selama dua tahun empat bulan itu dikenakan kepada beliau selepas beliau dan kerajaan pimpinannya dijatuhkan pada tahun 2002. Pada tahun yang sama Parti Keadilan telah berjaya menguasai tampuk pemerintahan Turki. Parti Keadilan Turki yang menguasai tampuk pemerintahan Turki sebenarnya adalah parti baru yang diasaskan dan dipimpin oleh pimpinan dari parti Rafah.

Najmudin Erbakan tidak menerajui parti baru ini tetapi beliau terus menerus memberi khidmat nasihat dan sokongan kepada parti bari berkenaan. Sesekali Najmuddin Erbakan akan menunjukkan keikhlasan dan kebijaksanaan beliau. Pihak tentera tidak dapat menahan kemaraan kepimpinan Islam Turki yang pada kali ini kerana kepimpinan Islam Turki kali ini tidak menonjolkan slogan Islam tetapi lebih menunjukkan nilai kemanusiaan dan keadilan.

Moga-moga Allah merahmati Roh Allahyarham Najmuddin Erbakan dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman. Beliau merupakan seorang tokoh ulung dikurun ini, yang telah bersedia meninggalkan jawatan dan pangkat, mengorbankan nafsu dan kehendak dirinya demi kesejahteraan umat. Beliau telah berjaya mempelopori usaha dakwah, politik moden dan matang yang seharusnya dikaji dan dicontohi oleh umat Islam.

Ya Allah, cucurilah rahmatmu keatas roh Najmuddin Erbakan dan suburkan benih-benih iman yang disemai beliau, amin!!!

Selasa, 1 Mac 2011

Profile Diktator Muammar Gaddafi



Nama Penuh: Muammar Muhammad ‘Abu Minyar’ al-Gaddafi

Tarikh Lahir: 7 Jun 1942

Tempat Lahir: sebuah kawasan gurun berhampiran wilayah Sirt

1 September 1969 - Mengetuai rampasan kuasa tentera menggulingkan Raja Idris yang sedang menjalani rawatan di Turki

Pada tahun 1972 - Melepaskan jawatan sebagai perdana menteri dan memakai gelaran kehormat "Pemimpin dan Pembimbing Revolusi."

Memerintah Libya selama lebih 4 dekad.