Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 16 Mac 2011

Zionis Laknatullah Merancang Membina Tembok Di Sempadan Jordan


17 Mac 2011 - Media Israel telah mendedahkan semalam 16/3/2011, bagaimana Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bercadang untuk membina tembok disempadan dengan Jordan mirip dengan tembok yang sedang dibina bersempadan dengan Republik Arab Mesir. Menurut laman harian "Yediot Ahronot" Ibrani, Netanyahu telah mengarahkan tentera dan pasukan keselamatan untuk merancang membina tembok di sempadan Jordan bersambung dengan tembok di Mesir. Netanyahu berkata demikian ketika lawatan beliau bersama pegawai senior ke Lembah Jordan minggu lepas mengenai perancangan dan penguasaan sempadan setelah terbinanya tembok tersebut adalah di bawah kawalan Israel.

"Kawalan tentera Israel di sempadan Jordan adalah untuk mencegah penyeludupan peluru berpandu dan senjata serta menyumbang kepada menjaga keselamatan Israel terutamanya selepas situasi politik yang melanda wilayah tersebut dan penyudahnya masih belum diketahui." katanya. Perkara tersebut disahkan oleh pemimpin "wilayah pusat" itu, Avi Kochavi yang mengiringi Netanyahu bahawa pihak tentera akan memastikan perlindungan terhadap pendatang Israel dilembah Jordan selamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan