Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Isnin, 21 Mac 2011

Jerman Menjadi Tuan Rumah Persidangan Palestin Di Eropah

22 Mac 2011 - Bandar Jerman akan menjadi tuan rumah Persidangan Palestin di Eropah untuk kali yang ke-9, pada 7 Mei akan datang. Persidangan ini bertemakan: "Generasi Kembali Tahu Jalan". Persidangan ini akan membincangkan situasi Palestin dan rakyatnya melalui negara-negara Eropah dan peranan mereka dalam menyatakan kepada masyarakat di sekitar mereka mengenai keadilan dan hak-hak mereka untuk kembali ke Palestin.

Setiausaha Agung Persidangan, Adel Abdullah menyatakan bahawa masalah tahanan akan menjadi topik utama perbincangan didalam persidangan tersebut . Persidangan ini ditubuhkan di Britian buat pertama kalinya pada tahun 2003, Ia bertujuan membela nasib Palestin dan rakyatnya.

Peranan pemuda dan kepentingannya dalam proses perubahan dan mempertahankan prinsip-prinsip Palestin terutama hak untuk kembali dan membela tempat-tempat suci dari dicemari anasir-anasir luar seperti zionis akan menjadi topik utama dalam persidangan kali ini. Disamping itu, kesan revolusi Arab keatas Palestin serta hak-hak rakyat Palestin yang berada di negara luar dan lain-lain turut dibincangkan. Persidangan ini juga dijangka akan mengumumkan mekanisme baru untuk mengetengahkan isu tahanan, dinding pemisahan dan penempatan haram zionis, difahamkan juga armada kebebasan yang kedua akan dilancar semasa persidangan ini berlangsung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan