Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 2 Mac 2011

Suasana Ketika Majlis Pengebumian Allahyarham Najmuddin Erbakan ( Pengasas Gerakan Islam Moden Turki)

Allahyarham Najmuddin Erbakan
(Pengasas Gerakan Islam Moden Turki)






Kehilangan dan kematiannya begitu dirasai dan ditangisi oleh umat Islam diseluruh dunia...

Najmuddin Erbakan Tokoh Terbilang


Najmuddin Erbakan adalah salah seorang pengasas gerakan Islam moden Turki. Beliau merupakan Perdana Menteri pertama dari gerakan Islam. Mentor dan guru kepada Perdana Menteri Turki sekarang Tayyep Erdogan dan Presiden Turki sekarang Abdullah Gul. Dengan kematian beliau pada hari Ahad lepas 27/02/2011, Turki dan dunia Islam telah kehilangan seorang tokoh dakwah yang begitu hebat.

Pada tahun 1996, Najmuddin Erbakan telah berjaya menjadi Perdana Menteri Turki selepas berjaya membentuk kerajaan campuran. Namun demikian, pihak tentera Turki tidak menyukai pemerintahannya kerana bimbang beliau akan memperkasakan nilai Islam di dalam negara Turki. Tentera Turki merupakan pendokong pemikiran sekular di negara berkenaan.

Setahun sahaja selepas memegang kuasa, Najmuddin Erbakan telah dipaksa oleh pihak tentera untuk meletak jawatan. Walaupun kamenangan parti Islam yang dipimpinnya sah mengikut undang-undang Turki, namun beliau telah dipaksa meletak jawatan. Tekanan tersebut telah disambut dengan tindakan penuh hikmah. Najmuddin Erbakan turun dari kerusi tertinggi negara Turki dan beliau tidak memilih untuk mempertahankan jawatannya sebagai Perdana Menteri dengan kekerasan dan senjata. Tindakan hikmah itu telah menyelamatkan Turki dari perang saudara seperti yang berlaku di negara-negara Arab.

Tidak cukup dengan menjatuhkan kerajaan Islam pimpinan Najmuddin Erbakan, parti Rafah yang dipimpinnya turut diharamkan pada tahun 1998. Antara alasan yang diberikan oleh pihak tentera ialah Parti Rafah mempunyai agenda yang mengancam fahaman Sekularisme. Pihak tentera masih tidak berpuas hati dengan ketabahan beliau, lalu mereka mengatur drama lebih licik, kali ini mereka ingin menjatuhkan hukuman penjara keatas Najmuddin Erbakan. Tetapi diatas desakan rakyat, hukuman itu akhirnya telah ditukar kepada hukuman tahanan dirumah.

Apa yang sangat melucukan ialah tohmahan dan kejian yang dilemparkan kepada Najmuddin Erbakan ialah menggelapkan wang partinya. Hukuman tahanan dirumah selama dua tahun empat bulan itu dikenakan kepada beliau selepas beliau dan kerajaan pimpinannya dijatuhkan pada tahun 2002. Pada tahun yang sama Parti Keadilan telah berjaya menguasai tampuk pemerintahan Turki. Parti Keadilan Turki yang menguasai tampuk pemerintahan Turki sebenarnya adalah parti baru yang diasaskan dan dipimpin oleh pimpinan dari parti Rafah.

Najmudin Erbakan tidak menerajui parti baru ini tetapi beliau terus menerus memberi khidmat nasihat dan sokongan kepada parti bari berkenaan. Sesekali Najmuddin Erbakan akan menunjukkan keikhlasan dan kebijaksanaan beliau. Pihak tentera tidak dapat menahan kemaraan kepimpinan Islam Turki yang pada kali ini kerana kepimpinan Islam Turki kali ini tidak menonjolkan slogan Islam tetapi lebih menunjukkan nilai kemanusiaan dan keadilan.

Moga-moga Allah merahmati Roh Allahyarham Najmuddin Erbakan dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman. Beliau merupakan seorang tokoh ulung dikurun ini, yang telah bersedia meninggalkan jawatan dan pangkat, mengorbankan nafsu dan kehendak dirinya demi kesejahteraan umat. Beliau telah berjaya mempelopori usaha dakwah, politik moden dan matang yang seharusnya dikaji dan dicontohi oleh umat Islam.

Ya Allah, cucurilah rahmatmu keatas roh Najmuddin Erbakan dan suburkan benih-benih iman yang disemai beliau, amin!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan