Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 21 April 2011

39 Aduan Popular Isteri Terhadap Suami Di Mahkamah Syariah


Terlalu banyak aduan yang diterima oleh pihak mahkamah syariah dan non government organization (NGO) berkenaan luahan rasa tidak puas hati golongan isteri terhadap suami. Antaranya ialah:

1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak saya berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam-macam. Saya putuskan pertunangan dengan dia kerana merasakan dia tidak boleh membimbing saya dalam soal agama.

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok tetapi sampai subuh dia tak pulang. Kami telah bercerai 3 bulan kemudiannya.

3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah . Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik. Apabila saya geledah satu almari di bilik tetamu, almari tu penuh dengan baju perempuan. Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya terus lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk pon. Lepas habis pantang saya terima surat cerai dari dia. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

4. Dulu sebelum kahwin, beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya. Sekarang selepas kahwin, duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua duit saya. Dia cuma beri “benih” sahaja.

5. Suami mahu anak yang ramai dan tidak membenarkan saya makan pil perancang keluarga. Tetapi belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu untuk anak atau pon tukar lampin. Kalau alasan penat bekerja di pejabat, saya pun bekerja juga.

6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya bagaimana nak mendalami ilmu agama sendiri.

7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak tetapi tidak ada siapa pun tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap-tiap malam dan suka meliwat saya.

8. Suami tetap “mahu” walaupun ketika saya sedang datang bulan. Jika tidak turuti kemahuan dia, dia mengancam mahu mencari perempuan lain.

9. Saya dipukul suami ketika sedang mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu memberi dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia seorang penganggur dan gila main muzik je. Duit tu dia nak guna beli gitar.

10. Bekas suami saya dahulu memang seorang yang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai dengannya kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.

11. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan “maknyah”.

12. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya. Rupa-rupanya dahulu dia “maknyah” dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.

13. Suami tidak pernah azan atau iqamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.

14. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu sebagai salah seorang daripada zuriatnya meskipon muka si anak 99.9% seiras dengan muka dia. Semua ini kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

15. Saya sudah tak larat menasihati suami supaya sembahyang dan puasa. Bulan puasa dia suruh saya memasak macam biasa. Anak-anak jadi keliru melihat gelagat ibubapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk “contoh” lain.

16. Apabila marah, suami suka mengungkit-ungkit wang yang dibelanja untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun lalu pon diungkit-ungkitnya setiap kali kami bergaduh.

17. Suami tetap mahu saya memasak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah-sepah… walaupun saya sedang sarat mengandung.

18. Setiap kali mengandung, pandai-pandailah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi dan pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai-pandailah saya balik rumah sendiri dengan anak yang baru dilahirkan.

19. Memang saya bengang dengan suami kerana sanggup memaki hamun saya depan anak-anak kerana tidak memandu berhati-hati sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.

20. Siapa tidak sayang emak tapi saya tak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata-mata mahu penuhi hajat emaknya yang berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab terpaksa bayar hutang kad kredit. Terpaksalah saya yang menyara anak-anak.

21. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata “takde duit”. Kalau nak beli joran dan umpan ikan, ada pula duit. Saya perhatikan saja gelagat, nak tengok sampai setakat mana “lemaknya”.

22. Suami saya gila beli nombor ekor. Biasanya dia suka tulis angka 1-10 dan letakkan di dalam sebuah mangkuk lalu membuat cabutan. Kalau ada nombor ekor yang mengena, 2-3 hari dia tak keluar bawak teksi.

23. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam-macam jenis tangkal.

24. Sewaktu bercinta memang saya tahu suami saya seorang kaki judi tetapi dia pernah berjanji nak berhenti berjudi selepas kahwin. Tetapi selepas kahwin, tak cukup dengan gaji, barang kemas saya digadainya untuk berjudi. Along datang rumah tuntut hutang sudah jadi perkara biasa. Malah rumah kami juga pernah dibaling tahi.

25. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu bapaada 3 orang isteri lain dan anak yang masih kecil. Rupa-rupanya selama ini emak tahu arwah bapa suka kahwin cerai di merata-rata tempat. Emak tidak ambil peduli, asalkan arwah tidak menganggu hidupnya sudah.

26. 3-4 bulan suami”‘hilang” itu sudah menjadi perkara biasa. Kadang-kadang suami “hilang” sampai setahun. Saya tak perlu mencarinya kerana sudah tahu mesti dia di Pusat Serenti. Biasanya dia kena ’serkup’ dengan pihak berkuasa sewaktu tengah tarik ganja dengan kawan-kawannya.

27. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda-tanda dia positif HIV.

28. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya memang tidak boleh tahan dengan sikap panas barannya. Kalau die marah, habis dibalingnya barang-barang rumah. Kalau pukul, anak-anak dibalingnya macam bola.

29. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula-mula cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh-puluh ribu. Apabila dia kantoi dan kena cekup dengan pihak polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak-anak sementara tunggu dia keluar dari penjara.

30. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak tarik ramai pelanggan datang. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina yang kebetulan selalu datang ke tempat niaga. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negaranya. Dengar khabar mereka dah dapat anak luar nikah.

31. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja kerana ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak-anak.

32. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding-bandingkan kehebatan si madu diranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?

33. Kami memang miskin. Saya buat macam-macam benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, ambil upah jahit baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi “jaga”. Siang dia kerja tidur atau melepak dekat kedai kopi.

34. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat rumah banglo besar, kereta besar, belanja mewah tapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat “gigitan cinta” perempuan lain dibadannya.

35. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri pula 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia terus jadi papa kedana sebab wang KWSPnya habis digunakan untuk bayar hutang. Kesudahannya, semua isterinya minta cerai dan anak-anak pula menghilangkan diri. Akhirnya dia mati seorang diri di atas katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya diurus oleh abang saya dan pihak hospital.

36. Saya bekerja, suami juga bekerja. Apabila pulang dari pejabat, suami saya terus mencapai kunci motor besarnya keluar berfoya-foya dengan kawan-kawannya macam orang muda sampai terlepas solat fardhu Maghrib dan Isyak. Tinggal le saya sorang diri terkial-kial menguruskan anak di rumah.

37. Walaupun saya sudah lama masuk Islam… tetapi tidak tahu mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu berkahwin dengan suami. Selepas perkahwinan, dia tidak pernah sekali pun mengajar saya bagaimana cara untuk mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Malah dia sendiri pun tidak pernah mandi hadas setelah bersetubuh dengan saya.

38. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan mereka kepada kawan-kawan mereka apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap yang dapat menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan membantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata.

39. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa-rasanya gelaran saya sudah berubah. Dahulu “isteri” sekarang “pengurus anak-anak”. Hubungan saya dengan suami juga amat dingin. Kami hanya akan bercakap pekara penting-penting sahaja. Hubungan kelamin pula hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang “terhegeh-hegeh”. Saya pelik benar kerana dia bukan seorang yang kaki perempuan dan memang confirm dia tiada isteri lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan