Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 29 April 2011

Mesir Akan Tamatkan Kepungan Ke Atas Gaza Dalam Masa Seminggu


30 April 2011 - Menteri Luar Negeri Mesir, Nabil el-Arabi mengatakan bahawa Mesir akan membuat keputusan dalam tempoh seminggu atau sepuluh hari paling lama untuk menamatkan penderitaan rakyat Palestin dan mengangkat kepungan keatas Palestin.

Arabi berkata demikian semasa wawancara dengan siaran television antarabangsa "Al-Jazeera" menyebut apa yang berlaku di Gaza adalah keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan dan keputusan untuk menutup sempadan adalah sesuatu yang tidak bermoral, beliau akan memastikan selama seminggu atau dalam masa 10 hari dari sekarang dalam membuat keputusan penting dan strategik berhubung dengan Gaza dengan membuka sempadan secara menyeluruh dan kekal. Beliau menekankan bahawa situasi di Semenanjung Gaza akan berubah secara dramatik.

Kaherah Menjemput Semua Kumpulan Pejuang Palestin Menandatangani Perjanjian Damai


30 April 2011 - Bermula di ibu negara Mesir, Kaherah, Khamis (28/04/2011), jemputan kepada semua kumpulan-kumpulan pejuang di Palestin untuk menghadiri upacara menandatangani perjanjian perdamaian pada Selasa depan (03/05/2011) dan akan mula melaksanaka mekanisme yang sesuai dengan rancangan yang diluluskan oleh Palestin.

Ini dapat dilihat pada hari ini beberapa kumpulan pejuang telah menerima jemputan tersebut dan menyatakan kesediaan mereka untuk hadir ke Kaherah menerima undangan tersebut. Antaranya ialah Barisan Front Demokrasi Popular Palestin, PLO, wakil bebas dan Dr. Wadiya Yasser telah pun menerima jemputan rasmi daripada Kaherah. Rombongan delegasi pejuang berkenaan akan melakukan perjalanan ke kaherah awal minggu depan.

Manakala Hamas memuji usaha Mesir yang menyebabkan terbentuknya persefahaman semula dengan gerakan Fatah dan menekankan pada masa yang sama menandatangani perjanjian tersebut adalah muktamad walaupun mendapat tentangan dan ugutan dari Perdana Menteri Israel laknatullah, Benjamin Netanyahu.

Pemimpin Hamas, Ismail Radwan berkata bahawa menandatangani perjanjian tersebut akan disaksikan sendiri Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal, Perdana Menteri Ismail Haniyeh dan Ketua Pihak Palestin Mahmoud Abbas.

Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin: Buka Pintu Sempadan Rafah Selama-Lamanya


30 April 2011 - Mursidul Am Ikhwanul Muslimin di Mesir, Dr Mohammed Badi meminta junta tentera Mesir agar dapat membuka sempadan Rafah secara kekal untuk warga Palestin di Semenanjung Gaza serta membina kawasan perdagangan bebas di daerah Rafah, Mesir.

Dr Mohammed Badi menyambut baik perjanjian perdamaian yang telah ditandatangani minggu ini di Kaherah antara parti Fatah-Hamas yang ditaja negara Mesir sambil mengucapkan jutaan terima kasih kepada Majlis tentera dan kerajaan Mesir dalam mengembalikan peranan Mesir mencapai perdamaian di Palestin.

Beliau meminta kerajaan Mesir meletakkan perhatian ke dimensi yang lebih luas ke seluruh negara Afrika khususnya negara-negara di perairan Nil yang sememangnya memerlukan perhatian jiran mereka sendiri dari segi kemanusiaan serta menyeru Al-Azhar dan Gereja Mesir menyokong kedudukan Mesir ke atas Afrika.

Bangsa Arab terutamnya di Mesir sejarahnya terkenal dengan penguasa berkemanusiaan dan inilah masanya untuk memperbaiki kesilapan lalu serta menyeru kerajaan memperbaiki hubungan negara di seluruh dunia atas atas dasar persamaan dan perkongsian dalam kepentingan Mesir.

Khamis, 28 April 2011

Rejim Zionis Marah Apabila Hamas Dan Fatah Berdamai Dan Bakal Membentuk Kerajaan Perpaduan


29/04/2011 - RAMALLAH: Pemimpin Fatah dan Hamas telah membuat satu kejutan apabila mencapai persetujuan semalam untuk berdamai seterusnya membentuk kerajaan perpaduan sementara dan berikrar mengadakan pilihan raya dalam tempoh setahun lagi. Langkah tersebut telah dikecam oleh rejim zionis dan melihatnya sebagai "melangkah ke garisan merah."

Perjanjian antara perunding Fatah dan Hamas itu dicapai di Kaherah semalam selepas rundingan berkenaan berlangsung selama 18 bulan. Ia mendapat pujian PM Palestin, Salam Fayyad yang berharap ianya dapat menjadi asas untuk segera mewujudkan pentadbiran perpaduan.

Iran turut menyatakan pujian dan percaya ia dapat mempercepatkan perkembangan di Palestin dan mencapai kemenangan besar ke atas rejim zionis. Dua pergerakan Palestin itu telah bermusuh sejak awal tahun 1990-an lagi.

Rejim zionis pula memberi reaksi marah dengan Menteri Luar Luar, Avigdor Lieberman dan Menteri Pertahanan, Ehud Barak memberi amaran bahawa rejim zionis di Tel Aviv tidak akan menerima kerajaan Hamas.

“Perjanjian itu dilihat sebagai satu langkah melepasi garisan merah,” kata Avigdor Lieberman kepada radio tentera Israel sambil memberi amaran bahawa rejim zionis akan mengambil tindakan balas manakala Ehud Barak berkata tentera Yahudi akan bersikap kuku besi untuk menangani sebarang ancaman dan berikar tidak akan berunding dengan pihak Hamas.’

PM zionis laknatullah, Benjamin Netanyahu pula menuntut pemimpin Fatah, Mahmoud Abbas memilih antara perdamaian dengan zionis atau berdamai dengan Hamas. "Persetujuan berkenaan telah menetapkan dua pihak berkenaan akan bekerjasama membentuk kerajaan perpaduan sehingga pilihan raya tempatan diadakan." kata ketua perunding Fatah, Azzam al-Ahmad. Wakil Hamas dan Fatah akan pulang ke Kaherah minggu depan bagi menandatangani dokumen yang turut menetapkan syarat pembebasan tahanan politik dua parti berkenaan.

Selasa, 26 April 2011

Konsert "Justice Freedom For Palestine"


Tarikh: 1 May 2011 (Ahad)
Masa: 8.00 Mlm - 11.00 Mlm
Tempat: Dewan Muktamar Pusat Islam, KL (berdekatan Masjid Negara)
Artis: Mu'adz, Mirwana, Imam Muda Asyraf, Nurul Iman & Wayfarers, Ust Erwan IKIM FM, Saff-One, Ito (Blues Gang) dan Wardina Safiyyah
Tiket: Orang Dewasa (RM15.00) Kanak-Kanak (RM10.00)

Muslimin Dan Muslimat Dijemput Hadir Beramai-Ramai...

Ahad, 24 April 2011

Paderi Yang Membakar Al-Quran Dihukum Penjara


DEARBORN, Michigan - 2 orang paderi Amerika Syarikat (AS) Terry Jones (gambar) dan Wayne Sapp yang mencetuskan protes di Afghanistan kerana membakar al-Quran telah dipenjarakan sementara selepas enggan membayar bon AS$1 (RM3) sebagai janji tidak akan mencetuskan huru-hara. Keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Daerah Dearborn, Mark Somers terhadap Terry Jones dan rakannya Wayne Sapp itu dibuat semalam selepas juri memutuskan kedua-dua paderi itu mungkin akan "mencetuskan huru-hara" sekiranya mereka dibenar mengadakan protes di luar sebuah masjid di sini.

Tindakan Jones membakar al-Quran telah mencetuskan protes ganas di Afghanistan. Paderi kontroversi itu kemudian mengumumkan bahawa dia akan mengadakan satu protes di sebuah pusat Islam di sini semalam, namun protes berkenaan terbantut ekoran satu prosiding mahkamah.

Juri memutuskan bahawa tindakan Jones sebelum ini merupakan bukti penting yang menyatakan protes di hadapan Pusat Islam Dearborn hanya akan mencetuskan keganasan. Hakim Mark Somers kemudian mengarahkan Terry Jones dan Wayne Sapp supaya membayar AS$1 (RM3) bagi memastikan dia tidak melanggar ketenteraman awam. Selepas paderi itu enggan berbuat demikian, dia diiringi keluar dari mahkamah oleh polis Dearborn.

Dia bagaimanapun dibebaskan selepas membayar jumlah yang diputuskan hakim. Paderi tersebut telah memohon permit untuk mengadakan protes di tanah awam berhadapan masjid berkenaan. Polis tidak meluluskan permohonan itu dan memintanya mengadakan protes tersebut di "zon hak bebas bersuara" di hadapan sebuah bangunan lain di bandar itu.

Sabtu, 23 April 2011

Rejim Zionis Tetap Akan Menyerang Kapal Yang Menyertai Misi LL4G Ke-2


NEW YORK: Rejim zionis telah memberi amaran kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya tidak akan membenarkan armada kapal flotilla LL4G ke-2 masuk ke Gaza dengan menuduh penganjurnya ada hubungan dengan pihak Hamas dan organisasi pengganas yang lain.

Armada kapal pengangkut bantuan baru dirancang masuk ke Gaza pada akhir Jun depan, selepas genap lebih setahun tragedi komando zionis menyerbu kapal Turki, Mavi Marmara dengan cara yang amat biadap dan menyebabkan beberapa aktivis warganegara turki maut. Flotilla baru yang dirancang masuk ke Gaza ini dijangka lebih besar dengan 15 buah kapal yang membawa lebih kurang 1,000 orang aktivis bagi merempuh sekatan laut tentera zionis di wilayah Palestin khususnya wilayah Gaza.

Ahli lembaga IHH, Huseyin Oruc memberitahu agensi berita bahawa ketika ini aktivis yang bakal menyertai misi flotilla ini adalah terdiri daripada lebih 20 buah negara. Beliau berkata lagi kebanyakan aktivis yang berminat menyertai misi itu datangnya dari negara Sepanyol, Perancis, Itali, Amerika Syarikat, Britain, Kanada, Norway, Sweden, Ireland, Malaysia dan beberapa negara Teluk yang lain.

Ketika bercakap kepada PBB, Duta rejim zionis ke PBB, Meron Reuben berkata:" Ramai peserta yang terbabit dengan rancangan flotilla ini membuat kenyataan yang menyusahkan. Mereka meluahkan kerelaan mereka untuk mati syahid dalam usaha ini,” dakwa Reuben. Beliau juga menuduh penganjur flotilla terbaru ini melakukan provokasi politik dan menghantar bantuan kemanusiaan bukan isu sebenar.

Oleh itu katanya, pihak rejim zionis telah bertekad untuk menguatkuasa sekatan laut bagi wilayah Gaza dan "menghentikan lebih ramai pengganas daripada memasuki kawasan itu".

Amerika Syarikat menyokong kenyataan Reuben dengan Duta Amerika Syarikat ke PBB, Susan Rice berkata: "Ada cara lain untuk menghantar bantuan ke Gaza dan tiada justifikasi untuk berlayar terus ke Gaza," katanya.

Duta Jerman, Peter Witting menyatakan sentimen serupa pada mesyuarat itu dan memberi amaran kemasukan kapal flotilla terbaru itu akan membuka peluang menaikkan ketegangan di Gaza. "Kita minta organisasi terbabit mencari jalan lain untuk menghantar bantuan kepada penduduk Gaza," kata Peter Witing

Jumaat, 22 April 2011

Wanita Mesir Syahid Ditikam 18 Kali Kerana Berpurdah


Kisah yang menyayatkan hati ini bermula pada Ogos 2008, ketika Dr Marwa al-Sherbini,32 seorang warga Mesir yang bekerja sebagai pharmacist di Jerman sedang berjalan di sebuah taman. Jirannya bernama Alex, 28 seorang imigran Rusia yang sedang menganggur di Jerman telah menggelarnya sebagai seorang terrorist hanya kerana melihatnya berpurdah. Lalu Dr Marwa telah mengambil tindakan uundang-undang dan menfailkan saman terhadap Alex. Dr Marwa bertindak sedemikian kerana mahu mengelakkan lebih ramai lagi wanita Islam yang berpurdah sewenang-wenangnya dituduh sebagai terrorist.

Maka pada 1 Julai berikutnya, setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak mahkamah telah memutuskan bahawa Alex bersalah dan diarahkan membayar denda sebanyak 2800 Euro.

1 kejadian yang tidak berperikemanusiaan terus berlaku ketika itu juga apabila Alex bertindak menerkam wanita tersebut dan menikamnya bertubi-tubi sebanyak 18 kali sehingga wanita tersebut mati syahid dihadapan anak lelakinya yang ketika itu berusia 3 tahun setengah. Lebih menyedihkan lagi, ketika itu Dr Marwa sedang mengandung 4 bulan. Kejam bukan? Manusia jenis apakah si Alex ini??

Suami Dr Marwa, Elwi Ali Okaz seorang ahli akademik warga Mesir yang bakal menyelesaikan phDnya pada bulan itu yang melihat kejadian tersebut terus menerkam ke arah Alex demi menyelamatkan isterinya. Beliau telah ditikam sebanyak 3 kali. Tidak cukup dengan tikaman itu, seorang polis yang berada di situ turut menembaknya sebanyak 2 kali.

Khamis, 21 April 2011

39 Aduan Popular Isteri Terhadap Suami Di Mahkamah Syariah


Terlalu banyak aduan yang diterima oleh pihak mahkamah syariah dan non government organization (NGO) berkenaan luahan rasa tidak puas hati golongan isteri terhadap suami. Antaranya ialah:

1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak saya berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam-macam. Saya putuskan pertunangan dengan dia kerana merasakan dia tidak boleh membimbing saya dalam soal agama.

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok tetapi sampai subuh dia tak pulang. Kami telah bercerai 3 bulan kemudiannya.

3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah . Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik. Apabila saya geledah satu almari di bilik tetamu, almari tu penuh dengan baju perempuan. Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya terus lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk pon. Lepas habis pantang saya terima surat cerai dari dia. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

4. Dulu sebelum kahwin, beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya. Sekarang selepas kahwin, duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua duit saya. Dia cuma beri “benih” sahaja.

5. Suami mahu anak yang ramai dan tidak membenarkan saya makan pil perancang keluarga. Tetapi belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu untuk anak atau pon tukar lampin. Kalau alasan penat bekerja di pejabat, saya pun bekerja juga.

6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya bagaimana nak mendalami ilmu agama sendiri.

7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak tetapi tidak ada siapa pun tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap-tiap malam dan suka meliwat saya.

8. Suami tetap “mahu” walaupun ketika saya sedang datang bulan. Jika tidak turuti kemahuan dia, dia mengancam mahu mencari perempuan lain.

9. Saya dipukul suami ketika sedang mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu memberi dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia seorang penganggur dan gila main muzik je. Duit tu dia nak guna beli gitar.

10. Bekas suami saya dahulu memang seorang yang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai dengannya kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.

11. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan “maknyah”.

12. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya. Rupa-rupanya dahulu dia “maknyah” dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.

13. Suami tidak pernah azan atau iqamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.

14. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu sebagai salah seorang daripada zuriatnya meskipon muka si anak 99.9% seiras dengan muka dia. Semua ini kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

15. Saya sudah tak larat menasihati suami supaya sembahyang dan puasa. Bulan puasa dia suruh saya memasak macam biasa. Anak-anak jadi keliru melihat gelagat ibubapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk “contoh” lain.

16. Apabila marah, suami suka mengungkit-ungkit wang yang dibelanja untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun lalu pon diungkit-ungkitnya setiap kali kami bergaduh.

17. Suami tetap mahu saya memasak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah-sepah… walaupun saya sedang sarat mengandung.

18. Setiap kali mengandung, pandai-pandailah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi dan pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai-pandailah saya balik rumah sendiri dengan anak yang baru dilahirkan.

19. Memang saya bengang dengan suami kerana sanggup memaki hamun saya depan anak-anak kerana tidak memandu berhati-hati sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.

20. Siapa tidak sayang emak tapi saya tak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata-mata mahu penuhi hajat emaknya yang berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab terpaksa bayar hutang kad kredit. Terpaksalah saya yang menyara anak-anak.

21. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata “takde duit”. Kalau nak beli joran dan umpan ikan, ada pula duit. Saya perhatikan saja gelagat, nak tengok sampai setakat mana “lemaknya”.

22. Suami saya gila beli nombor ekor. Biasanya dia suka tulis angka 1-10 dan letakkan di dalam sebuah mangkuk lalu membuat cabutan. Kalau ada nombor ekor yang mengena, 2-3 hari dia tak keluar bawak teksi.

23. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam-macam jenis tangkal.

24. Sewaktu bercinta memang saya tahu suami saya seorang kaki judi tetapi dia pernah berjanji nak berhenti berjudi selepas kahwin. Tetapi selepas kahwin, tak cukup dengan gaji, barang kemas saya digadainya untuk berjudi. Along datang rumah tuntut hutang sudah jadi perkara biasa. Malah rumah kami juga pernah dibaling tahi.

25. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu bapaada 3 orang isteri lain dan anak yang masih kecil. Rupa-rupanya selama ini emak tahu arwah bapa suka kahwin cerai di merata-rata tempat. Emak tidak ambil peduli, asalkan arwah tidak menganggu hidupnya sudah.

26. 3-4 bulan suami”‘hilang” itu sudah menjadi perkara biasa. Kadang-kadang suami “hilang” sampai setahun. Saya tak perlu mencarinya kerana sudah tahu mesti dia di Pusat Serenti. Biasanya dia kena ’serkup’ dengan pihak berkuasa sewaktu tengah tarik ganja dengan kawan-kawannya.

27. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda-tanda dia positif HIV.

28. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya memang tidak boleh tahan dengan sikap panas barannya. Kalau die marah, habis dibalingnya barang-barang rumah. Kalau pukul, anak-anak dibalingnya macam bola.

29. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula-mula cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh-puluh ribu. Apabila dia kantoi dan kena cekup dengan pihak polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak-anak sementara tunggu dia keluar dari penjara.

30. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak tarik ramai pelanggan datang. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina yang kebetulan selalu datang ke tempat niaga. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negaranya. Dengar khabar mereka dah dapat anak luar nikah.

31. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja kerana ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak-anak.

32. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding-bandingkan kehebatan si madu diranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?

33. Kami memang miskin. Saya buat macam-macam benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, ambil upah jahit baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi “jaga”. Siang dia kerja tidur atau melepak dekat kedai kopi.

34. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat rumah banglo besar, kereta besar, belanja mewah tapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat “gigitan cinta” perempuan lain dibadannya.

35. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri pula 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia terus jadi papa kedana sebab wang KWSPnya habis digunakan untuk bayar hutang. Kesudahannya, semua isterinya minta cerai dan anak-anak pula menghilangkan diri. Akhirnya dia mati seorang diri di atas katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya diurus oleh abang saya dan pihak hospital.

36. Saya bekerja, suami juga bekerja. Apabila pulang dari pejabat, suami saya terus mencapai kunci motor besarnya keluar berfoya-foya dengan kawan-kawannya macam orang muda sampai terlepas solat fardhu Maghrib dan Isyak. Tinggal le saya sorang diri terkial-kial menguruskan anak di rumah.

37. Walaupun saya sudah lama masuk Islam… tetapi tidak tahu mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu berkahwin dengan suami. Selepas perkahwinan, dia tidak pernah sekali pun mengajar saya bagaimana cara untuk mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Malah dia sendiri pun tidak pernah mandi hadas setelah bersetubuh dengan saya.

38. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan mereka kepada kawan-kawan mereka apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap yang dapat menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan membantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata.

39. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa-rasanya gelaran saya sudah berubah. Dahulu “isteri” sekarang “pengurus anak-anak”. Hubungan saya dengan suami juga amat dingin. Kami hanya akan bercakap pekara penting-penting sahaja. Hubungan kelamin pula hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang “terhegeh-hegeh”. Saya pelik benar kerana dia bukan seorang yang kaki perempuan dan memang confirm dia tiada isteri lain.

Isnin, 18 April 2011

Misi LL4G-2 Ditangguh Ke Akhir Bulan Jun


Subang, Selasa 19 Apr 2011 — Perancangan Freedom Flotilla Two untuk belayar ke Gaza pada akhir bulan Mei ini ditangguh ke akhir bulan Jun 2011. Demikian menurut Tn Hj Noorazman Mohd Samsuddin yang mewakili delegasi flotilla Asia Tenggara dalam satu mesyuarat teknikal di Athens pada 14 April baru lalu. Penangguhan ini adalah berikutan komitmen salah satu penganjur utama flotilla iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) yang berpengkalan di Turki terhadap pilihanraya di negara tersebut. Menurut kenyataan jurucakap IHH, Salih Bilici, mereka akan hanya berlepas ke Gaza akhir Jun, selepas proses pilihanraya.

“Kami tidak mahu misi ini diganggu oleh berbagai kontroversi yang mungkin terjadi ketika negara kami melangsungkan pilihanraya,” kata Bilici sebagaimana dilaporkan oleh Al-Ahram online. Flotilla kali ini bakal disertai oleh 15 buah kapal dan lebih seribu relawan dari 50 buah negara. Perancangan asal untuk belayar pada akhir bulan Mei adalah sebagai memperingati setahun peristiwa serangan ganas tentera zionis terhadap Freedom Flotilla 1 pada 31 Mei 2010, di mana 9 orang relawan terbunuh manakala lebih 60 orang relawan lain tercedera. Seramai 12 orang relawan Malaysia turut berada di atas kapal Mavi Marmara ketika kejadian tersebut.

Tn Hj Norazman turut menegaskan bahawa kapal Mavi Marmara yang telah menerajui Freedom Flotilla 1 akan turut menyertai flotilla kali ini. Menurut beliau lagi, semua peserta akan berangkat serentak namun beliau tidak menyebut nama tempat di mana flotilla tersebut akan bertolak.

Zionis Menangkap Syeikh Raed Solah Lagi


18 April 2011 - Rejim Zionis meneruskan lagi kempen penangkapan warga Palestin di Tebing Barat yang berakhir dengan penangkapan Pengerusi Gerakan Islam di Tebing Barat, Syeikh Raed Solah semalam di Jericho, sempadanPalestin dan Jordan semasa beliau pulang dari umrah.

Jurucakap gerakan tersebut, Zahi Nujeidat berkata pihak keselamatan rejim tersebut telah bersiap sedia di persimpangan Jericho menunggu kepulangan Syeikh Raed dan kemudiannya telah melakukan pemeriksaan yang keterlaluan yang bertujuan menghinanya sehingga memaksa syeikh Raed Solah dan isteri menolak untuk diperiksa.

Beliau dijangka akan dibicarakan hari ini. Syeikh Solah telah beberapa kali keluar masuk penjara zionis dan yang terakhir adalah pada 22/2/2011 sebelum dibebaskan beberapa hari kemudian kerana kekurangan bukti.

Ahad, 17 April 2011

Rejim Zionis Mengucapkan Terima Kasih Pada AS Kerana Memberi Bantuan Kewangan 205 Juta USD


18 April 2011 - Rejim Zionis mengucapkan terima kasih kepada sekutunya AS diatas bantuan kewangan yang diberikannya sebanyak 205 juta USD bagi membaiki dan meningkatkan lagi sistem pertahanan "Iron Dome" bagi menangkis roket pejuang Palestin. Radio awam Israel juga melaporkan bahawa PM zionis, Benjamin Netanyahu telah menyatakan penghargaan yang sangat mendalam terhadap AS yang diterajui oleh Presiden Barack Obama serta kabinetnya setelah bersetuju meluluskan plan tersebut.

Benjamin Netanyahu menekankan bahawa komitmen Washington terhadap Israel akan sentiasa berterusan terutamanya kerjasama tentera dan kewangan yang berterusan menunjukkan nilai-nilai kesamaan yang berterusan antara kedua negara.

Sabtu, 16 April 2011

Rahsia Warna Kesukaan Wanita


Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna
kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna
dan tafsiran perwatakannya.

MERAH
berani, emosional, tegas, tamak, tahan melarat dan suka bersenang-
senang.

BIRU
setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka
berterus-terang, jujur, cekap, mudah memberi maaf dan tegas.

HIJAU
subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak,
patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga
kadang-kadang seakan-akan kolot.

HITAM
suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah
dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi
cepat tersinggung.

COKLAT
kaya dengan sifat keibuan, suka merendah diri, sopan santun, halus
budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.

UNGU
pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif,
bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.

KELABU
suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka berkorban,
cerdas dan bijak.

KUNING
menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi
cabaran.

PUTIH
bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,
rendah hati, sopan santun, ramah, kuat

Jumaat, 15 April 2011

Libya Menuduh Qatar Membekalkan Senjata Ke Pemberontak


TRIPOLI, 15 April - Libya telah menuduh Qatar membekalkan peluru berpandu pemusnah kereta kebal kepada pemberontak yang mahu menggulingkan pemimpin negara ini, diktator Muammar Gaddafi. Timbalan Menteri Luar Libya, Khaled Kaim mendakwa 20 orang pakar Qatar juga berada di bandar raya ini untuk melatih kira-kira 700 pemberontak manakala sebilangan anggota pergerakan Hizbullah dari Lubnan turut menyertai pemberontak di timur Libya. “Qatar menghantar peluru berpandu Milan buatan Perancis kepada pemberontak di Benghazi, bandar raya yang menjadi pangkalan mereka di timur negara ini,” kata Khaled pada sidang media di Tripoli, semalam.

Diktator Hosni Mubarak Dibicara Di Muka Pengadilan Selasa Ini


KAHERAH, 15 April – Bekas Presiden Mesir, diktator Hosni Mubarak dan dua anak lelakinya, Gamal dan Alaa akan dihadapkan ke mahkamah pada Selasa depan berhubung dakwaan menyalahgunakan kuasa. Peguam Negara, Abdel Maguid Mahmoud semalam mengarahkan ketiga-tiga beranak itu ditahan selama 15 hari untuk disoalsiasat berhubung dakwaan menyalahgunakan kuasa, menggelapkan wang kerajaan dan mengarahkan tindakan kekerasan keatas para penunjuk perasaan.

Berita mengenai penahanan tiga beranak itu meredakan sedikit kemarahan penunjuk perasaan yang menuntut jeneral yang memerintah negara ini supaya membawa diktator Hosni Mubarak ke muka pengadilan. Diktator Hosni Mubarak berundur dari tampuk pemerintahan Mesir pada 11 Februari 2011 yang lalu berikutan pemberontakan rakyat Mesir selama 18 hari yang meragut lebih daripada 380 nyawa.

Diktator Hosni Mubarak, 82 disoal siasat kelmarin sebelum dibawa ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di pusat peranginan Sharm el- Sheikh kerana serangan jantung. Seorang doktor yang dilantik oleh badan kehakiman telah memeriksa diktator Hosni Mubarak untuk memastikan sama ada beliau boleh dipindahkan ke hospital lain atau tidak, kata sumber perubatan. Bagaimanapun sumber keselamatan berkata, diktator Hosni Mubarak dijangka akan terus ditahan di Sharm el-Sheikh atas sebab-sebab keselamatan.

Seorang saintis politik dan aktivis pembaharuan, Hassan Nafaa menyifatkan penahanan diktator Hosni Mubarak sebagai langkah penting ke arah membawa beliau ke muka pengadilan dan menamatkan spekulasi bahawa kerajaan dan tentera yang memerintah sekarang masih bersekongkol dengan bekas Presiden itu.

Ratusan ribu rakyat Mesir menunjuk perasaan di Dataran Tahrir di Kaherah pada Jumaat yang lalu bagi membantah kelewatan membicarakan Hosni Mubarak di muka pengadilan. Aktivis pembaharuan berkata, mereka menangguhkan rancangan untuk mengadakan protes esok kerana mahu mengambil sikap tunggu dan lihat sama ada perbicaraan Mubarak akan diadakan segera atau tidak. “Tentera perlu tunduk kepada tekanan rakyat supaya diktator Hosni Mubarak dan keluarganya dibawa ke muka pengadilan,” kata seorang penganalisis politik, Fahmy Hueidi.

Khamis, 14 April 2011

Mavi Marmara Ketuai Konvoi Ke-2


ANKARA: Kapal Mavi Marmara yang pernah diserang komando Israel ketika membawa bantuan ke Gaza Mei tahun lalu, sekali lagi akan mengetuai angkatan 15 buah kapal dalam misi kemanusiaan baru 'Freedom Flotilla 2' ke Gaza bulan depan.

Misi terbaru itu menimbulkan kebimbangan Israel yang sudah meminta Turki supaya menghentikan usaha terbaru melanggar sekatan ke atas Gaza. Akhbar Israel, Haaretz melaporkan duta negara itu ke Turki, Gaby Levy secara rasmi telah meminta diplomat Turki menghalang flotilla bantuan itu yang dijadual akan memulakan pelayarannya bulan depan dan berkata kedatangan konvoi berkenaan adalah sama dengan provokasi ke atas Israel.

Kapal Mavi Marmara telah diserang komando Israel Mei tahun lalu yang menyebabkan 9 orang warga turki terbunuh, manakala berpuluh lagi cedera. Insiden itu menyebabkan hubungan tegang antara Tel Aviv dan Ankara. Levy memberi jaminan kapal berkenaan akan dibenar memasuki Semenanjung Gaza melalui ‘saluran sah’ tetapi tidak menjelaskan sama ada Israel bersedia menggunakan kekerasan atau keganasan.

Langkah diambil selepas laporan media memberi isyarat bahawa Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu sedang menimbang membenarkan kapal bantuan itu belayar ke Gaza, jika mereka bersetuju diperiksa pasukan antarabangsa sebelum ketibaannya. Bagaimanapun, tiada sebarang keputusan rasmi dibuat mengenainya setakat ini.

“Kerajaan Israel mengancam untuk menyerang flotilla bantuan terbaru ini dan kami menggesa semua kerajaan yang terbabit, masyarakat antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar tidak tunduk kepada keganasan Zionis,” kata penganjur misi dalam satu kenyataan.

Sumber politik Israel menyatakan, tiada sebarang perubahan dalam dasar membabitkan konvoi bantuan itu, manakala Tel Aviv tetap menyifatkan flotilla ke Gaza sebagai ‘musuh dan pengganas’. Penganjur misi Kapal ke Gaza,Vaggelis Pissias dalam satu sidang media di Athens berkata, persediaan berjalan lancar setakat ini dan kapal bantuan dijangka akan memulakan pelayarannya akhir bulan depan.

Misi bantuan terbaru akan membawa peserta dari 50 negara dalam usaha memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza. Beliau berkata, atas sebab keselamatan, penganjur tidak mendedahkan jumlah sebenar kapal yang belayar tahun ini atau dari mana pelayaran akan dimulakan, walaupun berkata sebelum ini bahawa 15 buah kapal akan ikut serta berbanding enam tahun lalu. Sementara itu, aktivis Greece, Dimitris Plionis, berkata dalam misi kali ini akan membawa pelbagai barang termasuk bahan binaan dan produk farmaseutikal.

1000 Rakyat AS Berminat Menjadi Tentera Zionis Laknatullah


15 April 2011 - Akhbar Yediot Ahronot telah mendedahkan bahawa sekitar 1000 orang warganegara AS berminat dan telah menandatangani dokumen-dokumen menuntut kerajaan haram Israel memberikan mereka taraf kewarganegaraan Israel dan membenarkan mereka membeli tanah dikawasan Tebing Barat serta membentuk penempatan mereka sendiri. Kebanyakkan daripada meraka adalah yang beragama Kristian. Tel Aviv juga telah membenarkan mereka menjadi sebahagian dari tentera Israel.

Akhbar tersebut selanjutnya menyatakan, dokumen-dokumen mereka telah diserahkan sendiri oleh wakil mereka, Barukh Abramovich kepada Ketua Suruhanjaya Imigresen yang telah berjanji untuk membantu mereka. Barukh Abramovich adalah seorang yang berwarganegara Amerika Syarikat manakala ibunya seorang yang berbangsa Yahudi yang berusaha untuk memindahkan semua orang Kristian AS ke Israel dan memberikan mereka agama dan kewarganegaraan Israel.

Mesir Mengkaji Dan Ingin Membatalkan Eksport Gas Ke Negara Haram Israel


15 April 2011 - Sumber rasmi kerajaan Mesir telah mengeluarkan kenyataan dari penasihat media bagi Perdana Menteri Mesir, Ali Al-Samman mengatakan bahawa PM Mesir, Essam Sharaf meminta untuk mengkaji kembali dan menyemak kontrak gas yang dibekalkan oleh Mesir kepada semua negara termasuk Jordan dan Israel.

Samman menambah bahawa peningkatan pendapatan dari penjualan gas dijangka melebihi dari 3-4 juta USD dan Mesir akan berbincang dengan rakan sejawatnya hari ini bersama dengan Menteri Tenaga Jordan, Khaled Toukan serta meningkatkan kerjasama dengan Jordan dalam bidang tenaga.

Pada tahun 2005, kerajaan Mesir telah menandatangani perjanjian kontroversi dengan kerajaan haram Israel untuk mengeksport 1.7 bilion meter padu gas setahun untuk entiti zionis itu selama 20 tahun dengan harga sekitar 70 sen dan 1.5 dolar AS pada 1 juta padu, sedangkan harga antarabangsa yang sepatutnya 1 meter gas adalah USD 2.65.

Selasa, 12 April 2011

Program Makan Malam Amal Palestin

TARIKH: 29 APRIL 2011
MASA: 8.00 PM - 11.00 PM
TEMPAT: DEWAN SRI BESTARI, INTEKMA RESORT AND CONVENTION CENTRE, SHAH ALAM

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

Diktator Hosni Mubarak Dimasukkan Ke Wad ICU


13/04/2011, KAHERAH -: Presiden Mesir yang digulingkan, diktator Hosni Mubarak telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Sharm el-Sheikh selepas mengalami serangan jantung ketika sedang disoal siasat oleh pihak pendakwaraya.

"Bekas Presiden Mesir yang digulingkan, diktator Hosni Mubarak telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Antarabangsa Sharm el-Sheikh selepas mengalami serangan jantung," menurut agensi berita rasmi MENA.

MENA melaporkan Menteri Kehakiman, Abdel Aziz al-Guindi telah berkata kepada pendakwaraya sebelum itu bahawa sudah boleh mula menyoal siasat diktator Hosni Mubarak dan anak lelakinya, Gamal. Diktator Hosni Mubarak telah dimasukkan ke hospital itu pada jam 5 petang (waktu Mesir). Televisyen Mesir turut melaporkan diktator Hosni Mubarak enggan makan dan minum sejak mendapat tahu beliau akan disoal siasat.

PM Zionis Laknatullah Membiayai Pembelian Bateri Tambahan Sistem Iron Dome


12 April 2011 - PM Zionis laknatullah, Benjamin Netanyahu telah memutuskan untuk memindahkan sejumlah wang untuk perkhidmatan keselamatan bagi membeli empat bateri tambahan sistem "Iron Dome". Sistem "Iron Dome" mampu memintas roket yang ditembak oleh pejuang Palestin dari Semenanjung Gaza kearah penempatan haram dan kem-kem tentera rejim zionis.

Akhbar "Haaretz" melaporkan, Benjamin Netanyahu telah memutuskan untuk tidak menunggu bantuan kewangan dari AS sebanyak 200 juta USD. Menteri Kewangan zionis telah memutuskan untuk memperuntukkan sebanyak 260 juta syekal kepada Jabatan Pertahanan zionis tanpa memberikan butiran lanjut bagaimana untuk menggunakan dana tersebut.

Benjamin Netanyahu telah memuji keberkesanan sistem "Iron Dome", dia merujuk kepada prestasi yang ditunjukkan oleh sisterm pertahanan 16 peluru berpandu jarak dekat itu, katanya.

Bagaimana pun pejuang Palestin mendakwa sistem tersebut tidak beroperasi dengan berkesan. ini dibuktikan dengan serangan 60 buah roket hanya 8 roket sahaja yang dapat dikesan oleh sistem berkenaan.

Kerajaan Sudan Akan Bertindak Balas Terhadap Pencerobohan Jet Pejuang Rejim Zionis Laknatullah Di Ruang Udara Negaranya


Selasa, 12/04/2011 – Angkatan bersenjata Sudan berkata dua jet pejuang milik rejim zionis yang telah menyerang sebuah kereta di bandar Port Sudan telah menggunakan sejenis gangguan radio untuk menyembunyikan kemasukan mereka ke dalam wilayah udara Sudan. Pihak Berkuasa Sudan bertegas akan bertindak balas terhadap insiden ini.

Menteri pertahanan, Sudan Abdulrahim Hussein menyatakan dalam siaran media bahawa kerajaan Sudan mengetahui semua serangan Israel yang terjadi Selasa malam lalu. Hussein berkata beliau berbincang dengan para pemimpin keselamatan dan tentera di Port Sudan dan semua tindakan yang harus diambil untuk mencegah insiden ini dari berulang lagi dimasa hadapan.

Isnin, 11 April 2011

Pemberontak Libya Beri Syarat Gencatan Senjata Dengan Diktator Muammar Gaddafi


12/14/2011, BENGHAZI-: Pemberontak Libya berkata semua tentera yang setia dengan Diktator Muammar Gaddafi perlu berundur dan menghentikan serangan serta merta dan rakyat mestilah diberi hak kebebasan bersuara sebelum sebarang perjanjian gencatan senjata dimeterai.

“Rakyat mesti dibenarkan mengadakan perhimpunan untuk menyuarakan pandangan mereka dan semua askar mesti kembali ke berek masing-masing. Jika rakyat dibenarkan keluar menunjuk perasaan di Tripoli, gencatan senjata boleh dimeterai. Saya membayangkan seluruh Libya dibebaskan dalam beberapa ketika.” kata jurucakap kumpulan pemberontak Majlis Peralihan Kebangsaan, Shamsiddin Abdulmolah.

Beliau juga mendesak kerajaan Diktator Muammar gaddafi membebaskan beratus-ratus orang hilang yang dipercayai mereka semua itu telah ditahan oleh tentera Gaddafi, sejak pemberontakan bermula.

Shamsiddin Abdulmolah juga menyatakan keraguannya adakah Diktator Muammar Gaddafi akan memenuhi tuntutan mereka. “Seluruh dunia sudah menyaksikan bagaimana tawaran gencatan senjata sebelum ini berkuatkuasa dalam tempoh 15 minit sahaja dimana tentera pro Diktator Muammar Gaddafi telah melancarkan serangan semula selepas itu,” katanya.

Pemberontak sebelum itu berkata, mereka bersedia mengadakan rundingan peralihan sistem politik kearah demokrasi dengan beberapa tokoh kanan rejim Diktator Muammar Gaddafi tetapi dengan syarat beliau dan anaknya mestilah meninggalkan negara itu.

Hizbullah Mampu Menyerang Dan Mengalahkan Negara Haram Israel


12/04/2011, Lubnan -: Pejuang Hizbullah mampu menyerang Tel Aviv kerana memiliki lebih daripada 20,000 peluru berpandu. Ini berikutan daripada pendedahan terbaru laman web pembocor rahsia, WikiLeaks, yang diasaskan oleh Julian Assange, kepada media.

Perkara itu didedahkan di dalam mesyuarat Kumpulan Kerjasama Tentera dan Politik pada November 2009 oleh pegawai risikan Israel kepada rakan sekutu Amerika Syarikat. “Pasukan Hizbullah bersedia untuk menghadapi konflik berpanjangan dengan Israel dan dapat melancarkan serangan peluru roket secara besar besaran keatas Israel setiap hari, antara 400 hingga 600 roket dan peluru berpandu setiap hari, 100 daripadanya disasarkan ke Tel Aviv,” kata mereka.

Kabel diplomatik itu turut mendedahkan hubungan Israel dengan musuh dan rakannya di rantau ini. Salah satu daripada pendedahannya ialah hubungan yang begitu akrab diantara Raja Bahrain dengan anggota Mossad. Kabel itu juga mendedahkan pertemuan antara Raja Hamad dengan Duta Amerika, Monore di mana pemerintah itu mendedahkan:

“Bahrain sudah hubungi Israel pada peringkat risikan dan keselamatan serta bersedia berunding mengenai kemajuan aspek lain.”

Menurut kabel itu juga, Raja Hamad turut menggalakkan pegawai rasmi Bahrain supaya tidak merujuk negara Yahudi itu dengan panggilan ‘entiti Zionis’ atau ‘musuh.’ Pendedahan lain kabel berkenaan pada tahun 2007 turut menyatakan bahawa pentadbiran Bashar al-Assad (syria) tidak mampu bertahan lama jika ada konflik ketenteraan serius dengan Israel.

Bekas ketua Mossad, Mossad Meir Dagan percaya pemerintah Arab tidak akan bersatu khususnya negara Mesir, Jordan, Syria dan Lubnan. Beberapa dokumen yang bocor itu turut mendedahkan pertemuan sulit pegawai rasmi Amerika dengan ketua Shin Bet yang bersara, Yuval Diskin pada November 2009.

Menurut Diskin, Hamas harus cukup kuat untuk melaksanakan gencatan senjata dan mengelak daripada melakukan serangan roket dan mortar ke arah Israel. Diskin menambah, kekuatan Hamas adalah untuk tempoh jangka pendek dan keutamaan zionis ialah menghalang Hamas daripada memperkukuhkan kuasanya di Gaza.

Diskin turut mengkritik warga Israel keturunan Arab menerusi kabel berkenaan pada bulan Mei 2008 dengan menyatakan bahawa mereka keterlaluan dalam menuntut hak dan berpendapat yang kebanyakan warga Israel berketurunan Arablah yang mencetuskan banyak masalah kerana mereka paling banyak diberi permit untuk masuk semula ke Israel untuk bersatu semula dengan keluarga.

Diskin berkata Israel bodoh kerana membenarkan puak Badwi mengambil isteri mereka dari Gaza dan masuk semula ke Israel. Di sebalik kritikannya, Diskin turut memberitahu kebanyakan penduduk Arab setia kepada Israel sepanjang tempoh 60 tahun ini termasuk semasa perang 1967 dan 1973 serta ketika keganasan berterusan.

Sabtu, 9 April 2011

Memohon Sedekah Jariah

SUMBANGAN BAGI PEMBINAAN FASA KE-2 BANGUNAN KOMPLEKS TARBIYYAH RAUDHATUL JANNAH

LOT WAKAF TANAH 1 LOT = RM30.00
JUALAN SEUNIT RUMAH WAKAF = RM29,900.00

SESIAPA YANG INGIN MENYUMBANGKAN SUMBANGAN, BOLEHLAH BANK IN DI:

  • MAYBANK: 558015455345
  • BANK ISLAM: 08013010061487
(sila sms nama, alamat & jumlah derma yang di bank in ke no 019-4720717 (UST AZHAN)


Renungilah 1 hadith sahih ini...
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.

Memperingati Tragedi Deir Yassin 9 April 1948


sekitar jam 4.30 pagi pada hari Jumaat 9 April 1948, sekumpulan pengganas zionis Haganah telah membariskan 33 orang palestin yang ingin menghadiri sebuah majlis perkahwinan disepanjang tembok bangunan. Kesemua mangsa yang syahid termasuk pasangan pengantin tersebut. Mereka kemudiannya ditembak tanpa belas kasihan oleh kumpulan zionis berkenaan.


Tarikh 9 April 1948 akan sentiasa terpahat dihati setiap rakyat Palestin sebagai tragedi pilu yang masih dirasai sehingga kini. Meskipun tragedi dahsyat itu sudah berlalu hampir 63 tahun yang lalu, ia tetap menghantui rakyat Palestin dan sesiapa sahaja yang masih mempunyai rasa kemanusiaan tanpa mengira bangsa dan agama.


Pada pagi hari sekitar jam 4.30 pagi pada hari Jumaat 9 April 1948, kumpulan pengganas zionis Haganah telah membariskan 33 orang yang ingin menghadiri majlis perkahwinan di sepanjang tembok bangunan. Kesemua mereka termasuk pasangan pengantin berkenaan kemudiannya telah ditembak tanpa belas kasihan. Hanya seorang kanak-kanak yang berumur 12 tahun ketika itu yang terselamat di dalam peristiwa berkenaan telah menceritakan pengalaman ngeri yang disaksikan dengan mata kepalanya sendiri. Beliau terselamat ketika itu kerana dilindungi oleh mayat-mayat ahli keluarganya. Beliau telah melihat sendiri bagaimana adik perempuannya yang ketika itu berusia 4 tahun bersepai kepalanya ditembak oleh pengganas-pengganas tersebut.

Itulah dia tragedi Deir Yassin yang akan kekal ditulis dengan tinta darah. Peristiwa yang amat dahsyat ini dilakukan oleh sekelompok manusia yang mendakwa mereka diseksa dengan kejam oleh Nazi di kem-kem Auswitch, Bergen-Belsen dan Dachau. Ternyata kezaliman dan tindakan yang tidak akan dilakukan oleh haiwan sekalipun membuktikan bahawa pendukong zionis hanya berselindung disebalik penderitaan mereka untuk melakukan perbuatan yang jauh lebih keji dari apa yang mereka alami. Peristiwa Deir Yassin menyaksikan bagaimana tahap kemanusiaan sudah jatuh ke tahap yang amat keji sehingga tidak mungkin dapat dibayangkan oleh sesiapa yang masih waras akal fikirannya.

Cukuplah apa yang didedahkan oleh beberapa orang yang terselamat kerana terlindung di sebalik tumpukan mayat dan timbunan batu dan kayu yang menyaksikan sendiri bagaimana wanita-wanita Palestin seramai 25 orang yang hamil ketika itu telah dirodok perut mereka dan dikeluarkan janinnya. Semua ke 25 orang ibu yang mengandung itu dipaksa melihat bagaimana bayi yang mereka kandung dikerat sebelum menghembuskan nafas mereka yang terakhir. Kanak-kanak pula dipancung dihadapan ibubapa mereka. Seramai 52 orang kanak-kanak telah dibunuh dengan kejam. Ternyata perbuatan amat biadap ini sengaja dirancang untuk menimbulkan ketakutan yang mencengkam di sanubari rakyat Palestin supaya mereka segera meninggalkan tanah air mereka demi keselamatan diri dan keluarga.

Siri-siri pembunuhan beramai-ramai ini telah berlaku di banyak tempat sebelum Deir Yassin, namun sebagai umat yang bermaruah, rakyat Palestin sama sekali tidak akan menyerah kalah. Mereka tetap bertahan dan mempertahankan kampung halaman mereka meskipun mereka terpaksa berhadapan dengan kumpulan pengganas Zionis yang disokong oleh Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), British dan negera-negara Eropah yang lain. Bantuan kewangan dan senjata terus dinikmati oleh tiga kumpulan pengganas yahudi seperti Irgun, Haganah dan Stern Gang. Menjelang November 1974 apabila pelan pemisahan (partition plan) dilaksanakan oleh PBB melalui resolusi 181, pengganas-pengganas yahudi ketika itu sudah memiliki 16,000 senjata api ringan, 1000 mesin gun dan 750 mortar. Dengan pelbagai senjata ini mereka boleh menceroboh kampung halaman rakyat Palestin di Qilqiya, Nablus, Akka, Tulkarem, Beersheba, Baisan, Haifa dan Yaffa bila-bila masa sahaja.

Tindakan biadap kumpulan Haganah disempurnakan oleh yahudi Irgun yang dipimpin oleh Menachem Begin. Dia bersama rakan-rakan remajanya lelaki dan perempuan telah melakukan "Operasi Pembersihan" ke atas Deir Yassin. Para doktor dari Persatuan Palang Merah yang telah menyaksikan bagaimana para remaja ini memastikan tidak ada yang hidup dengan membunuh sesiapa sahaja yang masih bergerak dengan sub mesingun, bayonet dan pisau. Cara pembunuhan mereka tidak pernah dilakukan di dalam sejarah perang iaitu dengan menghiris mangsa dari hujung kepala hingga ke hujung kaki dan membiarkan mereka mati dengan penuh seksa.

Menachem Begin kemudiannya telah diangkat menjadi PM Israel dan dijulang sebagai pejuang kemanan dunia dan dianugerahkan hadial nobel untuk keamanan. Anugerah berprestij ini juga telah dikongsi bersama dengan Anwar Sadat hasil daripada perjanjian damai Camp David pada tahun 1978 di antara Mesir dan negara haram Israel. Satu perjanjian yang menyaksikan Anwar Sadat dihina diseluruh dunia dengan mengiktiraf Israel dan ditempelak oleh Menachem Begin dengan ucapan biadapnya "Selamat dating ke Jerusalem, ibu Negara abadi Israel". Perjanjian inilah yang telah menggadaikan maruah umat Islam dan rakyat Mesir. Mesir yang sebelum itu merupakan satu-satunya negara arab yang mempunyai kekuatan yang setanding dengan Israel telah bertukar menjadi kambing biri-biri. Sejak tahun 1978 sehingga tumbangnya diktator Hosni Mubarak pada bulan Februari 2011, Mesir telah diberikan kepercayaan penuh oleh Amerika Syarikat untuk memastikan keselamatan Israel sentiasa dipelihara.

Tragedi Deir Yassin adalah simbol berdirinya negara haram Israel diatas darah rakyat Palestin yang tumpah membasahi bumi. Menachem Begin di dalam bukunya yang bertajuk "The Revolt’ dengan bangganya mengatakan "tanpa apa yang dilakukan di Deir Yassin maka tidak akan wujudlah negara Israel". Dia menambah lagi "ketika yahudi Haganah menjalankan beberapa operasi yang berjaya di medan-medan lain…orang-orang Arab telah lari menyelamatkan diri mereka dengan begitu panik sambil menjerit ketakutan "Deir Yassin!"

Menachem Begin dan semua pemimpin Israel telah dijulang sebagai negarawan dan pejuang keamanan dunia seperti Arial Sharon dan Shemon Peres adalah remaja-remaja bersenjata yang telah membunuh rakyat palestin tanpa sedikit pun berasa bersalah. Kejadian pembunuhan beramai-ramai di Sabra dan Shatila pada tahun 1982 yang menyaksikan lebih 3,000 rakyat Palestin dibunuh dengan kejam oleh Arial Sharon adalah bukti jelas bahawa "modus operandi’" mereka tidak akan berubah. Inilah pendekatan yang masih digunakan oleh Israel di Gaza, Nablus, Ramallah, Jenin, Baitulmaqdis dan al-Khalil bagi mengekalkan pendudukan, pengepungan dan penghinaan keatas Masjidil Aqsa. Bagi mereka nyawa rakyat Palestin tidak punya harga dan mereka akan hapuskan seramai mana rakyat palestin bagi memastikan negara haram Israel terus kekal wujud.

Jumaat, 8 April 2011

Wanita Iran Membakar Kitab Suci Al-Quran


Seorang wanita warganegara Iran telah melakukan penghinaan terhadap kitab suci Al-Quran milik orang Islam dengan membakarnya... Semoga Allah membalas segala perbuatannya...

Ceramah Dan Berkelah Nasi Gulai Kawah


CERAMAH & BERKELAH NASI GULAI KAWAH

TARIKH: 29 MEI 2011 (AHAD)
MASA: 10.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI
JEMPUTAN KHAS: UST AKHIL HAYY
TEMPAT: KOMPLEKS TARBIYYAH JANNAH, AIR TERJUN DUSUN SG MERU, TAMAN MERU 2C, IPOH

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

Armada LL4G Ke-2 Meminta Perlindungan Masyarakat Antarabangsa Selepas Rejim Zionis Mengancam Untuk Menyerang Kapal LL4G Ke-2


Jumaat , 08/04/2011 - Ketua armada LL4G ke-2 menyeru campur tangan dunia selepas para pegawai Rejim zionis mengancam bahawa tentera akan menyerang konvoi ke-2 ini sekiranya ia meneruskan pelayarannya untuk menembusi sekatan rejim zionis yang dikuatkuasakan terhadap wilayah Gaza. Permintaan ini muncul selepas dokumen rahsia milik rejim zionis mendedahkan bahawa serangan terhadap armada LL4G pertama sebenarnya dirancang dengan teliti oleh rejim zionis.

Angkatan tentera laut rejim zionis yang menyerang operasi armada LL4G pertama pada akhir bulan Mei tahun lalu telah mengorbankan sembilan aktivis warga Turki dan menyebabkan ramai aktivis lain mengalami kecederaan.

“Apa yang diterbitkan dalam surat khabar Israel yang mengatakan bahawa tentera zionis bersedia untuk menyerang Armada Kebebasan 2 dan menguasai semua kapal dengan menggunakan kapal perang lengkap dengan peluru berpandu dan pengakuan sebelumnya bahawa zionis merancang pencerobohan sebelum ini boleh menyebabkan akibat yang serius.“ kata Mazen Kaheel, ahli Eropah yang terlibat dalam kempen tersebut kepada akhbar.

Dalam perkembangan berasingan, wartawan Israel telah membocorkan dokumen “rahsia” yang mengandungi maklumat bahawa serangan terhadap armada LL4G yang pertama dirancang dan rampasan kapal-kapal tersebut adalah sebahagian daripada senario rasmi yang digunakan rejim zionis untuk melakukan operasi.

Menurut dokumen tersebut, Jeneral Yoav Galant, komander selatan rejim zionis telah memberi amaran setahun sebelum kedatangan kapal-kapal LL4G pertama bahawa operasi berkenaan mempunyai kesan yang serius terhadap negara haram Israel.

Galant memberi amaran bahawa nyawa tentera rejim zionis akan terancam sekiranya operasi ala komando mereka keatas kapal LL4G pertama tidak dilakukan dan mereka tidak mempunyai pilihan lain selain melepaskan tembakan dan membunuh para aktivis yang mengikuti misi LL4G yang pertama.

Rejim Zionis Bersiap Bersedia Untuk Menyerang Kapal LL4G Ke-2


Jumaat , 08/04/2011 - Akhbar Nazareth berkata bahawa kementerian luar zionis telah mula melakukan persediaan dari pelbagai aspek untuk berhadapan konvoi bantuan kedua Flotilla Kebebasan (Freedom Flotilla) yang sedang menuju ke Gaza yang dikepung pada pertengahan Mei.

Akhbar itu melaporkan bahawa kementerian luar sudah bermesyuarat dengan tentera dan pegawai keselamatan dalam usaha untuk mengkaji bagaimana untuk memintas dan mengawal konvoi berkenaan secara ketenteran.

Tambahan pula tentera Laut zionis sedang menambah kelengkapan dan latihan untuk melakukan penawanan ala-komando keatas kapal konvoi itu dan penumpangnya.

Akhbar Haaretz juga menyatakan bahawa kerajaan zionis sudah menghubungi para pemimpin negara yang menghantar rakyat mereka dalam konvoi itu untuk meyakinkan mereka supaya tidak membenarkan pelayaran kapal terjadi

Khamis, 7 April 2011

Video Bukti Pembunuhan Presiden Anuar Sadat Dirancang Dan Didalangi Oleh Diktator Hosni Mubarak


Video Pertama: Presiden telah diserang dan ditembak oleh penyerang seramai tiga orang. Beliau tidak diberi rawatan kecemasan setelah diserang dan dibiarkan mati kesakitan. Peristiwa berkenaan berlaku pada 06 Oktober 1981 iaitu pada hari Jumaat.


Video Kedua: Diktator Hosni Mubarak melarikan diri dan tidak membantu Presiden Anwar Sadat yang telah diserang oleh penyerang... Jelas membuktikan beliau begitu mementingkan diri sendiri...

Rabu, 6 April 2011

Jet Pejuang Rejim Zionis Mengebom Pelabuhan Di Negara Sudan


7 April 2011 - Kerajaan Sudan semalam, 6/4/2011, menuduh Rejim Israel dengan sengaja melancarkan serangan udara yang mensasarkan sebuah kereta pada hari Selasa malam di Timur Bandar Port Sudan di sepanjang Laut Merah yang menyebabkan kematian 2 orang warganya. Menteri Luar Negeri Sudan di Khartoum, Ahmed Ali Karti berkata: "Kami mempunyai bukti yang menunjukkan bahawa serangan itu dilancarkan oleh Rejim Israel dan kami yakin serangan itu daripadanya tetapi kami tidak tahu kenapa serangan itu dilakukan." Menjawab siapakan identiti mangsa, beliau menjawab bahawa identiti mangsa masih belum dikenalpasti tetapi yang sudah pasti ianya adalah warga Sudan yang baru sahaja kembali daripada lapangan terbang.

Manakala akhbar Israel, Yediot Ahronot melaporkan bahawa tentera Israel melancarkan serangan terhadap Sudan, dalam tajuk utamanya. Sebelum ini jet pejuang Israel telah mengebom sebuah konvoi kapal yang didakwanya sebagai penyeludup senjata di Port Sudan pada bulan Januari 2009 menyebabkan kematian sebanyak 119 orang.

Selasa, 5 April 2011

Sistem "Iron Dome" Zionis Gagal Berfungsi


6 April 2011 - Sistem pertahanan tentera zionis laknatullah yang dikenali sebagai "Iron Dome" yang dikatakan sebagai sistem pertahanan yang paling tercanggih di dunia yang mampu melindungi pendatang haram Yahudi yang menetap berhampiran dengan sempadan Gaza gagal untuk menyekat kemaraan roket yang dilancarkan pejuang Palestin.

Tentera rejim zionis sendiri mengakui kegagalan sistem pertahanan ini dan sumber tentera mengatakan bahawa sistem "Iron Dome" gagal untuk menyekat atau mengenalpasti roket yang ditembakkan oleh pejuang palestin dari Semenanjung Gaza.

Isnin, 4 April 2011

Netanyahu Meminta PBB Menghalang Misi LL4G-2


4 April 2011 - PM Zionis laknatullah, Benjamin Netanyahu telah meminta Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon mencegah kedatangan konvoi "Armada Kebebasan Gaza II" ke Semenanjung Gaza.

Menurut akhbar "Yediot Aharonot", Netanyahu dilaporkan telah bercakap melalui telefon dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon pada hari Jumaat yang lalu bertarikh 1 April 2011. Netanyahu telah meminta bantuannya untuk mencegah sebarang misi "Armada Kebebasan Gaza" yang dijadualkan akan berlepas ke Gaza akhir bulan depan. Konvoi berkenaan melibatkan sejumlah besar aktivis keamanan serta sejumlah besar kapal.

Armada II ini dilihat sebagai memperingati ulang tahun pertama pencerobohan kapal Mavi Marmara milik kerajaan Turki yang menyaksikan pembunuhan kejam zionis terhadap 9 aktivisnya dan puluhan yang lain cedera. "Netanyahu menganggap sekarang ini Semenanjung Gaza terbuka untuk kemasukan sebarang bantuan dan tidak ada alasan untuk membenarkan armada bantuan lain mengeksploitasi keadaan yang "tenang" sekarang ini", demikian ulasan akhbar tersebut.

Antara alasan Netanyahu tidak membenarkan armada tersebut adalah kerana khuatir penggunaan kapal untuk menyeludup senjata ke Gaza dan meminta masyarakat dunia terutamanya PBB bergerak segera menghalang aramda tersebut dari sampai ke Gaza.

Armada LL4G Ke-2 Berlepas Akhir Bulan Mei


4 April 2011 - Kempen Eropah untuk mengangkat kepungan Gaza telah mengesahkan bahawa mereka akan melakukan konvoi kebebasan II ke Gaza akhir Mei atau awal Jun akan datang. Kelewatan konvoi kebebasan II ke Gaza adalah disebabkan bilangan peserta dan penyertaan negara Eropah untuk konvoi kali ini adalah diluar jangkaan.

Seorang ahli kempen Eropah, Rami Abdo berkata bahawa jumlah kapal yang akan menyertai armada LL4G ke-2 ini dianggarkan lebih kurang 15 buah kapal. 12 buah kapal daripadanya terdiri daripada negara-negara Eropah manakala jumlah pesertanya pula melebihi seribu orang termasuk wartawan, ahli politik, pekerja kemanusiaan, seniman dan aktivis hak asasi kemanusiaan. Kapal-kapal tersebut tidak akan bertolak dari satu pelabuhan sahaja bagi mengelak berlakunya kelewatan.

Beberapa buah kapal akan bergerak lebih awal dari jadualnya ke lokasi yang tidak dapat diberitahu dan dalam pada masa yang sama terdapat penglibatan Bosnia dalam armada LL4G kali ini. Rami Abdo menambah, armada LL4G kali ini akan terus bergerak ke Gaza walaupun akan diancam dan dihalang oleh Israel.

Sabtu, 2 April 2011

Info Pengajian Di IPT Di Jordan


Kepada lepasan SPM, STPM dan STAM yang ingin melanjutkan pelajaran diluar negara khususnya di Negara Arab bolehlah mendapatkan info-info yang berkaitan di laman web: http://roadtojordan.ismajordan.com/

Renungilah sebuah hadith sahih ini... Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang berjalan menuntut ilmu, maka Allah memudahkan jalannya menuju Syurga.” (hadith riwayat Ahmad)

Jumaat, 1 April 2011

Andalusia - Far East

Sejarah April Fool


Bulan April telah tiba lagi, ada suatu sambutan jahiliah yang patut kita waspada bersama sebagai seorang Muslim iaitu sambutan 1 April sebagai hari April Fool. April Fool sendiri adalah hari di mana orang ramai diperbolehkan untuk menipu dan berbohong kepada orang lain. Tetapi tahukah anda apakah April Fool itu sebenarnya?

Sebenarnya perayaan April Fool adalah salah sebuah perayaan hari kemenangan orang kafir terhadap pembunuhan jutaan umat Islam di Andalusia atau Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan dengan cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan April Fool dengan cara menghalalkan penipuan dan kebohongan walaupon ianya bertujuan untuk melawak sahaja.

Biasanya orang akan menjawab bahawa April Fool pada tanggal 1 April. Iaitu hari di mana kita boleh sahaja menipu rakan, orang tua, saudara atau orang lain dan orang yang terkena tidak boleh marah ketika mereka menyedari bahawa diri mereka telah menjadi sasaran April Fool.

Pada kebiasaannya mangsa penipuan jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan tertawa dan tidak marah secara serius. Meskipon ianya belum sepopular perayaan tahun baru atau Valentine’s Day, budaya April Fool dalam masa dua dekad akhir-akhir ini memperlihatkan kecenderungan yang semakin menebal di dalam masyarakat kita terutamanya dikalangan anak-anak muda.

Tidak mustahil suatu masa nanti ianya akan tersebar luas ke masyarakat yang tinggal di kampung-kampung dan kawasan pedalaman. Peliknya masyarakat dengan mudah meniru kebudayaan Barat ini tanpa menyiasatnya terlebih dahulu apakah budaya itu baik atau tidak, bermanfaat atau sebaliknya.

Perayaan April Fool sebenarnya bermula dari suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan bagi umat Islam. April Fool berasal dari satu episod sejarah umat Islam Andalusia atau Sepanyol pada tahun 1487 M atau bertepatan dengan tahun 892 H.

Semenjak Andalusia atau Sepanyol dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi sebuah negara yang makmur. Pasukan Islam tidak sahaja berhenti di Andalusia atau Sepanyol tetapi mereka terus melakukan pembebasan demi pembebasan di negara-negara sekitarnya sehinggalah menuju ke negara Perancis.

Perancis Selatan dengan mudah dapat dibebaskan oleh umat Islam. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan sebagainya telah dapat ditawan oleh tentera Islam. Walaupun tentera Islam sangat kuat ketika itu, mereka masih memberikan toleransi kepada suku kaum Goth dan Navaro di kawasan daerah sebelah barat yang merupakan kawasan pegunungan. Pada ketika itu agama Islam telah berjaya menerangi bumi Andalusia atau Sepanyol.

Disebabkan sikap para penguasa Islam ketika itu yang begitu baik dan rendah hati, banyak orang-orang Sepanyol yang telah memeluk agama Islam. Orang Islam Andalusia atau Sepanyol bersungguh-sungguh mempraktikkan Islam di dalam kehidupan seharian. Mereka telah meninggalkan muzik, bir atau arak, pergaulan bebas dan segala hal yang dilarang oleh agama Islam. Keadaan tenteram seperti itu berlarutan selama hampir enam abad lamanya.

Selama hampir enam abad itu jugalah kaum kafir yang berada di sekeliling Sepanyol tanpa mengenal penat dan lelah terus menerus berusaha membersihkan agama Islam dari bumi Andalusia atau Sepanyol namun usaha mereka selalu gagal. Lalu musuh Islam telah menghantar sejumlah pasukan perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam Andalusia atau Sepanyol.

Akhirnya musuh Islam telah menemui cara untuk membersihkan agama Islam di bumi Andalusia atau Sepanyol iaitu dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Maka setelah itu mereka secara perlahan-lahan mulai mengirimkan alkohol atau arak dan rokok ke dalam wilayah Andalusia atau Sepanyol.

Muzik diperdengarkan kepada kaum muda Islam agar mereka lebih suka bernyanyi dan menari daripada membaca kitab suci Al-Quran. Musuh-musuh Islam juga mengirimkan ulama-ulama palsu yang berperanan untuk meniup-niupkan api perpecahan ke dalam tubuh umat Islam Andalusia atau Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini telah membuahkan hasil.

Akhirnya bumi Andalusia atau Sepanyol telah jatuh dan dikuasai pasukan tentera salib. Serangan yang dilakukan oleh pasukan tentera salib begitu kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan sahaja pasukan tentera Islam yang dibunuh malah penduduk awam, wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua turut dibunuh. Satu demi satu daerah di Andalusia atau Sepanyol telah jatuh di tangan tentera salib.

Wilayah Granada merupakan daerah terakhir yang ditakluki oleh tentera salib. Penduduk-penduduk Islam di Andalusia atau Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan nyawa. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan sudah menjadi sunyi dan sepi, maka tinggallah ribuan mayat orang Islam yang bergelimpangan bermandikan darah. Tentera salib mengetahui banyak muslim Granada bersembunyi di dalam rumah. Lalu tentera salib membuat satu pengumuman bahawa orang Islam Granada boleh keluar daripada rumah mereka dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar Andalusia atau Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam ketika itu masih curiga dengan tawaran tersebut. Lalu beberapa orang Muslim telah dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah mereka melihat ada kapal yang disediakan, mereka segera bersiap-siap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada telah keluar dari rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan lalu menuju ke pelabuhan.Orang-orang Islam yang tidak mempercayai tawaran pasukan tentera salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di dalam rumah mereka.

Setelah ribuan umat Islam Andalusia atau Sepanyol berkumpul di pelabuhan, tentera salib dengan pantas menggeledah semua rumah yang telah ditinggalkan penghuninya lalu membakar rumah tersebut. Orang Islam yang masih bertahan di dalam rumah semuanya terkorban dan mati syahid.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan hanya mampu memandang ketika tentera salib membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Andalusia atau Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak mempunyai senjata dan kebanyakan daripada mereka terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak yang masih kecil. Tentera salib telah mengepung mereka.

Dengan satu teriakan, ribuan tentera salib membunuh umat Islam Andalusia atau Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jerit tangis dan takbir bergema ketika itu. Seluruh umat Islam di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejamnya. Darah milik umat Islam telah mengalir dimana-mana. Laut yang ketika itu berwarna biru telah berubah menjadi merah kerana dibasahi darah umat Islam.

Tragedi yang menyayat hati ini berlaku bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah hari yang begitu diingati oleh penganut agama Kristian sebagai (The April Fool Day) pada setiap tanggal 1 April setiap tahun. Pada hari tersebut, manusia dibolehkan menipu dan berbohong kepada manusia yang lain.

Bagi penganut agama Kristian, April Fool merupakan hari untuk mereka meraikan kemenangan tentera salib membunuh umat Islam Andalusia atau Sepanyol dengan cara-cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan April Fool dengan cara menghalalkan penipuan dan pembohongan.

Bagi umat Islam pula, April Fool tentunya merupakan satu tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara-saudaranya seagama disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak patut ada orang Islam yang merayakan perayaan ini. Siapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, sesungguhnya dia sedang merayakan ulang tahun pembunuhan ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol lebih kurang 5 abad yang lalu. Jadi, perhatikan di sekeliling anda, adakah anak anda atau anda sendiri merayakan perayaan "April Fool" tanpa kita sedari.